Saturday, January 18, 2014

Politik Bangang Yang Mengecewakan Rakyat

Dipecat sebagai MB Selangor: Khalid serah kepada rakyat, ahli parti
OLEH DIYANA IBRAHIM
January 18, 2014
Latest Update: January 18, 2014 02:53 pm
 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersalam dengan peserta dialog di Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Januari, 2014. 



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau menyerahkan cadangan pemecatan beliau sebagai menteri besar Selangor yang diusulkan oleh kumpulan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat parti tersebut baru-baru ini kepada rakyat dan ahli parti.

Menteri besar Selangor yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut bagaimanapun hanya menyifatkan isu yang melanda antara beliau dan Azmin itu sebagai isu politik.

"Itu hal politik. Isu tersebut biarlah ditentukan oleh rakyat dan ahli parti sendiri," katanya kepada media selepas menghadiri program dialog bersama penduduk di Kuala Selangor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Khalid hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila Azmin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan penyokongnya mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.

Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.

The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada malam Rabu lalu yang dipengerusikan oleh Anwar. - 18 Januari, 2014.

4 comments:

  1. Petadbiran kerajaan negeri selagor dah 2 penggal,cantik dah.takkan warga PR selagor nak musnahkan nya.
    Skarang ni PM najib kena cemuh oleh segenap lapisan masyarakat,tapi xampak pulak ada perkataan PM Najib hampir hilang pekerjaan.nampaknya kebanyakan warga PR selangor masih xpaham politik.nak jaga yb Azmin ali,tapi akan musnahkan kerajaan PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dalam badan tu masih ada lg sisabaki darah cap keris hasad dengki susah nak hilang.. Bagus sangatkah si Azmin anak Ali n Zuraidah anak Kamarudin ni..

      Delete
  2. Kalau PKR asyik berbalah berebut jawatan MB, serah sajalah jawatan tersebut kepada Pas atau DAP. Pokai sangat ke Azmin kalau tak pegang jawatan sebagai Ahli Lebaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor? Rakyat SDelangor pun dah naik meluat dengan perangai Azmin dan PKR ni dan menunggu2 PRU14 untuk menguburkan sisa2 cap dacing karat ni.

    ReplyDelete
  3. Zuraidah ni juga yg bising menyindir Pas dulu. Dia ingat keadilan dia boleh menang tanpa pertolongan pas n dap. Jng cakap takabur la.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa