Tuesday, December 17, 2013

Hambek Kau: Prof. Dr. Agus Yusoff Pula Sekeh Wahid Omar

Tak macam jawapan menteri, kata penganalisis




SHAH ALAM - Naif dan bukan bertaraf menteri. Demikian pandangan Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terhadap kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan jalan biasa jika tidak mahu bayar lebih untuk kadar tol.

Ujarnya, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri kerana ianya seolah-olah merendahkan intelektual rakyat.
 
“…dan bagi saya kenyataan tersebut juga bukan bersifat menteri, sepatutnya seorang menteri tersebut perlu berfikir secara rasional ketika mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
 
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang diuar-uarkan bakal berlaku tahun hadapan sebagai munasabah dan mereka yang tidak bersetuju boleh menggunakan jalan biasa.   

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya semalam.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kenaikan kadar tol pula, Agus mencadangkan, kenaikan hanya pada kadar 10 sen sahaja.

“Kalau kerajaan terdesak untuk naikkan juga harga tol, bagi saya kenaikan hanya pada harga 10 sen… ini bagi mengelak daripada rakyat terus terkesan.

“…ini kerana rakyat sudah terkesan dengan pelbagai kenaikan sebelum ini, oleh itu kasihanilah rakyat,” katanya.

Sebelum ini ada laporan menyebut kadar tol dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan berapa jauh.

Difahamkan, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

8 comments:

  1. Salam PakDin,
    Krisis mentaliti juga ...?

    ReplyDelete
  2. Setelah dibantah nanti akan keluar keputusan untuk menangguh dulu buat satu tempoh tertentu. Dgn itu imej kerajaan UMNO/BN nampaklah seperti merasai denyut nadi rakyat. Skrip drama ini dah boleh agak. UMNO/BN sebenarnya persetankan rakyat, sokongan dari rakyat ditagih tetapi kebajikan diberi haprak.

    ReplyDelete
  3. UMNO sudah tidak releven lagi. Pemimpin2nya sudah lupa siapakah mereka sebenarnya. Mereka sudah jadikan negara ini macam mak bapa mereka punya. Rakyat jelata hanya tunggul2 dan langau2 belaka. Mereka boleh buat apa saja. Harta rakyat adalah harta mereka manakala harta mereka sudah tentulah hak mereka juga. Nampaknya masih ramai rakyat yang otak mereka sama cerdik dengan lembu NFC Shahrizat.

    ReplyDelete
  4. W'salam Pengasas

    Hee..hee...begitulah nampaknya. Kesian..kan?

    ReplyDelete
  5. Anon 10:33 PM

    Kalau pun tangguh tak ada maknanya. Mereka bukan batalkan!

    ReplyDelete
  6. Sdr. Mansor bin Junus

    UMNO tidak releven sejak bertukar kulit lagi....lama dulu

    ReplyDelete
  7. Saya berasa hairan dengan kenyataan tidak berilmu yang lebih menonjolkan kebodohan ketara daripada seorang yang pernah menjawat jawatan CEO Maybank ini. Sepatutnya jawapan beliau perlu adil kepada rakyat jelata, kerajaan mahupun dirinya sendiri. Letakkanlah kasut mahal kamu di dalam kasut murah dan lusuh rakyat yang kurang berkemampuan. Selepas itu baru kamu akan faham.

    ReplyDelete
  8. Prof Agus salah tu...memang macam tu lah jawapan menteri BN...

    Ayat yang betul ialah.."bukan macam jawapan seorang bekas CEO"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa