Sunday, September 21, 2014

Nak Tanya Hadi, Onar PAS Dulu Atau Curi Dulu?

Istilah ber'paling tadah'  dua ADUN PAS itu adakah mencuri dalam bahasa Terengganu?
Dan kenapa mereka berpaling tadah?

Ooo....kalau bab amanah tu ambil contoh zaman Nabi
Yang buat tuduhan melulu dan cakap tak serupa bikin tu ambil contoh dari mana pulak?

Hadi: Kami tak pelahap jawatan MB
mk - 5:16PM - 20 Sep 2014

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut.

Katanya, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf? Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada.

"Tidakkah setiap wakil rakyat kita berbaiah, macam jadi calon (sebut) wallahi, wabillahi, watallahi, berbai'ah, mana besar dengan baiah dengan aku janji?," katanya Abdul Hadi katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan.  

"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.

"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," katanya.

Dua ADUN PAS Selangor yang menandatangani pengakuan berkanun bagi menyokong Wan Azizah itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Hormati sultan

Hadi turut mengemukakan hujah bahawa PAS perlu "campur tangan" berhubung pelantikan calon menteri besar demi menghormati peranan raja yang menjaga Islam dan umat Melayu di negeri itu.

Beliau melandaskan hujah tersebut dengan sepotong hadis Nabi Muhammad yang menganjurkan agar seseorang pemimpin dilantik berdasarkan amanah dan kelayakan dan bukannya kecenderungan tertentu.

Katanya, para pemimpinnya bakal berdepan dengan kemurkaan Allah iaitu diseret ke neraka jahanam.

"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada peranan di negeri itu.

"Oleh itu ita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.

"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Abdul Hadi.

Boleh dimaafkan

Dalam ucapannya itu, Abdul Hadi turut menegur anggota parti yang tidak menunjukkan ketaatan kepada pemimpin dan menghilangkan jati diri sebagai ahli PAS.

Beliau turut mensasarkan teguran pada pemimpin parti yang membocorkan rahsia parti dan juga golongan yang membawa agenda pihak laiin ke dalam PAS.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu dapat dimaafkan.

Katanya, beliau mengambil teladan dari kisah Hatim bin Balta'ah, seorang sahabat Nabi yang membocor rahsia perang.

Katanya, Balta'ah dimaafkan kerana kedudukan sebagai panglima dalam perang Badar.

"Itu tidak boleh... Tetapi sikap memaafkan lebih baik," katanya sambil meminta anggota parti bersatu dalam semua perkara dan tidak berpecah walaupun berbeza pendapat

13 comments:

  1. tak pelahap MB konon,tp hantar 3 nama wakil pas ke istana untuk jawatan MB..

    ReplyDelete
  2. Next election....bungkus PAS. Kes MB Selangor nie menyerlahkan watak sebenar kepimpinan PAS yg tak faham berpolitik. Lama dlm politik tapi tak matang dlm merangka strategi bersama PR.

    ReplyDelete
  3. dulu cakap lain - aritu cakap pun lain - minggu ni cakap dah lain - kelmarin dah cakap lain lagi - semalam lagi lain & arini pun cakap lain dari yang lain •• semakin hari semakin jelas pereatakan tuan presiden ni •• jangan lupa tn presiden bahawa rakyat sedang meneliti dan menilainya ••

    ReplyDelete
  4. Malas aku nak layan.kluk klak kluk klek ajer.skjp bersama PR.x dan 3 hari ngamok mrh rakan tahalluf..baik layan doraemon.

    ReplyDelete
  5. PAS...boleh belah...

    ReplyDelete
  6. Curi wakil lumut dulu kawan...

    ReplyDelete
  7. Curi dun sg dua, kota damansaro and 3 kerusi di tenganu dulu kawan...........ulamak! Pil kuda beb memang syurrrrrrr!

    DAp bagi MB perak pulak.......wala' beb dr kapir makan khinzir! Islam kalau perangai macam jin....Jing Islang....takyoh wala' la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kaji balik sejarah pru 13,berapa ramai ahli pkr yg bertanding sebagai calun bebas.dan dengar citer calun bebas pengkalan kubor tu pun ahli pkr.steady ler bro.pkr pun apa kurang nyer.cuma tak dikecohkan bila bertanding sebagai calon bebas.agak agak ler skit.

      Delete
  8. semua kepartian demokrasi adalah x melampau kalo kita kata mereka semua memang gila kuasa pun..tol x?dah nama pun politik demokrasi kan..masuk situ pasal nak kuasa la,tol kan?
    -pas..- hantar nama ahli parti sendiri mungkin melebihi 1 nama di belakang2 rakan pakatan,walhal depan2 dia setuju kerusi demokrasi di selangor tu utk pkr..=gila kuasa.
    -pkr..-nak lantik bini sendiri jadi mb walaupun memang semua tahu xkan la xda 2-3 nama lg yg boleh taruk selain 1 nama bini sendiri bagi kat sultan..=gila kuasa
    -umno..- tengah intai peluang nak ambik kuasa..mcm rimau tgh ngendap tggu bila boleh terkam..=gila kuasa..
    yg kat atas tu semua x best..yg bestnya ialah..
    -pentaksub2/pendukung/penyokong2 masing2 kepada parti diatas.. -beriye2 menyalahkan 1 sama lain mcm la seolah2 adanya parti yg x gila kuasa..=dahla xakda kuasa@hidup susah@bahkan dilembukan kepartian demokrasi masing2 pula..
    hehe..

    ReplyDelete
  9. Tuhan tgh ajar kita.. Sistem demokrasi ni kena buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh...siannya tengok pentaksub sentap..malunya tengok ayat dia hehe

      Delete
  10. Ekor bergelomang tahi ckp bnyak lak..kita ckp ikut kronologi barulah xdidustai oleh pemimpin atasan

    ReplyDelete
  11. Aku sokong pendapat Anonymous 11.32.akan datang ni cakap lain lagi.dekat kubur nanti cakap lain lagi.balik rumah semula cakap lain .jumpa kawan cakap lain.jumpa doktor di hospital rambutan cakap lain.nanti jumpa Yusuf Qardawi cakap lain.jumpa Obama cakap lain.last2 cakap sendiri2.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa