Sunday, September 21, 2014

Dari Apa Yang Keluar Dari Mulut Hadi Ini Sepatutnya PAS Tinggalkan PR!

‘Broker’, ‘barua’ curi 2 Adun PAS tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Hadi
Published: 20 September 2014
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak memandang ringan tindakan dua Adun PAS yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mendakwa ia taktik kotor pihak tertentu. Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 September,2014.
 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.
"Mereka curi wakil rakyat kita.  Inikah etika kita bertahaluf?
"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.
Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.
"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?
"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. – 20 September, 2014.

28 comments:

  1. kalau dah x sehaluan lebih baik tinggalkan sja dr pr.x usah cakap benda yg x pasti.jgn menghina kawan sepakatan.kalau pas parti hebat bolih menang pilihan raya keluar dan tunjuk kehebatan parti pas?

    ReplyDelete
  2. hebat sangatkah parti pas.kalau dah tiada persefahaman ,buat keputusan berambus dari pakatan rakyat?lagi baik,dari bercakap-cakap tentang kawan.itu x betul,ini x betul jadi siapa yg betul?keluar dr pakatan rakyat kalau dah rasa hebat?

    ReplyDelete
  3. lebih baik berambus dr pakatan rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TGHH dan geng UGnya adalah kelompok kecil je dlm PAS.TGHH pun bukan ketua UG. Dia hanya menjadi puppet kepada beberapa tok dalang UG. Yang lunyai, yang hancur nama baik dan maruah diri ialah TGHH. Tok dalang2 ni cerdik. Depa dah kena pelangkung beberapa kali sebelum ini bila bukak mulut. Jadi depa menyorok kepala dan guna TGHH sebagai puppet mereka.

      Ingat puak UG ini amat kecil. Sebab satu lagi ialah keputusan Muktamar Ipoh 2008. Kalau depa nak bawa PAS keluar dari PR, mereka kena batalkan keputusan ini didalam mana2 muktamar atau memanggil satu muktamar khas.

      Sebab pengaruh UG ni kecil dan tak berupaya untuk membatalkan keputusan Muktamar Ipoh 2008 - tu pasailah mereka jadi semakin meroyan.

      Tindakan2 bodoh macai2 puak UG di dalam Muktamar ke 60 ini hanyalah tindakan emosional semata-mata hendak merosakkan mumtamar kali ini kerana mereka frus tak dapat dan takde cara nak bawa PAS keluar dari PR dan bekerjasama dgn UMNO.

      Ini je sebab mereka semakin meroyan. Saja nak lepas geram dengan merosakkan Muktamar PAS ke 60.

      Delete
  4. Allah SWT tunjuk satu persatu sifat munafik dalam Ulamak masa kini.

    Perhatikan dan nilai lah sebaik mungkin.

    Sekarang siapa yang makan Pil Pil Kuda kalau bukan Si Keldai.

    ReplyDelete
  5. En. Admin.....
    Dalam keadaan seperti sekarang ni, encik rasa mana yang lebih baik. Kita cabut ramai2 dari Pas ker atau kepala ularmak ni yang patut dicabut dari Pas?

    ReplyDelete
  6. Siapa yg mula dulu?hendak taat melulu?ucapan pun pukul kawan.bhs plk tak mcm presiden.lu gagal la

    ReplyDelete
  7. Kalu dulu kita ingatkan dia mabuk laut rupanya dia tertelan pil kuda.Waliyazubilllah.Apa jadi dengan hj Hadi ni.?kita tak heeran ulamak muda pun ikut perangainya.Hj Hadi yang mengajar mereka jadi kurang ajar.Apa tunggu lagi.BERAMBUS KAU DAN KUNCU2 KAU DARI PR.

    ReplyDelete
  8. Kalu dulu kita ingatkan dia mabuk laut rupanya dia tertelan pil kuda.Waliyazubilllah.Apa jadi dengan hj Hadi ni.?kita tak heeran ulamak muda pun ikut perangainya.Hj Hadi yang mengajar mereka jadi kurang ajar.Apa tunggu lagi.BERAMBUS KAU DAN KUNCU2 KAU DARI PR.

    ReplyDelete
  9. Kalu dulu kita ingatkan dia mabuk laut rupanya dia tertelan pil kuda.Waliyazubilllah.Apa jadi dengan hj Hadi ni.?kita tak heeran ulamak muda pun ikut perangainya.Hj Hadi yang mengajar mereka jadi kurang ajar.Apa tunggu lagi.BERAMBUS KAU DAN KUNCU2 KAU DARI PR.

    ReplyDelete
  10. Anon 8:50 PM

    Kapal sepatutnya diselamatkan cuma Nakhoda, jurumudi dan juru layar yang mabuk laut, harus dihumban ke laut!

    ReplyDelete
  11. Aku ahli PAS seumur hidup, dah rasa menyampah dgn Haji Hadi. samada Haji Hadi keluar PAS atau aku keluar PAS.
    Tengkolah nanti

    ReplyDelete
  12. Aku yang ahli seumur hidup PAS ni dah naik menyampah dgn Haji Hadi. Cakap berbelit2, barua lah , pil kuda lah. Dah nyanyuk kot Haji Hadi ni . Rasa macam aku nak keluar aje dari PAS

    ReplyDelete
  13. Marah betul Hadi Awe hingga sanggup memanggil "barua" kepada kononnya broker untuk mendapatkan sokongan Saari Sungip dan Hasnul Baharudin ini. Kalau nak difikir dengan otak yang waras dan sihat, sepatutnya bukan hanya 2 orang ADUN PAS yang mesti menyokong pencalonan Azizah malah kesemuanya (15 orang) patut menyokong atas dasar Pakatan Rakyat. Malah kalau nak dikatakan pengkhianat amat jauh sekali perbezaan untuk kedua-dua ADUN ini. Sebaliknya Hadi Awe lah sebenarnya "bapa pengkhianat" kepada PR dan Rakyat Selangor. Beliau bukannya berjawatan apa pun di Selangor berbanding 2 Adun tersebut, tetapi tak semena-mena datang dari Rusila nak menyokong Khalid Ibrahim (yang paling ramai ADUN PAS sendiri tidak bersetuju kepada MB tersebut - sehingga di usulkan Langkah Kajang). Kalau nak dikirakan majoriti kerusi PAS adalah bersamaan DAP dan kalau bukan kerana sifat "terpuji" Hadi Awang yang mengeluarkan arahan untuk bertanding 3 penjuru di Kota Damansara (parti PSM) lalu menuduh parti sahabat pengedar pil kuda dan bertuhankan Lenin yang menyebabkan kekalahan PSM maka dah tentu PKR akan menyamakan kedudukan mereka di Selangor (ini Munafik Hadi Awe juga punya angkara). Sekiranya Sultan Selangor (sultan politik), melantik Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru kelak akan lebih tinggi risikonya. Perlu diingat Azmin Ali adalah di antara ADUN PKR yang paling banyak kes salah guna kuasa dan kronisma di Selangor dan pihak UMNO akan menggunakan apa sahaja jentera mereka termasuk SPRM bagi memeras ugut Azmin bagi mengisi kantong kekayaan Selangor kepada keluarga dan kroni mereka (UMNO). Akhirnya Azmin akan bersikap lebih teruk dari Khalid dalam menerajui Selangor maka dari pandangan kasar PKR juga yang akan dipersalahkan - Tapi tidak buat kali ini, cerita Selangor ini sudah menjadi "big show" buat seluruh rakyat Malaysia - Siapa yang beria-ria untuk menghantar nama Azmin kepada Sultan? Akhirnya PAS dan Hadi Awe yang dapat berita gembira dari rakyat. Anwar tak perlu berkokok sana-sini macam "Munafik Rusila" ini untuk mengatakan beliau di pihak yang benar. Akhirnya rakyat diberi petunjuk yang amat mudah dari Allah SWT, tanpa perlukan masa 1000 tahun untuk diberi hidayah (ini juga angkara PAS dan Hadi Awe). Perjuangan Islam tidak akan mati, sebaliknya individu bersifat munafiklah yang akan mematikan perjuangan Islam.

    ReplyDelete
  14. Apakah benar apa yang Hj.Hadi ni tuduh.kita minta 2 Adun cepat bertindak,beri penjelasan atau ambil tindakan mahkamah.Kalau di biarkan fitnah ini akan merebak.Darimana Hj.hadi tahu sekiranya 2 Adun ini di beli?.Ingat Hadi.sekiranya tidak fitnah ini akan memakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  15. Apakah benar apa yang Hj.Hadi ni tuduh.kita minta 2 Adun cepat bertindak,beri penjelasan atau ambil tindakan mahkamah.Kalau di biarkan fitnah ini akan merebak.Darimana Hj.hadi tahu sekiranya 2 Adun ini di beli?.Ingat Hadi.sekiranya tidak fitnah ini akan memakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  16. TGHH ni bukan golongan ulamak ..... tiada etika , tiada peribadi baik , berkata bohong , menjaja ayat quran untuk kepentingan sendiri sama macam msu jugak . Kita pakat ramai - ramai jangan sokong PAS lagi . Kami betul-betul malu pada masyarakat non-muslim .

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Yang hak dengan yang bathil tidak akan dapat kekal bersama insyaAllah kita doakan mudahan Allah berikan petunjuk kepada yang benar sesungguhnya yang itu adalah dari Allah..

      Delete
  18. bat8

    Kan puak ulamak kata presiden mempunyai kuasa veto?

    Jadi kalau tak selesa dan terasa ditipu, tunggu apa lagi?

    Daripada mencaci,menyerang dan mengutuk kawan dalam PR, lebih baik belah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe

      Hanipa dah j3laskan Pindaan 1983 telah mencabut kuasa ters3but. Ada cerita dibelakang pindaan ini. Semasa Almarhun Dato Asri menjadi YDP PAS, mungkin sebab2 kekangan perhubungan( communication problem masa itu ) dll, Almarhum banyak menggunakan kuasanya sebagai YDP untuk membuat keputusan2 parti. Sebelum 1978, semua berjalan baik. Tetapi setelah PAS jatuh di Kelantan tahun 1978, banyak masaalah timbul dan Almarhum masiu dok buat keputusan sorang-sorang. Ini semakin merumitkan keadaan PAS. Sebab itu pemberontakan 1982 berlaku dimana Almarhum dimalukan oleh perwakilan Muktamar 1982 sehingga terpaksa meninggalkan PAS.

      Dari insiden ini pindaan 1983 dibuat untuk mencabut dan menutup sebarang ruang untuk Presiden PAS bertindak bersendirian atau guna kuasa veto.

      Yang puak MSU dan DUP silap paham ialah perkataan " PRESIDEN" yang kekal didalam perlembagaan PAS. Menurut Hanipa, dari segi tafsiran undang-undang, perkataan "PRESIDEN" itu tidak merujuk kepada jawatan hakiki Presiden PAS TETAPI MEMBAWA MAKSUD " JKPP". Baca balik p3nerangan Hanipa Maidin semasa ucapan pengulunhan.

      Pindaan 1983 juga telah mewujudkan MSU. Tujuan MSU adalah sebagai satu lagi safety valve bila be4hadapan dengan tindakan Presiden atau mana-mana pemimpin yang nak guna kuasa veto. MSU boleh semak tindakan ters3but selain dari fungsi mentafsir apa-apa isu berbangkit yang dirujuk kepada MSU. MSU hanya berfungsi bila dirujuk. MSU tak boleh pandai2 campor tangan atau gatal2 tangan nak masuk campor urusan parti tanpa dirujuk. Ini jelas didalam perlembagaan PAS.

      Delete
    2. Abe

      Bakpo puak2 tok lebai ni tak keluar je dari PAS dan join UMNO?

      UMNO lagi cerdik. Puak2 ini takde nilai tambah langsung kepada UMNO. Yang pasti mereka akan menimbulkan pelbagai masaalah kepada UMNO dengan pemikiran-pemikiran mereka yang pelik-pelik. Ambil contoh Dr Azhar Yaakob. Mahu ke pemuda UMNO kepada orang macam ni?

      Yang UMNO hendak ialah untuk membawa PAS dibawah kawalannya supaya PAS tidak boleh menyaingi UMNO berebut undi melayu Islam. Satu lagi kelebihan PAS, PAS juga boleh menarik undi orang bukan Islam. Ini yang UMNO tak mahu- UMNO tak mahu PAS menjadi golok dua mata, undi melayu Islam sapu, undi bukan Islam pun sapu.

      Jadi UMNO gunalah tok lebai-tok lebai UG ini untuk menjalankan sabotaj-sabotaj kepada PR dan harapan dapat membawa PAS bekerjasama dengan UMNO samada didalam atau diluar kerangka BN.

      Jika puak UG ini be4jaya, memang mereka akan diberi upah yang lumayan dalam bentuk jawatan dan gaji yang baik tetapi mereka akan diletakkan didalam cold storage macam Ustaz Nakhaei. Btw, Ustaz Nakhaei sekarang dah buat U-turn sebab habuan jawatan dah takde, kena tarik balik. Inilah nasib yang sedang disediakan oleh UMNO untuk tok lebai-tok lebai UG ni.

      Delete
  19. ambo saye PAS tok ambo ayah ambo penyokong PAS karat hijau.Tapi sebelum ayah ambo meninggal dia pesan ko ambo .Satu masa nanti kalu PAS dipimpin oleh Ulama penipu dan berkepentingan .saperti Hadi Barua mu dan keluarga mu serta waris warah bo sokong Pas.Jadi la ni sapa doh ketika Ambo ucap selama tinggal Adios.Ambo akan sokong Pas semula kalu Pas dipimpin oleh manusia .bukan dipimpin oleh manusia bengong saperti Hadi Barua dan pengikut palat dia

    ReplyDelete
  20. Nasab Abu Abdilah berkata ....

    Hemburan kemarahan Hadi Awang dalam ucapan pengulungan Muktamar Pas Ke 60 cukup mudah untuk dianalisa :

    1. Hadi Awang dlm ucapan perasmian muktamar pas cukup lunak dan bersedia menjadi rakan PR atas kepercayaan ADUN akan ditabalkan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru .

    2. Hadi Awang menjadi marah apabila dibertahu ADUN Pas tidak diperkenan menyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang baru.

    3. Impian Hadi Awang berkecai apabila rancangannya digagalkan oleh Pak Abu
    (Saari Sugib) dan Hasnul menyokong WAWA dengan menandatangani SD.

    Besar kemungkinan 13 ADUN Pas tidak akan dilantik menjadi Exco Selangor atas sebab tertentu - percaya lah.

    ReplyDelete
  21. Dok kutuk member macam macam,dah rasa hebat dan alim sangat,mu tunggu apa lagi HADI 'barua' belah la dari PR mu ni wat serabut macam ulat dalam budu

    ReplyDelete
  22. Tidak ku sangka tidak ku duga macam ini punya ulamak yang selama ini dihormati akhirnya nampak keburukan yang begitu tetserlah amat memalukan.

    ReplyDelete
  23. ewah hj hadi, dulu sokong iran hezbosyaitan yg bunuh umat islam Syria. kau tk pernh hormati kedatangan ulamak Syria di Malaysia konon sebb sokong iran lawan mujahiden yg diperalat amerika.

    terimalah kutukan umat kerana buta dgn keadaan umat islam yg dizalimi di Syria.

    lepas tu PAS pecat AsSyahid USt Lotfi. seolah benci dgn mujahiden yg meninggalkan dunia dan sanggup syahid. mat sabu pegi melawat kerajaan syiah laknat Syria yg bunuh umat islam kau tk pecat.

    kau tuduh PKR beli rasuah 2 adun PAS dan anggap mereka barua. kau ingt adun PAS tu bodoh ke tolak Khalid Ibrahim? mereka yg hari2 bersama Khalid mereka lebih tau dan kenal khalid dari kau dok bertelur di nganu tu.

    mana sifat keadilan islam, siasat dn teliti dulu punca masalah Selangor. kau marah anwar konon zalim pada Khalid, kau zalim adun pas tkpe? adun PAS ada tanggungjawab dgn kerajan Selangor dan mereka berhak menentukan sokongan.

    Khalid langgar baiah dgn pemimpin PKR kau sokong, adun PAS 'langgar' baiah dgn kau, kau kata barua. wah hanya baiah dgn kau aje yg suci.

    kau dan UG lah yg cemarkan islam. kau nk jaga imej semata2 tp biarkan kebobrokan berlaku. imej serban dan jubbah semata2.

    PKR berani kerana benar buang Khalid yg dah tk relevan dan seleweng walaupun dr parti sendiri. kes Khalid bukan perkara kecil, bakal meruntuhkan PR kalau dibiarkan. yg lebih penting rakyat akan kecewa dgn PR diselangor jika Khalid tidak diganti.

    kau tk habis2 dgn baiah, puak ISIS pun samalah rasa hebat dgn baiah, sapa tk baiah kena bunuh. PAS sepatutnya sokong keputusan PKR sebb Selangor disetujui dibawah PKR.

    yg kau dh silap ckp sokong Khalid yg dh tkde parti tu, sekarang dh termalu, marah kt adun PAS guna topeng islam BAIAH konon. kau sorang aje yg tau amanah Allah sampai gnau jatuh ke BN? anwar Ibrahim tak tau amanah Allah ke apabila memecat Khalid yg tidak integrity dlm membela rakyat?

    mana lebih penting, kebenaran dan amanah membela rakyat atau baiah dgn seorang manusia biasa(bukan Nabi)yg bernama hj.hadi?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa