Sunday, May 26, 2013

Wahai SPR: Gambar Ni Palsu Jugakah?

GEMPAR: Cabaran SPR kini bersahut [Saksikan GAMBAR neh...]

SAH GAMBAR INI KEJADIAN SEBENAR!!! Lebih baik Wan Ahmad letak jawatan dalam SPR jadi pencacai UMNO....

KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANGYB NOOR HANIM ISMAIL

GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR
Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. “Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut. Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.
Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.

YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434

1 comment:

  1. wajib letak jawatan !!!
    wajib letak jawatan !!!
    wajib letak jawatan !!!
    wajib letak jawatan !!!
    wajib letak jawatan !!!
    wajib letak jawatan !!!
    wajib letak jawatan !!!
    wajib letak jawatan !!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa