Wednesday, December 18, 2013

Secara Tak Langsung Zam 'Luku' Kepala Zahid Hamidi!

Tenat....
Tukang ampu pun dah tak larat mengampu!

Bekas menteri dakwa isu Syiah dikendali cara pandir, politik cetek
Bekas Menteri Penerangan melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan cara isu Syiah dikendalikan di negara ini dan menyifatkan ia hanya permainan politik yang semakin cetek dan pandir sahaja.
Tan Sri Zainuddin Maidin dalam tulisannya di Sinar Harian berkata, setelah gempar seluruh negara bagaikan langit hendak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan bertanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas.
"Orang itu serah pada orang ini, orang ini serah pada orang itu," tulis bekas Ketua Pengarang Utusan yang lebih dikenali sebagai Zam itu.
"Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini," katanya.Maka, katanya, kredibiliti kerajaan Barisan Nasional dan Umno semakin terhakis.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mempunyai 10 bukti mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) sebagai  Syiah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk tindakan selanjutnya.
Jakim pula melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka  ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar KDN, jika mempunyai bukti yang kukuh, bertindak dan hadapkan Mohamad ke mahkamah supaya dia dapat membela diri.
Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan orang nombor dua PAS adalah Syiah dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2013.
Semalam, Mohamad mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid.
Zam berkata, tindakan menendang ke sana sini untuk diambil tindakan menyebabkan rakyat akan tinggal dalam keraguan.
"Lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu  sama ada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak," katanya.
Beliau berkata, di akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir orang yang mengamalkan ajaran seperti Ajaran Harun. – 18 Disember, 2013. - MI

3 comments:

  1. I say Zam,people like you who put people like you in the last General Erection make fools of this country's government.
    We got democracy what,no demonstrasi in our democracy,so idiots can be ministers,like you also lah.

    ReplyDelete
  2. UMNO sekarang rata2 sudah jatuh di bawah tangan badut2 dan penyamun2 tarbus. Apa tidaknya sebab:

    1. Isu Shiah ini bukan isu agama tetapi isu politik. kalaulah ia sebenarnya isu akidah, kenapa Pengerusi Shiah Kedah yang telah menampilkan diri mesgesahkan Mat Sabu bukan ahli Shiah kenapa tidak ditangkap.

    2. Dah ada 10 bukti konon, tiba2 serah pula kes itu kepada JAKIM lepas itu ditolak pula ke negeri. Nampak sangat bodoh dan langau.

    3. Kerajaan juga kini sudah menjadi penyamun berlesen. sana barng naik, sini barang naik. Yang teruk ialah rakyat.

    4. Dalam masa yang sama pembaziran kelihatan dimana2.

    Tan Seri Zam macam mana ini ? UMNO sudah gila babi.

    ReplyDelete
  3. Banyak bekas pemimpin bee end ni sebenarnya harap bos mereka tangkap semua pemimpin pr macam boss dorang dulu2... Mereka tak sedar kalau x der bukti cukup, akibatnya rakyat akan lebih benci bee end. Skarang ni zaman internet la pakcik...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa