Wednesday, March 6, 2013

Krisis Lahad Datu: Komen Bekas Seorang Jeneral

Dari awal kepungan lagi saya dah tertanya-tanya
Kenapa tidak digempur saja dan  tugas ini diserahkan kepada ATM?
Kenapa PDRM keberatan dan ulasan Menteri KDN juga cukup lembut dan memberi muka?
Kenapa penceroboh-penceroboh tidak diberikan layanan sekeras layanan yang diterima oleh Almarhum Ustaz Ibrahim Libya dan Pengikut-Pengikutnya?

Adakah Almarhum Ustaz Ibrahim Libya dan Pengikut-Pengikutnya berupaya menawan negara dan Penceroboh ini tidak?

Ulasan bekas seorang Jeneral memang boleh kita pakai dan akui
Aku rasa dia tidak bias dalam mengeluarkan kenyataan
Walau pun beliau sekarang di kem Pembangkang namun kepakarannya tentu tidak ralat

Konflik boleh ditangani tentera lebih awal, PM lembap buat keputusan – Bekas jeneral

KUALA LUMPUR 5 MAC: Konflik bersenjata di Lahad Datu Sabah yang masuk minggu keempat mengundang kritikan keras daripada jeneral bersara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, kelewatan Najib Razak dan Kementerian Pertahanan membuat keputusan menyebabkan lapan anggota keselamatan terkorban.
Katanya, sekiranya tindakan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara sejak minggu pertama pencerobohan, tentunya situasi lebih mudah ditangani.
“Mengapa (operasi masih) diberi kepada pihak polis sedangkan musuh datang dari pihak luar?  Ini tugas tentera.
Keputusan menentukan strategi (menyerang musuh) juga mengambil masa lama. Lebih buruk, perisikan juga kelihatan gagal mengenalpasti identiti dan keupayaan (persenjataan) musuh.
“Kerajaan sepatutnya memutuskan sama ada menggunakan taktik peperangan konvensional atau kaedah mengawal insurgensi (pemberotakan). Atau strategi bercampur antara kedua-duanya?” kata Hadi yang juga anggota sekretariat Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN.
Hadi turut membidas Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM kerana lalai melaksanakan tugas hingga gagal memberi amaran awal pencerobohan.
“Kita persoalkan unit perisikan tentera. Apakah mereka ambil mudah semua yang berlaku. Mengapa pencerobohan terjadi tanpa dikesan pada peringkat awal?
“Inilah akibat apabila BN memperguna unit perisikan untuk mengekori pemimpin Pakatan. Akhirnya tugas penting mempertahankan negara terabai.
“Saya cabar mereka mengambil tanggungjawab dan segera meletak jawatan,” tegasnya.
Selain itu, Hadi kecewa terhadap kepimpinan Najib yang patut mencari jalan penyelesaian, bukan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat.
“Beliau cuba mengalih pandangan umum dari krisis ini dengan menyalahkan Pakatan, seolah-olah krisis ini disebabkan oleh Pakatan dan bukan kelemahan pentadbirannya,” kata Hadi. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa