Tuesday, January 7, 2014

Chandra Terpaksa Melutut!

Akibat dari keceluparan mulut
Terpaksa melutut kepada Anwar

6:58PM Jan 7, 2014
Chandra tarik kenyataan didakwa fitnah Anwar

Kes saman fitnah RM10 juta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Dr Chandra Muzaffar selesai selepas presiden International Movement for Just World (JUST) itu menarik balik
perkataan-perkataan berunsur fitnah berhubung artikel yang diterbitkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad merekodkan persetujuan itu selepas peguam N. Surendran, yang mewakili Anwar memaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes itu.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Dr Chandra (kanan) memberitahu mahkamah, anak guamnya bersetuju menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan berunsur fitnah yang dinyatakan dalam artikel itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 6 Mac 2008, Anwar mendakwa Dr Chandra mengeluarkan komen-komen berunsur fitnah terhadapnya melalui forum dianjurkan Star Publication (M) Bhd, di Menara Star, Petaling Jaya, pada 3 Mac 2008.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Anwar mendakwa komen itu diterbitkan akhbar The Star melalui artikel bertajuk 'Disaster if Anwar is PM' dan 'Chandra breaks silence on Anwar' yang diterbitkan akhbar The New Straits Times pada 5 Mac 2008.

Dr Chandra dalam pembelaannya menafikan mengeluarkan komen jahat, palsu atau memfitnah Anwar dan berkata ia disiarkan dengan perlindungan bersyarat.

Anwar, yang ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dr Chandra hadir pada prosiding hari ini. - sumber

3 comments:

  1. alhamdulillah padan muka india pembelot & munafik yang ngaku muslim ini ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Takut jugak SiKeling ni yee.klu aku akan teruskan Saman sampai Mangkuk Kling ni Bankrupt.malu beb satu MalayA tahu keburukan Anwar walaupun statement dia berbaur Fitnah.

    ReplyDelete
  3. Maaf kesalahan Mangkok ini aje , DS Anwar dapat banyak pahala akhirat... Itu lebih baik dari duit belanja parti parti harijadi sampai mati tau....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa