Tuesday, February 18, 2014

Inilah Berita Yang Dinantikan!

Memang inilah yang saya tunggu dan nanti-nantikan
Iaitu penafian dan pengakuan dari mulut TS Khalid sendiri

Walau pun sebelum ini yang menafikan hanya sumber PKR
Dan selepas itu dari Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution masih belum kuat untuk diterima pakai
Rupanya surat itu hanyalah ciptaan di dalam illusi para macai UMNO sahaja

Khalid nafi wujud surat letak jawatan sulit
 | February 17, 2014
Perkara ini hanya satu spekulasi, menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kewujudan satu surat perletakan jawatan sulit yang sedang hangat diperkatakan kini.
Khalid menyifatkannya perkara ini sebagai satu spekulasi.
“Cerita itu tak benar, tak ada surat pun.
“Lebih baik buat kerja dan pastikan kemenangan di kerusi DUN Kajang,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Khalid turut menegaskan tiada perancangan pertukaran kerusi menteri besar.
“Itu banyak spekulasi. Ini bukan cipta drama India dan Indonesia,” katanya.
Sabtu lalu, The Star melaporkan bahawa Khalid enggan menandatangani satu surat perletakkan jawatan yang disediakan pimpinan PKR bertarikh 23 Mac.
Tujuan surat tersebut dikatakan untuk memberi laluan kepada Ketua Umum Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar, sekiranya Anwar berjaya memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada hari yang sama.
Bagaimanapun, difahamkan Khalid enggan berbuat demikian dan berkeyakinan dapat mengekalkan jawatannya.
Sementara itu, Khalid turut menafikan bekerjasama dengan seorang bakal calon bebas PRK Kajang, Datuk Zaid Ibrahim.
“Inilah kita lihat bagaimana politik ini beri kebebasan kepada mereka untuk berikan pandangan dan penglibatan mereka.
“Saya baru tahu dalam politik ini kita tak boleh tentukan tindakan seseorang untuk terus bersama dalam pergolakan dan demokrasi,” katanya apabila
Semalam, Zaid mengumumkan bakal bertanding dalam PRK Kajang sebagai calon bebas untuk menggagalkan ‘Kajang Move’ sekaligus mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.
PRK Kajang bakal berlangsung 23 Mac nanti dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa