Tuesday, December 17, 2013

Harapkan Musang Menjaga Ayam!

Published: Selasa Disember 17, 2013 MYT 1:49:00 PM
Updated: Selasa Disember 17, 2013 MYT 1:59:25 PM

11 Termasuk Empat Pegawai Kastam Ditahan, Dadah Bernilai RM14 Juta Dirampas
Mohd Bakri (tiga, kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas yang dianggarkan bernilai RM14 juta pada Sidang Media mengenai penumpasan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan di Kuala Lumpur, Selasa.

KUALA LUMPUR: Polis mematahkan sindiket penyeludupan dadah dengan penahanan 11 individu, termasuk empat pegawai Jabatan Kastam dan merampas dadah bernilai RM14 juta.
Difahamkan pegawai Kastam berkenaan bekerjasama dengan sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup masuk dadah ke negara ini.
Antara lain yang ditahan dalam serbuan itu adalah empat warga Nigeria dan seorang warga India, yang merupakan anggota sindiket.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, polis membongkarkan sindiket itu berikutan siri serbuan di Nilai dan Lembah Klang antara 14 dan 16 Disember.
"Kita percayai mereka terlibat dalam aktiviti ini selama setahun.
"Kita jangka lebih banyak tangkapan akan dibuat tidak lama lagi," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Selasa.

1 comment:

  1. Seperti UMNO menjaga harta negara, barulah sesuai tajuk posting ini

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa