Saturday, February 15, 2014

Benarkah Laporan Ini. Tak Mustahilkan?

Khalid Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis sambutan Chap Goh Mei di Klang pada Jumaat malam. -fotoTheStar/CHAN TAK KONG
PETALING JAYA: Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.
Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan.
Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian.
Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.
Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

3 comments:

  1. hampa dok merepet apa ni.janganlah dok buat bagi serabut.biar la perangai haramjadah ni dibuat oleh juak2 umngok be end sudah la.kan juak2 ni dah macam tu pandai fitnah dan reka cerita yang bukan2.

    ReplyDelete
  2. sekarang ni musim syaiton membisikkan
    segala asutan untuk huruharakan manusia yang ingin kepada kebaikan
    jangan lupa kerja utama syaiton

    ReplyDelete
  3. awas media parti sekutu apco bijak putar & fitnah segala bala ,jangan mudah terikut barua barua kangkung pengkhianat yang suka putarbelit kebenaran,ABU !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa