Saturday, October 26, 2013

Ini Menteri Sudah Kontradik Sama Dia Punya Boss

Menteri Kesihatan akui peningkatan diabetis dan obesiti bukan kerana gula
OLEH DIYANA IBRAHIM
OCTOBER 26, 2013
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (gambar) hari ini mengakui peningkatan penyakit diabetis atau kencing manis serta obesiti di kalangan rakyat di negara ini bukan semata-mata berpunca daripada pengambilan gula.

Namun jelas beliau, pengambilan gula boleh menyebabkan penghidap penyakit berkenaan bertambah teruk atau kronik.
Subramaniam mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung dakwaan seorang doktor pakar yang menyangkal alasan kerajaan menaikkan harga gula demi menangani peningkatan penyakit tersebut di negara ini.
"Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman.Menurut Dr P Ramesh,  langkah tersebut tidak akan mengurangkan rakyat Malaysia mengidap diabetik, memandangkan  penyakit tersebut juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat yang tinggi, seperti yang terkandung dalam nasi dan bahan berasaskan gandum.
"Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh.
Menurut Subramaniam, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.
Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula adalah satu perkara wajar dimana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.
"Sepatutnya kerajaan sejak dahulu tidak memberikan subsidi gula kepada rakyat.  Saya rasa inilah kesilapan kerajaan yang kini telah diperbetulkan.
"Ini adalah masa terbaik untuk tidak lagi memberikan subsidi gula kepada rakyat tambahan pula umum sedia maklum mengetahui pengambilan gula secara kerap tidak baik untuk kesihatan malah ia memudaratkan," katanya.
"Pengambilan gula adalah satu budaya di negara ini. Namun kita perlu tahu ia tidak diperlukan kerana bukan bahan keperluan penting seperti beras atau petrol.
"Sekiranya pesakit diabetik  pergi berjumpa doktor termasuk yang memberi pandangan ini, pastinya mereka menyarankan pengurangan pengambilan gula," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri forum Simposion Klinikal Immunology Kebangsaan di Kuala Lumpur. – 26 Oktober, 2013.

1 comment:

  1. Quote: (Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula adalah satu perkara wajar dimana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.) Oleh itu disaran supaya pengidap diabetik saman kerajaan tuntut pampasan dan kos rawatan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa