Tuesday, September 30, 2014

Guling PM ditawar Pengerusi MAS: Biar Betul Ruslan Weh!

Kadir ditawar Pengerusi MAS jika berjaya guling PM?
OLEH RADZUAN

Datuk Kadir Jasin diminta membuat penjelasan mengenai dakwaan beliau ditawarkan jawatan tinggi sekiranya berjaya 'menggulingkan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara jawatan kononnya ditawarkan kepada Kadir ialah Pengerusi MAS dan Pengerusi Media Prima.
"Kita amat hairan sebab Kadir Jasin hanya tumpukan tenaga beliau untuk serang Perdana Menteri saja dan enggan buat apa-apa komen buruk terhadap Anwar Ibrahim dan tokoh pembangkang yang lain," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ruslan, nampaknya Kadir hanya pakar untuk menyerang tokoh UMNO sahaja tetapi takut kepada Pakatan Rakyat.
"Kita juga mahu bertanya apakah beliau (Kadir) kecewa dengan Datuk Seri Najib sebab tidak diberi ruang dan peluang yang besar untuk beliau berperanan dalam media dan dalam bidang korporat," jelasnya yang juga bekas Ketua Penerangan PKR.
Ruslan berkata, ia bukan satu dakwaan tetapi hanya memohon penjelasan daripada bekas Ketua Pengarang Nes Straits Times yang telah menggambarkan kekecewaan beliau melalui blog terhadap Najib.--MalaysiaGazette.

7 comments:

  1. kesian sulan ni, separuh masak budak ni

    ReplyDelete
  2. yang bercakap hal ini ruslan.sudah lah pei mampos lah lu

    ReplyDelete
  3. anwar bkn mcm najib org mempejuangkn keadiln, mndaulatkn hak rakyat, polis, mahkmah. peguam negara. semuanye dh menghukum dn mnindas anwar, x pyh kadir mngkritiknye, ko roslan poket dh kospng ampulh umno penuhlh poketmu nnti

    ReplyDelete
  4. tak mampuih lagi mamat ni rupanya
    manusia tak ada pegangan...

    ReplyDelete
  5. kelebihan umno ialah menjadikan pembohongan sebagai satu kebenaran. ini yg berlaku pd anwar. ramai lg yg x sanggup memburukkan anwar kerana faham sepak terajang politik umno.

    ReplyDelete
  6. kelebihan umno ialah menjadikan pembohongan sebagai satu kebenaran. ini yg berlaku pd anwar. ramai lg yg x sanggup memburukkan anwar kerana faham sepak terajang politik umno.

    ReplyDelete
  7. dah korang dalam umno tak berani nak tegur najib...bio la kan kadir jasin buat...dalam umno semua kaki angguk je

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa