Thursday, September 18, 2014

Kantoi: Penolakkan Wan Azizah Kerana Gender Rupanya!

Ia membuat keputusan dan meluluskan semua perkara dari bagaimana PAS harus bekerjasama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) kepada sama ada wanita boleh dijadikan ketua.
Kenapa sebelum ini mereka berselindung?

Di sini beberapa perkara yang terserlah - 
  • Diskriminasi gender masih kuat di kalangan Ulama PAS
  • Golongan Ulama PAS pantang disentuh
  • PAS merasa mereka kuat
  • Kuatkah PAS?
  • Pemusatan kuasa kepada Dewan Ulamak PAS
  • Apakah peranan AJK PAS Pusat pula?
# Kalau telahan saya tidak betul, harap bat8 dan 1Crony betulkan

Kekuatan PAS mungkin jadi kelemahan Pakatan
Published: 18 September 2014
Ulama PAS jadi sumber kekuatan, identiti dan hala tuju parti dalam menegakkan Islam, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider.

Ulama PAS ialah sumber kekuatan, identiti dan hala tuju parti itu dalam usahanya menegakkan misi Islamnya di atas muka bumi ini tetapi kejadian terbaru dilihat membuktikan sebaliknya.
Seperti dapat dilihat dalam kes krisis menteri besar Selangor dan rang undang-undang hudud Kelantan sebelum ini, golongan ulama dalam PAS bagaikan satu penghalang walaupun mereka mendakwa mereka berperanan sebagai kompas moral parti itu.
Sambil parti itu bersedia mencorak haluannya ketika bersidang dalam muktamar tahunannya hari ini, persoalan utama ialah adakah ulama PAS bersedia memainkan peranan yang kompleks menyediakan parti itu untuk memegang tampuk pemerintahan di peringkat pusat sebagai sebahagian gabungan parti pelbagai agama.
“Golongan ulama berada dalam parti sejak dari awal,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, merujuk hakikat yang PAS ditubuhkan aktivis ulama pada 1951, sesetengahnya daripada Umno.
Sejak PAS secara rasmi menggunakan doktrin "kepimpinan ulama" pada awal 1980-an, dasar dan keputusan parti itu disemak terlebih dahulu sekumpulan ulama kanan dipanggil Majlis Syura Ulama.
Dewan Ulama terdiri daripada para ustaz dan ilmuan agama dan yang terbaik daripada mereka dipilih menduduki Majlis Syura.
Majlis itu umpama cap mohor bagi mendapatkan kelulusan terakhir dalam PAS, kata ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan.
Ia membuat keputusan dan meluluskan semua perkara dari bagaimana PAS harus bekerjasama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) kepada sama ada wanita boleh dijadikan ketua.
Majlis itu, yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi, secara asasnya menentukan sama ada tindakan parti selaras dengan prinsip Islam pada pandangannya atau tidak.
Inilah sebabnya kenapa kekalutan krisis menteri besar Selangor menyebabkan timbulnya permusuhan di kalangan sebahagian ahli dan pemimpin parti.
Majlis tersebut pada awalnya tidak bersetuju dengan rancangan PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Khairuddin berkata, majlis itu memutuskan PKR tidak bertindak mengikut ajaran Islam kerana hendak menukar seorang pemimpin yang tidak melakukan sebarang kesalahan yang melayakkannya untuk disingkir.
Keputusan itu bagaimanapun tidak selari dengan amalan di dalam sebuah gabungan politik di mana setiap parti ada hak bertindak atas anggota parti itu sendiri sekiranya difikirkan perlu.
Apabila setengah ahli dan pemimpin PAS sendiri mengkritik pendirian Majlis Syura, ia dianggap menyerang jurucakap Islam tertinggi parti itu.
Kemarahan terhadap Majlis Syura ini menyelubungi muktamar Dewan Ulama semalam apabila seorang demi seorang ulama mencemuh mereka yang mengkritik majlis itu sebagai munafik.
Dalam konteks PAS, istilah munafik biasanya digunakan terhadap individu penipu dalam parti yang bertindak seperti musuh dalam selimut. – 18 September, 2014.

Yang aku nak kata: Kepada yang menganggap aku salah seorang dari kononnya 'Task force' (entah menatang apa?) yang kononnya dibayar.....maaflah aku nak cakap yang aku ni hidup dengan pencen aku yang lebih dari cukup. Dicampur lagi dengan sumbangan dari anak-anak aku setiap bulan. Bini aku pun seorang pengurus negeri sebuah syarikat besar yang teguh. Jadi aku tak perlu ambil upah dari mana-mana pihak yang berkepentingan. Aku dan isteri tidak perlukan hidup mewah macam jutawan. Aku bebas!

Seingat aku, aku tidak pernah mengambil apa-apa maklumat dari sumber yang tidak sahih. Aku dapatkan maklumat bersumberkan rujukan beberapa akhbar. Kalau tak betul kenapa mereka yang berkenaan tidak saman akhbar itu sebagaimana yang telah Najib lakukan?

Kalau nak berhujah, berhujahlah dengan dengan cerdik dan berpengetahuan dengan membuat homework sendiri. Jangan berhujah dengan hujah yang bebal serta ikut perasaan dan pandangan yang cetek!

Sebenarnya ramai lagi diluar sini yang masih sayangkan PAS. Tujuan mereka adalah untuk menegur bukan buat fitnah. Mereka bimbang PAS akan layu dan kecundang oleh kerana dipimpin oleh golongan yang tidak berkredibiliti

19 comments:

  1. Replies
    1. Alamak bro.buat buat silap plak.he.he.he.he.mantop lakonan bro admin.he.he.he.ala bro kalu ngelak pun kita orang bukan nya tau pun.pandai makan,pandai ler simpan.yg penting kita mesti camdek PAS.jgn bagi ruang utk PAS bernafas.janji pkr dan ketua umum mesti dilambong tinggi tinggi bro.langkah tempang mesti ditutup rapat rapat.bravo bro.rupa rupa nya lu balaci bro.tak baik bro jadi mcm nie.songkok hitam lu bro mau kasi tinggi lagi bro.biar sampai 9 inci bro.

      Delete
  2. Duit mana pernah cukup. Kalau ada nak lagi...nak lagi...nak lagi. itulah manusia.

    Awak tuduh ulamak PAS bermain soal gender. Nah sekarang kamu ada ke hujah ugama kalau tidak setuju dengan pandangan ulama PAS.

    sepatutnya kalau dah pencen lagi dekat dengan ugama bukan masih teraba-raba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jantan pun cakap berbelitbelit macang tuang presideng bolih di angkat jadi pemimping ka .... baik bagi orang pompuang yang jujur dan amanah dari lantik Si Munafik

      Delete
    2. Cik asrul boleh ker senaraikan ketidakjujuran TSKI.ada ker mana mana blogger team force yg menceritakan kegagalan taikun pkr/dap mencari kesalahan TSKI bila bersemuka.yg jujur pun dicantas aper citer bro.sembang nampak mcm bijak tapi haprak.

      Delete
  3. Anon 9:39 AM

    Yang saya pertikaikan bukannya Hukum tetapi apa yang keluar dari mulut golongan yang memikul kita sebelum ini.

    Kalau kita kata kerana gender mereka monolak dan tidak mengaku. Mereka bukan sebab itu. Tetapi tak sesuai. Mereka tidak beritahu kenapa tak sesuai?

    Anda nampak tak mereka berdolak dalih dan berbohong? Patut dan haruskah mereka berbohong kepada khalayak?

    Sebenarnya andak tidak faham apa yang saya maksudkan dengan tajuk N3 ini.

    ReplyDelete
  4. Maksud saya golongan memikul Kitab!

    ReplyDelete
  5. Dari Ustaz Lotfi Ariffin syuhada yang mati Syahid di Syria hinggalah Wan Azizah. Lidah berbelit..belit.

    Dia bukan lagi Ahli PAS lagi tapi semalam dah lain. Kenapa harus takut.

    Hadi kata gender, Mustafa kata bkn gender.... semalam dah kata sebab gender plak. Lidah sapa yg betul?



    Al fatihah buat Arwah Ustaz.

    Gua puji blog ni..terbaeek

    ReplyDelete
  6. Untuk kesahjeraan fikiran kita..saya syorkan supaya tidak bercakap apa-apa lagi fasal PAS sekaranag. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana bole bro.nanti tak masyuk.miss soru ler bro.

      Delete
  7. Bhai MountDweller...

    Dalam sejarah manusia ribuan tahun.... Biler golongan yang "katanya" dekat dengan agama mula merombak-rombak dam mencaturkan sesuatu yang berkaitan duniawi... maka kiter boleh lihat kalu tidak banyak mesti akan ader impak dari segi duniawi dalam keputusan diorang....

    Selalunya kesesatan itu bukannya datang dari orang yang tidak berilmu... tapi datang dari orang yang terlebih ilmunya... Ini resam manusia... Ini resam dunia... sudah beribu tahun manusia dicorakkan sebegini..

    Kalau pun ada yang mengatakan bahawa Islam berjaya mengekang perkara ini daripada berlaku... gua gelak jer... pasai... sure orang yang bercakap ini tidak baca sejarah... tidak mengkaji sejarah...

    Dan tidak tahu bagaimana berapa ramai golongan berilmu dan beragama yang akhirnya tenggelam dengan ilmu dan agamanya hanya kerana daki dunia...

    Aper pon....

    Semua ini bermula biler golongan berilmu dan beragama mula tidak mahu menerima nasihat "walaupun dari seorang hamba sekalipun" ... Ini pusingan kitarannya....

    Kita lihat di Malaysia... berapa ramai mufti yang berani mengegakkan Islam dan sanggup bercanggah dengan keputusan para pemimpin, Sultan mahupun Raja....

    Ader seorang dulu yang berani... dia dipecat dan dihinakan.... Ustaz Ishak Baharom ... Mufti Selangor...

    Kalu ader yang lain.... akan dilabelkan Wahabi, Syiah dan macam-macam lagie....

    Yang betul dan tepat hanyalah macam mufti duit seperti Noh Gadut (bekas mufti) dan Harussani jer....

    Hahahaha

    ReplyDelete
  8. Wahai anonymouse 9.44.memang duit.duit dan duit,sebab itulah ulamak dalam Pas dan meraban kerana harta dan pangkat.mereka lupa kawan.lupa taraf ulamak sebab harta.Tak payah ada hujah kalau soal gender yang ulamak kamu tolong pulak bagi alasan mengapa bolih pula kamu letakan calun muslimat sebagai adun dan menjadi ketua bagi kawasan kami?Eh,dia muslimat mana bolih nak jadi imam,siak ke atau tok khatib ke,Apa? sebab dia wala' pada Presideng kamu?dan ada lagi yang di lantik sebagai Exco.kamu ada hujah ke?Bodoh otaknya

    ReplyDelete
  9. Dia hanya tau sokong membabi buta dan pekak badak.Dia hampir tidak membaca apa yang orang tulis.hanay nak komen dan mempertahankan ulamak je.

    ReplyDelete
  10. Malaysia ni paling ramai Mufti. 13 + 1 ketua.

    - duit tabung Haji pun boleh lesap.

    - Pusat zakat - orang yg lumpuh kena pergi mengadap kat pusat zakat, pegawai zakatbsuruh tolak pakai kerusi roda dgn wajah selamba. Pegawai2 zakat kat kaunter duduk dalam sembang kenaikan gaji dan bonus tahunan sampai depan boleh dengar. Mufti ramai tapi semua diam.

    - dividen EPF tahun lepas pun dapat Rm100. Lebih baik letak kat mutual simpan rm 4000, 4 tahun dah dekat rm 20k.

    Socso jangan cetalah. Ingat kisah makcik datang dari bota perak menangis kat teksi stop di bangunan perkeso jalan Ampang. Bila tanya .."kenapa makcik ada benda hilang ke? Dia jawap " tak...tapi sedih sebab pegawai perkeso KL suruh pegi ipoh, selesaikan tuntutan disana.dah lah naik bas dar Bota..! Pergi ipoh ...pegawai ipoh suruh pergi KL, sampai KL...pegawai KL kata bolet dibuat di ipoh saja". Padan lah makcik tu tangkap nangis. Dgn org tua bokeh buat mcm tu. Kalau 6g patah riuk lagilah. Cukup tahun pegawai tahu bonus mesti masuk.



    ReplyDelete
  11. Bila cakap sahaja pasal agama Islam perlu ingat bahawa Islam bukan hanya dimsia sahaja. Apakah ulamak2 dimsia saja yang celik agama? Apa kah ulamak2 di Indonesia pakistan Bangladesh semua nya buta agama? Mereka terima wanita sabagai ketua negara mereka. Apakah ulamak pas saja yg faham agama???

    ReplyDelete
  12. memang inilah blok yang terbaik bagi aku.tenang bila membacanya.Hadi kata Gender,Stopa kat bukan gender,hari ni p harun Din kata gender pulak,Merka pening dan mabuk laut,biarkan mereka Khayal tapi kita haru berhati2 supaya kita jangan ikut pening seperti mereka.Biarkan mereka terjun ke laut asalkan kapal kita tidak karam

    ReplyDelete
  13. Dahulu golongan yang katanya ulama dalam PAS merujuk kepada kitab Hijau untuk menghalalkan perlantikan wanita sebagai pemimpin, tapi sekarang mereka terjumpa pula kitab Merah UMNO (dalam simpanan Dr Harun Din) yang mengatakan "haram" melantik dari kaum wanita (sedangkan dalam PAS sekarang pun ramai pemimpin dari kalangan wanita). PAS hanya menghargai kaum wanita apabila Tuang Presideng dan Setiausaha Aggong nak berbini 3 hingga 4 dan bagi meraih sokongan apabila hampir dengan PRK/PRU (itulah taraf wanita dalam parti PAS). Ramai di antara penyokong muda PAS ini seperti 'Ikan Kering", mata sentiasa terbuka - tapi tak boleh lihat apa-apa. Apabila dikritik mulalah minta bukti dan bila diberi bukti tidak percaya pula malah dituduh para pengkritik sebagai "Task Force" PKR atau UMNO. Apakah relevan-nya "Task Force" PKR atau UMNO untuk mengkritik PAS? Sedangkan Tuan Presideng PAS memang mahu sehidup dan semati dengan UMNO? Bagi aku tak berguna satu sen pun kalau mahu memperbetulkan kepala otak berserban (penyokong buta kayu PAS) yang seperti mencurah air di daun keladi dan terlebih terperasan yang mereka itu adalah ahlil syurga. Sebenarnya bagus juga kalau PAS terlingkup satu Malaysia, sekurang-kurangnya akan naik PKR yang kurang amanah tetapi rajin memperjuangkan hak rakyat berbanding PAS sebuah parti yang kurang amanah dan tidak langsung memperdulikan atau memperjuangkan hak dan nasib rakyat (yang diperjuangkan hanya nasib menantu dan anak yang akan terlepas saham 450 kilo di Peransang Selangor).

    ReplyDelete
  14. Ulama pas dalam parti saja....belum pernah menang mana boleh jadi ulama negeri kah peringkat negara kaa puak2 ini saja yang perasan... baru nampak kilauan emas sudah tungang langgang berebut...aduhai ulamak gila dunia...kalau tak gila dunia takkan ikut pilihanraya...untung2 menang 1 penggal cukuplah sudah ada pencen....puak2 ini kalau bisnes...beli 2 ringgit jual 10 ringgit...pengalaman saya cukup banyak...tapi kalau bercakap berbuih mulut dengan ayat quran

    ReplyDelete
  15. Anon 6:10 PM

    Siapa Hadi Awe kalau nak dibandingkan dengan Anwar? Terlalu sukar sangatkah perjuangan Hadi Awe berbanding fitnah terhadap Anwar? Sebenarnya sejarah Hadi Awe terlalu ciput jika nak dibandingkan dengan sejarah perjuangan Anwar, baik dari segi pemikiran, bentuk perjuangan bangsa dan agama, pendidikan dan perhubungan serantau. Lihat lah Anwar hanya perlu berdiam diri dahulu untuk melihat Hadi Awe (idola kamu) yang terloncat-loncat macam kera kena belacan menjerit sana sini. Tak lama lagi amanat ke mana dan Hudud pun akan terbang entah ke mana....Yang tinggal hanya menantu Din Ayam dan saham atas angin yang keluar asap....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa