Tuesday, March 5, 2013

Berdrama Dengan Nyawa. Boleh Pakai Ker Cerita Ni?

Atau memang drama arahan Manila?
Adakah pada hakikatnya Manila masih tidak gugurkan tuntutannya keatas Sabah?
Logiknya dengan krisis ini Manila akan untung
Kekusutan Manila di bahagian selatan yang majoritinya Islam akan lega

Manila mengambil kesempatan dari hasrat Orang-Orang Sulu menuntut Sabah dari Malaysia
Dibiayai dan dikirimnya Orang-Orang Sulu menceroboh dan menuntut hak ke atas Sabah

Maka bertarunglah OrangOrang Sulu dan Malaysia yang kedua-dua rumpun ini adalah beragama Islam dan harapkan bila krisis ini merebak, dunia akan masuk campur terutamanya Amerika yang kita tahu adalah sekutu rapat Manila
Tidak mustahil Amerika akan desak PBB campur tangan

Bila ini berlaku, akan di adakan rundingan dan di dalam rundingan ini mereka akan mendesak dan menuntut hak mereka ke atas Sabah - hasilnya apa saja boleh berlaku

Tambahan pula sudah pulahan atau ratusan ribu dari mereka telah menjadi Rakyat Malaysia/Sabah yang sah melalui projek I/C Mahathir

Kalau tidak, mustahil mereka nekad dan seberani itu menceroboh dengan senjata dan menduduki bahagian negara ini

Jadi cubalah kita kenali siapa Petualang sebenar!

[LAGI GEMPAR!!] Balu Sultan Sulu Dakwa Ceroboh Sabah Hanya Drama – Sinar Harian
Submitted by  on March 5, 2013 – 7:12 PM
MANILA – Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.

Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.

“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.

“Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai “drama” tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.

MANILA, Philippines – The widow of the late Mohd Mahakuttah Kiram, the 34th Sultan of Sulu, believes the fighting in Sabah is mere “drama,” and says it is not part of their game plan to pursue their proprietary rights.
Speaking to reporters yesterday in Makati, Princess Maryam Kiram offered herself as an emissary to the parties concerned, as she has been doing in the past.
“I am confident, after I sat with them to clarify their concern,” she said. “We will be willing to come to the negotiation table to settle all matters for the good of all concerned. A win-win solution can be arrived at.”
Maryam did not elaborate on the “drama,” but said the media are making up stories.
Claiming to represent the sultanate of Sulu, Maryam said she has been in contact with the members of the royal family and that she had set up the Royal House of Sulu Kiram Foundation Inc.
Maryam said she has been talking with Malaysian officials and an agreement was already made regarding the increase of the rent for Sabah.
“I am now in the process of negotiating some form of compensation from the Malaysian family to help develop their ancestral lands,” she said.
A meeting was called for all the members of the royal family and a Manifesto of Solidarity of Peace of the People of Sulu Archipelago has been signed, she added.
Maryam said the Malaysian government was receptive and they are now preparing a good settlement.
The birth certificates of every member of the Kiram family is already in her possession, she added.
Maryam said she went to Malaysia early this year for the release of the settlement fund.
“The funds were to be in my hands, but the schedule of Jan.
11 was unfortunately not implemented for unknown reason,” she said.
Maryam said the fund was supposed to be deposited in a designated bank with clearance from the Bank of Negara. -philstar.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa