Thursday, September 18, 2014

Aikk.....Dah Hilang Tudung?

Rumahtangga Raja Azmi berantakan
DI KUALA LUMPUR - 17 SEP 2014 (4 HOURS AGO)

Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mengakui bahawa sudah sebulan dia dengan suaminya, Mohd Eddie Ghazali, 45, tidak tinggal sebumbung.
"Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya dengan Eddie sedang membawa haluan masing-masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki hubungan kami. 
"Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi kami. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi menghormati pihak keluarga masing-masing. 
"Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki serta selamatkan rumahtangga kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT," kata Raja Azmi kepada portal Murai. 
Raja Azmi Raja Sulaiman mendirikan rumahtangga dengan Eddie yang juga pemain bass kumpulan CRK pada 13 Oktober 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya (IB). 
Jelas Raja Azmi, siapa yang tidak sedih apabila rumahtangga yang dibina atas dasar cinta sama cinta dilanda badai. 
"Tapi, apalah daya saya. Bak kata bait lagu Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak, suami isteri. Pokok tidak akan bergoyang sendiri, kalau tanpa angin yang goncang. 
"Tipulah saya kalau saya tidak kata saya sedih. Setiap insan mengimpikan rumahtangga mereka kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Namun, dalam melayari kehidupan berumahtangga, kita sering diuji dengan pelbagai dugaan. 
"Berkahwin dan kemudian akhirnya bercerai adalah satu dugaan siapa-siapa yang berumahtangga. Dan, sebolehnya kita tidak digalakkan untuk bercerai dan sebolehnya, itulah yang cuba saya pertahankan buat masa ini. 
"Entahlah.... saya pun tak tahu nak kata apa lagi. Apa yang oleh saya katakan, saya hanya pasrah dan reda dengan waktu dan keadaan. Biar waktu yang menentukan segalanya.
"Apapun, kita ini hanya mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kalau Allah SWT sudah tentukan jodoh kami tidak panjang dan kalau jodoh kami sudah cukup sampai di sini, saya reda," katanya lagi secara jujur. - sumber

1 comment:

  1. Kalau dah kembali menjanda nanti, kamu kahwin aje lah dengan aku Raja Azemi weh......Wang aku tak berani janji, tapi nafkah batin tu....Insyaallah! Nanti aku contect kamu.......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa