Wednesday, December 18, 2013

Nahas 6 Mati: Nissan Skyline Yang Merbahaya Atau Memandu Cara Bahaya?

Enam, termasuk remaja mati terbakar dalam nahas Nissan Skyline
Nissan Skyline terbakar dalam nahas 

Enam termasuk seorang remaja, mati terbakar selepas kereta mewah yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan di lebuh raya dan meletup di bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Saksi berkata, semua mangsa dipercayai sekeluarga datang dari arah terowong Smart ke Jalan Perkasa kira-kira jam 12.40 pagi ketika kereta Nissan Skyline yang mereka naiki hilang kawalan dan terlanggar tiang konkrit.
The Star melaporkan kereta tersebut terbakar, tetapi bergerak beberapa meter ke hadapan sebelum terhenti.
"Semua mayat mangsa dalam keadaan rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti identiti mereka. Ada tiga lelaki dan tiga wanita yang kami percayai adalah dewasa semuanya.Seramai 13 ahli bomba mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mayat yang rentung daripada rangka kereta.
"Kecualis satu yang kami percaya seorang remaja berdasarkan kajian paramedik.
"Apabila kami tiba di tempat kejadian, ia dalam keadaan huru-hara. Kereta masih terbakar dan anggota badan mangsa tercampak di sana-sini," kata Komander Operasi, Hamid Daud yang dipetik daripada The Star Online.
Semua mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – 18 Disember, 2013. - sumber

2 comments:

  1. takkan lu orang tak tau. aku ada bukti gred D(ungu) bahwa kete tu umur dia dah lebih 12 tahun. sbb tul bleh eksiden. kalau kete baru tak kan bleh jadi gitu.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn komen di atas, semua logam dan bahan silika telah berada ribuan tahun dlm tanah sebelum diproses menjadi struktur kereta. Hanya roadtax sahaja yg kurang dr setahun.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa