Saturday, March 29, 2014

Memali 19 November 1985: Mahathir Dah Nyanyuk, Lupa Dia Di Mana

Saya akan semak kenyataan Tun Musa sama ada betul atau tidak, kata Dr Mahathir
OLEH MD IZWAN
MARCH 29, 2014

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji semula kebenaran dakwaan bekas timbalannya Tun Musa Hitam yang mengatakan beliau berada di Kuala Lumpur semasa tragedi Memali pada 1985.


Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali, Musa mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Istana Hotel hari ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam “Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang” anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru baru-baru ini
Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata: "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu. – 29 Mac, 2014.

12 comments:

  1. Seperti biasalah, mamak lidah bercabang macam biawak ni akan cakap berbelit2 nak lepaskan diri.Dah mula buat lupa pulak; sikit hari lagi buat pura2 sakit jantung supaya rakyat simpati!! POoooooraaah lah Kutty; mainan kamu tu dah too often and too common.Rakyat dah meluat.

    ReplyDelete
  2. peritiwa besar sampai hilang nyawa orang matde ni nak main tak ingat pula mustahil tak ingat ini bukan perkara kecil
    bukan nyanyok lagi pun memang kaki belit dari dulu lagi

    ReplyDelete
  3. Mengikut mana2 hukum pun, memberontak adalah hukumannya mati....kalau tak tahu hujung pangkal, jangan nak memandai dlm isu ini. Saya berasal dari mukim yang bersebelahan dgn memali, saya tahu asal usul kes.... Tindakan pemerintah waktu itu adalah betul, dan tepat. Hj Hadi yang bertanggung jawab dlm soal ini. Dialah pencetus kpd pemberontakan dan dalam kes tersebut, pemberontak lebih dahulu membunuh polis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu duk sebelah Umah Ibrahim Libya..tp hati sebelah Be End x yah la nak mengaku tahu hujung pangkal..

      Delete
    2. Klu duk seblah umah Ibrahim LIbya pun..tp hati seblah Be ENd..x yahlah nak mengaku fhm n tahu hujung pangkal

      Delete
  4. Anon 11:59 PM

    Pemerintah yang macam mana haram memberontak?
    Dan adakah mereka (mangsa) memberontak dengan menyerang tentera/polis kerajaan dengan kelengkapan perang atau mereka yang diserang dengan kekuatan kereta perisai dan senapang automatik?

    Saya rasa anda adalah salah seorang yang akan menjadi saksi di hadapan Allah di akhirat kelak!

    ReplyDelete
  5. persoalannya disini bukan betoi tak betoi kes ini. soalnya betoi ke matde ada di dalam negara ketika itu
    peristiwa 13 mei pun orang ingat ada dikampung ke kl masa tu .lagi lama
    kalau nak sokong perbuatan matde pun patut padan la

    ReplyDelete
  6. Dlm kepalanya asyik ingatkan Anwar yg gagal dibunuhnya via Rahim Nor diikuti arsenik dulu dan peluang Mukhriz untuk jadi PM. Yg lain2 tu dia boleh berdolak-dalik dgn kepintaran mengelentong semula jadi spesis ini. Modus operandinya untuk mendiamkan perkara ini, akan ditampilkan dgn mengejut isu panas yg lain bagi memesongkan fokus rakyat. Itulah yg dimaksudkannya dlm sajak 'Melayu mudah lupa', berwaspadalah dgn mainan jijik diktator ini.

    ReplyDelete
  7. Tuan, saya rasa memberontak atau kata lain mengisytiharkan perang kpd kerajaan, maka tak kan kerajaan nak pastikan dulu senjata apa yang pemberontak gunakan? kalau pemberontak menggunakan parang, maka kerajaan tersebut patut juga menggunakan parang? untuk keadilan? Ingat, tiada pengadil, tiada moderator da;am peperangan... sendiri buat, sendiri tanggung.

    ReplyDelete
  8. MD (Mountdweller)... apa maksud anda pemerintah yang bagaimana boleh kita memberontak? nak pakai neraca atau hukum mana nak pastikan sesuatu kerajaan tu sah untuk kita memberontak?
    setiap kerajaan, atau atau kaum, Allah dah takdirkan atau Allah dah pilih siapa yang jadi pemerintah dan siapa yang akan diperintah. kita tak boleh senag-2 nak ubah hukum/pilihan Allah begitu saja.
    Lagi pun, kalau kita kata pemerintah sekarang zalim, dan boleh kita memberontak... apa jadi pulak kalau pas/pkr memerintah, dan ada pulak yang kata zalim, boleh jugak memberontak? kita tak boleh halang? kita bagi sokongan kpd pemberontak... sampai bila benda macam ni nak berakhir?

    ReplyDelete
  9. A'kum semua

    Tentang kerajaan dan keadaan yang bagaimana kerajaan harus dilawan dan wajib disokong itu 'saya bukan orangnya untuk memberikan penerangan dan saya juga bukan di dalam kedudukan orang yang arif dan berkedudukan menentukannya'

    Anda bertanyalah kepada orang yang arif tentang 'hukum dan politik'dan yang 'tidak berpihak'

    Saya tidak setuju bila Ibrahim Libya dan kumpulannya dicap sebagai pemberontak dan dibunuh

    ReplyDelete
  10. http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19851119-1.2.32.5.aspx

    ni bukan paper malaysia yg kata k... x sebelah sape2 tp it contra with ayat DMH "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa