Sunday, January 26, 2014

Ini Dah Terang-Terang Provokasi!

Sepanduk 'Jesus anak Allah' dikesan di PP

Kain rentang yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian ditemui sekurang-kurangnya oleh dua gereja di Pulau Pinang hari ini.

Allah is Great, Jesus is the son of Allah” (Allah Maha Besar, Jesus anak Allah).

Penggantungannya dilihat berpotensi meningkatkan ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng menulis di Twitter, pemimpin-pemimpin gereja menyatakan rasa sedih mereka dengan kewujudan kain rentang itu.

“Bercakap dengan ketua polis Pulau Pinang, rondaan akan ditingkatkan sekitar gereja. Kain rentang itu jelas berniat membangkitkan ketegangan antara umat Islam dan Kristian,” tulis Lim.

Beliau juga menyebut, gereja-gereja di negeri Pulau Mutiara itu kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menggantungkan sepanduk itu dan laporan polis sudah dibuat.

Ia setakat ini dikesan digantung dekat gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.
Ia bertulis “

Kain rentang berbaur provokasi kalimah Allah digantung di gereja, dakwa Umno Jelutong
January 26, 2014
Latest Update: January 26, 2014 07:02 pm
 
Pemuda Umno Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini.

Ketuanya Jasmin Noordin berkata perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya.

Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan “Allah Is Great” (Allah Maha Besar) dan "Jesus is the son of Allah” (Jesus anak lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri ini.

Jasmin berkata pihaknya akan membuat polis terhadap perbuatan itu yang dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.

Katanya, beliau berjaya menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan keharmonian di negara ini.

"Saya percaya kain rentang berbaur provokasi ini digantung di perkarangan lima buah gereja di negeri ini," katanya.

Tinjauan di sekitar kawasan berkenaan mendapati kain-kain rentang berkenaan telah diturunkan dan difahamkan hampir 100 penduduk Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini berkumpul untuk melihat kain rentang terbabit sebelum ia diturunkan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu sehingga dimaklumkan oleh pihak media.

"Saya baru dapat tahu perkara tersebut dan satu siasatan segera akan dilakukan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, ketika dihubungi, berkata dua buah gereja dan seorang penduduk tempatan membuat laporan polis berhubung kain rentang bersifat provokatif itu.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. – Bernama, 26 Januari, 2014. - sumber

5 comments:

  1. Rakyat yang cerdik baik orang islam mahupun non-muslim dengan mudah boleh teka perbuatan siapa yang gantung spanduk2 provokasi tu. Ia samalah dengan isu pijak kepala lembu dulu. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya rakyat berbilang kaum bergadung supaya dharurat diisytihar dan P Pinang boleh diperintah secara Mageran. Jenis berak tengah jalan lepas tu buat heboh tuduh orang lain buat.

    ReplyDelete
  2. Abe,

    Jelas dan terang ini satu provokasi untuk mencetuskan ketegangan ugama di penang. Yang hairannya ini berlaku hanya di penang.

    Dalam insiden ini tidak sukar untuk mengagak puak mana punya angkara. Di Penang kita tahu puak mana yang begitu ghairah memainkan isu ini. Yang ramai akan menuduh tentulah angkara puak-puak mamak belukang yang menggunakan platform UMNO.

    Kita tahu s3bahagian besar mamak-mamak penang ni bergiat dalam perniagaan. Apakah sekarang ini mereka sedang menghadapi kesulitan dalam pe4niagaan kerana tak boleh nak kowtim pentadbiran sekarang berbanding masa penang di BN dulu?

    Melihat watak-watak utama yang mendepani isu-isu di penang kemungkinan andaian ini ada asasnya. Mesti ada sesuatu yang memberi kesan kepada puak mamak ni.

    Yang herannya dimana pihak polis? Dimana pucuk pimpinan UMNO kerana tindakan mamak-mamak ini sedang memberi persepsi buruk kepada UMNO?

    ReplyDelete
  3. 9:30. Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putra Allah" dan orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putra Allah". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah atas mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?

    dalam agama depa memang depa syirikan Allah dalam Islam Allah Maha Esa.kalau tak mau bagi depa syirikan Allah kena ajak depa masuk Islam baru depa guna nama Allah dengan betul.
    kain rentang tu tak tau la kita sapa punya kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak cara Islam ke yang depa buat kat penang untuk bela Islam seperti didakwa.

      Jawab ni betul dulu baru boleh cerita perkara-perkara lain pasai Islam.

      Delete
  4. Apakah budak budak tikus mondok aka EEE punyea kerja , entah lah tetapi yang pasti tikus mondok juga makan KANGKUNG bila kelaparan.

    EEEE.... Jijiklah !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa