Agak-agak syarikat kroni sape pulak nih?
Warga emas kecewa ditipu
Mohd Yusoff menunjukkan laporan polis serta geran tanah dicerobohi syarikat tersebut
Mohd Yusoff Che Mat, 60 mendakwa, pencerobohan tanah itu juga menyebabkan dia tidak lagi memperoleh hasil dari tanah tersebut kerana syarikat berkenaan menjalankan aktiviti bersebelahan tanahnya, menyebabkan kolam ikan miliknya tertimbus.
Menurutnya, bangsal di kebunnya yang turut diusahakan dengan pelbagai tanaman seperti petai dan dokong tertimbus angkara syarikat terbabit.
"Saya ada buat bantahan kepada pengurus syarikat itu dan beliau bersetuju membayar RM1,000 sebagai ganti rugi kerosakan bangsal dan saki baki kotoran yang masuk ke tanah saya.
"Pengurus syarikat berkenaan turut memberikan RM200 sebagai ganti rugi untuk kolam ikan yang tertimbus," katanya.
Tambah Mohd Yusoff, bayaran berkenaan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada Januari serta RM200 pada Februari dan resit yang dikeluarkan syarikat itu disimpan sebagai bukti pembayaran.
Katanya, bagaimanapun setelah resit tersebut ditunjukkan kepada anaknya yang pulang bercuti dari Kuala Lumpur, dia terkejut apabila mendapat tahu duit tersebut sebenarnya dibayar sebagai persetujuan membenarkan syarikat terbabit menjalankan operasi perlombongan.
"Tambah mengejutkan apabila saya turut dimaklumkan bahawa saya tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran sempadan.
"Saya benar-benar terkejut mendengar berita yang disampaikan itu dan menganggap syarikat tersebut telah menipu saya. Tambahan saya tidak tahu membaca. Saya ambil duit kerana beranggapan ia merupakan bayaran untuk pencerobohan," katanya.
Berikutan itu, Mohd Yusoff telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Krai.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa