Sunday, January 26, 2014

Cantas Mencantas: Kerajaan Kelantan Disaman RM230 Juta?

Kerajaan Kelantan disaman RM230 juta?

Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub menghadapi satu lagi masalah apabila hari ini kontrektor dari Korea, Dae Hanguru Infra dikatakan akan mengemukakan saman sebanyak RM230 juta terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan syarikat pengurusan, Baldah Toyyibah yang mengendali urusan pembinaan lebuh raya rakyat (Lerek) apabila kontreknya untuk membina lebuh raya itu dibatalkan.

Kontrektor Korea itu dikatakan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM5.448 juta untuk perbelanjaan awal urusan pembinaan lebuh raya berkenaan. Bagaimana pun kontrek pembinaan itu dibatalkan begitu sahaja apabila kerajaan Kelantan berubah pimpinan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yaakub dan pengendalinya syarikat Baldah Toyyiban berpindah tangan daripada Husam Musa kepada orang lain.

Peranan Husam menguruskan projek berkenaan ditarik balik dan diganti dengan orang lain apabila Ahmad Yaakub menjadi MB.

Ekoran itu pengurusan baru mengendali projek berkenaan telah mengenepikan kontrektor dari Korea itu tanpa berbincang dan memikirkan risiko di sebalik pembatalan itu.

Hari ini khabarnya kontrektor berkenaan telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM230 juta.

Sudah pasti hal-hal sebegini dapat dielakkan kalau pihak tertentu khasnya Ahmad Yaakub sebagai MB bijak menguruskan masalah ini dan tidak mudah memperlecehkan pihak lain.

Hari ini projek pembinaan lebuh raya berkenaan masih menjadi tanda tanya apakah ia jadi atau pun tidak. Selepas mengenepikan kontrektor dari Korea itu pihak kerajaan telah melantik IcoBound Sdn Bhd yang kononnya ada kerjasama dengan IDB untuk membina lebuh raya berkenaan. Hal ini pernah diumumkan oleh Mohd Amar Nik Abadullah yang lebuh raya itu menelan belanja sebanyak RM669 juta dan akan siap tahun 2016.

Bagaimana pun sebulan lepas kerajaan Kelantan telah membuang syarikat IcoBound berkenaan dan telah mengadakan tander terbka untuk pembinaan projek yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan itu.

Saman dikemukakan kontrektor dari Korea itu memberi masalah baru kepada kerajaan Ahmad Yaakub. Sekiranya mahkamah membenarkan tuntutan itu ia boleh menyebabkan kerjaaan Kelantan akan bankrup. [wm.kl.4:17 pm 26/01/14]

2 comments:

  1. XUMNO

    Baru beberapa bulan TGNA letak jawatan, situasi dah berterabur!

    Adakah ini menandakan politik mengatasi keikhlasan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa