Monday, May 13, 2013

Cakap Besar Dalam Kecut?


Demokrasikah Malaysia?
Bila semua jentera dan fasiliti kerajaan dijadikan hak UMNO?
Demokrasikah Malaysia?
Bila semua media rakyat dijadikan hak UMNO?
Demokrasikah Malaysia?
Bila segala hantu yang diberika IC dikerah mengundi kerajaan?
Demokrasikah Malaysia?
Bila semua agensi penguatkuatkuasaan dikerah untuk kepentingan UMNO?
Demokrasikah Malaysia?
Bila SPR sendiri bertindak senget sebelah?
Demokrasikah Malaysia?
Bila penipuan dan maniulasi undi  dibiarkan berleluasa?

Pembangkang hipokrasi paling besar - Najib

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai 'hipokrasi yang sangat besar'.

Najib yang juga Presiden Umno menempelak pembangkang kerana boleh menerima keputusan yang menguntungkan mereka walaupun mendakwa sistem pilihan raya kali ini tercemar dan berlaku penipuan.

"Kalau sistem pilihan raya begitu tercemar, dinodai penipuan, kenapa angkat sumpah di Pulau Pinang, Kelantan dan tidak sabar-sabar mengangkat sumpah di Selangor? Kenapa terima (keputusan) di Permatang Pauh, Gelang Patah.

"Tetapi kalau sistem yang sama di peringkat negeri dan pusat...kalau yang menguntungkan mereka, (mereka) terima keputusan. Kalau memihak kepada BN, tidak diterima. Inilah hipokrasi yang paling besar," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu malam.

Najib berkata sebagai pengamal demokrasi, pembangkang sepatutnya menerima keputusan rakyat berdasarkan sistem yang diterima pakai mengikut perlembagaan negara. Sebelum pilihan raya umum lagi, Najib berkata beliau sebagai Pengerusi BN bersedia menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) yang banyak bersuara tentang demokrasi, mereka yang nyatakan bahawa rakyat yang akan tentukan segala-galanya...setelah pilihan raya berakhir, mereka enggan terima keputusan demokrasi Parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia," tegasnya.

Najib turut membidas pembangkang yang memberi pelbagai alasan akibat kekalahan pada PRU13 termasuk mendakwa BN membawa masuk ramai warga Bangladesh sebagai pengundi untuk memastikan kemenangan parti itu, selain mempertikai dakwat kekal yang sebelum ini dituntut oleh mereka untuk digunakan dalam sistem pilihan raya.

"Mereka gembar-gembur pembohongan dalam media sosial, dalam cerita-cerita yang dibawa dari mulut ke mulut seolah-olah dongeng itu adalah kebenaran mutlak sehingga cerdik pandai pun termakan cerita. Inilah angkara dibuat pembangkang," katanya.

Perdana menteri berkata daripada menyebarkan di media sosial, pembangkang sepatutnya membawa dakwaan mereka ke mahkamah, dan BN akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat.

Dalam pada itu, Najib turut menempelak pemimpin pembangkang yang kemaruk kuasa dengan menyusahkan rakyat dan mencemarkan imej negara sedangkan telah gagal mengambil alih kepimpinan negara sejak empat pilihan raya lepas.

"Jadi kalau buat kenyataan nak bersyarah di luar negara, pergilah. Jangan ditunggu-tunggu lagi. Sudah empat kali (gagal) masih hendak pertahankan jawatan. Sedangkan dalam kalangan kita, kalah sekali pun sudah letak jawatan.

Inikah yang dikatakan mengamal demokrasi? Inikah yang perjuangkan sistem adil dan terbuka? Yang tiada rasuah dan nepotisme? Tetapi hari ini timbalan presiden parti itu tunjukkan memang berlaku nepotisme dalam parti. Ini 'double standard'," katanya. - sumber

1 comment:

  1. Jolor seghorti.....kami rakyat Kelate selaku pengundi luar...mahu Kelate kekal dgn pemerintahan yang ada ROH...bukan pembangunan kosong. Profoundly...I don't need new Midas to rule Kelantan...I don't need his touch.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa