Isnin Februari 17, 2014
Wenger Gambarkan Mourinho Sebagai Bodoh Dan Tiada Hormat
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger membalas balik gelaran yang diberikan Jose Mourinho selepas pengurus Chelsea itu menggelarnya sebagai 'pakar kegagalan'.
Bercakap ketika skuad bimbingannya menang 2-1 ke atas Liverpool pada aksi pusingan kelima piala FA Inggeris (Ahad), Wenger menggambarkan kata-kata Mourinho itu sebagai 'bodoh' dan 'tiada hormat'.
"Saya tidak mahu menjadi bodoh, dan tidak ada hormat.
"Apa yang saya tahu, ia amat memalukan Chelsea daripada saya," jelasnya.
Wenger juga enggan bercakap secara bersemuka dengan musuhnya itu ketika aksi Liga Perdana kerana dikatakan takut gagal.
Komen-komen yang dilemparkan dianggap satu provokasi dari Mourinho yang mempersendakan Wenger lapan tahun tanpa trofi di Arsenal.
"Dia ada keistimewaan untuk gagal, saya tidak," jelas Mourinho pada satu sidang media sebelum ini.
"Jika dia betul yang saya takut untuk gagal ia adalah kerana saya tidak gagal banyak kali.
"Dia ada keistimewaan 'gagal' kerana sudah lapan tahun tanpa sebarang trofi. Jika ia berlaku pada Chelsea, saya akan pergi dan tidak akan kembali."
Namun skuad Wenger kembali bangkit membalas dendam ke atas Liverpool selepas tewas 5-1 dalam aksi liga perdana minggu lalu.
Pada Sabtu, Chelsea gagal meneruskan aksi Piala FA selepas tewas 2-0 kepada Manchester City
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa