Sunday, May 26, 2013

Berhentilah Dari Berlakun, PRU13 Sudah Tamat Dan Najib Gagal!

Anwar juga gagal....

Operasi Selamatkan Ajibgor Mohd Ariff Sabri
26 MEI — Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan dirinya.  Ini termasuklah (1) Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama nya dengan bangsa Cina, (2) menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan menggunakan polis — semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan Najib yang lembik dan tidak tegas.
Tidak ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Sepatutnya itulah cara nya sejak dahulu lagi. Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf, tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap pemikiran Zahid yang ada PhD itu.
Semua penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri. Kedua, Zahid tidak sebut bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut peruntukan undang undang. Polis pun tak boleh buat ikut suka hati. Ini bukan dunia ke3 dimana polis guna kayu cotar membelasah rakyat sendiri. Dalam negara ini, kita bertindak mengukut peruntukan undang2. Tidak perlu Zahid berceramah dan bersyarah kepada kita, apa polis boleh dan tidak boleh buat.
Tidak syak lagi langkah2 kejantanan Najib  adalah bayangan strateji yang dirancang oleh bilik perang Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib seorang yang lembik dan tidak tegas. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu. Ajib Gor mesti diselamatkan.
Yakni, Najib mesti dikekalkan sebagai presiden Umno dengan cara apa pun. Jika tidak, masa depan pendukung utama bilik perang Najib seperti JJ dan Alies Nor akan muram dan gelap. Bukan itu sahaja, masa depan semua yang bergantung kepada Najib akan muram.
Oleh yang demikian, Najib mesti di gambarkan sebagai Melayu lebih dari Melayu lain dan kerajaan Najib melalui macai Najib seperti Zahid Hamidi mesti kelihatan sebagai kerajaan yang tegas dan yang bukan main main.
Langkah pertama ialah menyalahkan orang Cina kerana prestasi Umno yang tidak baik. Memang benar, Umno menambah kerusi parlimen nya, tapi gagal meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut. Umno berjaya mendapat 88 kerusi. Tapi kerusi itu semua kecil2 belaka hasil dari persempadanan yang menguntungkan Umno.  Dalam PRU13 ini, Umno mendapat sekitar 3.0 juta undi dari orang Melayu. 3 juta untuk 88 kerusi. Erti dalam satu kerusi, jumlah pengundi Melayu secara purata hanya 34,000 orang.
PKR dan PAS antara mereka mendapat 3.88 juta undi Melayu. Mereka mendapat 51 kerusi. Bererti dalam suatu kawasan, jumlah pengundi Melayu untuk gabungan PAS dan PKR secara purata ialah 76 ribu orang Melayu.
Umno menambah banyak kerusi kerana kawasan mereka kecil. PAS dan PKR mendapat sokongan yang lebih besar daripada orang Melayu berbanding Umno.
Apa jadi? Ahli Umno sahaja jumlah mereka 3.2 juta. Adakah Umno hanya mendapat undi dari ahli mereka sahaja? Jika ya — maka Umno mewakili ahli nya sahaja dan bukan rakyat Melayu.
Orang Umno mesti membaca menembusi kelentong Najib. Najib mesti disalahkan kerana pencapaian terburuk Umno. Sebab dia janji semua dibawah langit. BR1M pertama RM2 billion. BR1M kedua dia belanja RM3.5 billion.
Dalam masa 2 tahun Najib memBR1Mkan rakyat dengan RM5.5billion. berapa ramai penerima BR1M? tahun pertama operasi, seramai 4 juta orang. Tambahan RM1.5billion pada tahun ke2 BR1M beroperasi, bererti pertambahan seramai 3 juta penerima BR1M baru. Jumlah penerima BR1M selama 2 tahun beroperasi ialah 7 juta orang.
Najib rasuah 7juta orang, tapi hanya dapat 3 juta undi orang Melayu? Sedangkan kita tahu 95 peratus penerima BR1M ialah orang Melayu yakni sekitar 6.65 juta. Makna nya, walaupun dirasuah sebanyak RM500 seorang, Najib tidak berjaya mendapat sokongan orang Melayu.
Itu dari sudt BR1M. jika Umno hanya dapat 3.0 juta undi Melayu, berapa ramai orang Melayu yang tidak mengundi Umno dan berapa ramai yang mengundi PR. Antara PKR dan PAS mereka mendapat 3.88 juta undi. Jika 80 peratus pengundi mereka ialah orang Melayu, PAS dan PKR mendapat 3.1 juta pengundi Melayu. Ini berti gabungan PKR dan PAS mendapat seramai atau lebih pengundi Melayu seperti Umno.
DAP mendapat 1.74 juta undi. Katalah dari angka tersebut, 10 peratus atau 170,000 pengundi adalah orang Melayu. Ertinya, PR secara keseluruhan mendapat 3.28 juta pengundi Melayu.
Keputusan nya: Umno=3.0 juta pengundi Melayu; PR= 3.28 juta pengundi Melayu.
Walaupun belanja berbilion, walaupun berpropaganda siang dan malam, walaupun berjuta placards I love PM diedarkan, Najib gagal. Jadi berhentilah Najib dari memekik dan memekak 1Malaysia dan Transformasi Malaysia.
Berhentilah dari berlakun kerana PRU13 sudah tamat dan Najib gagal. — sakmongkol.blogspot.com
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

2 comments:

  1. Tuan saya bersetuju sekiranya Najib gagal tetapi tidak Anwar kerana BN ada segalanyer dari wang yang tidak terbatas, kuasa terhadap institusi kerajaaan dan media yang berat sebelah dan Anwar hanya ada suara dan keberanian....itu sahaja.

    ReplyDelete
  2. hiduplah kamu hai manusia atas bumi Allah dengan ikut jalan yang dikehedaki oleh tuan punya alam ini dan segala makhluk ciptaan Nya. Jangan cepat rasa besar diri kerana kamu pun tidak akan dapat menembusi bumi ini

    pegang janji mu seperti dalam solat mu - sesungguhnya solat ku ibadat ku hidup ku mati ku hanya kerana Allah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa