Wednesday, January 8, 2014

Dua Pegawai Kanan Wisma Putra Ditahan

Tataulah apa nak jadi dengan Malaysia
Dari atas ke bawah tidak boleh dipercayai
Pegawai tinggi polis dan peguam pun takleh nak percaya
Agak sape lagi yang boleh kita percayai?

Selasa Januari 7, 2014
Dua Pegawai Kanan Wisma Putra Ditahan Bantu Siasatan Tuntutan Palsu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menahan dua pegawai kanan Kementerian Luar bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah AS$126,000 (RM378,000) ketika mereka bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington pada 2011.
SPRM dalam satu kenyataan medianya berkata dua pegawai berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada pukul 3.30 petang dan disiasat di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Katanya, mereka didapati terbabit dalam membuat tuntutan palsu penggunaan kenderaan dan urusan logistik semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat.
Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan mereka. - BERNAMA

1 comment:

  1. Semua nak kaya cepat bila masok kerja gomen yea.
    Trend zaman moden.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa