Monday, July 22, 2013

Rupanya Raja-Raja Arab Yang Menjadi Dajal Merebahkan Morsi

Adakah mereka ingat mereka selamat dan menungkat langit bila berada di bawah ketiak Yahudi dan Amerika?
Mereka gagal mengambil iktibar dari kejatuhan Shah Iran di Timur Tengah dan Marcos di Asia?
Mereka sedar akan kuasa rakyat dan menggunakan kuasa itu untuk jatuhkan kerajaan negara lain tetapi apakah jaminannya mereka selamat dari tangan rakyat sendiri?
Adakah mereka ingat mereka boleh mengekang kebangkitan rakyat sehingga bila-bila?
Saya doakan mereka juga akan tersembam di tangan rakyat sendiri akhirnya!

Laporan di bawah ini saya ceduk dari blog Biaqpila
Saya buta arab dan tak faham sepatah haram pun laporan bahasa arab di bawah

PEGAWAI KDN SAUDI MENGAKUI PERANCANGAN NEGARA JATUHKAN MESIR

Seorang pegawai tinggi Kementerian Dalam negeri Saudi, Abdullah bin Masfar bin Wahf El-Qohtoni meletakkan jawatan sebagai tanda protes beliau kepada kerajaan Saudi yang disifatkan "memerangi Mesir dengan bantuan negara UAE."

Beliau mengumumkan perkara ini melalui "Twitter": "Saya mengumumkan peletakkan jawatan saya dari Kementerian Dalam negeri, demikian itu selepas mereka menyelewengkan hukum Allah dan memerangi Islam. Saya harapkan apa yang saya lakukan ikhlas kerana Allah.

Saya bersaksi dengan nama Allah bahawa saya berlepas diri dari apa yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (Saudi) yang bekerjasama dengan KDN UAE bagi menggulingkan pemerintahan b di Mesir melalui bantuan kewangan dan media..

Saya bersumpah dengan nama Allah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung, bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan kerjasama antara Amerika, UAE dan Saudi supaya tidak berlaku lagi revolusi-revolusi seperti Mesir."

2 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    I've said so... hehehe.... kan sudah gua citerkan dulu.... Hahaha

    ReplyDelete
  2. Sdr C++

    Memang betullah Dajjal Arab bersekongkol dengan Setan Yahudi dan Nasora Amerika menjatuh kerajaan Islam Mesir....

    Semoga bala Allah akan sampai kepada mereka tak lama lagi!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa