Tuesday, September 30, 2014

Sah Mahathir 'Pelupa'!

"Sudah pasti soalan itu patut ditujukan pada Tun Mahathir"  - Tempelak Khairy
Dulu apa jadi pada Zahid Hamidi bila kritik Mahathir?
Itu pun Zahid kritik Presidennya di dalam gelanggan sendiri!

Aku bukan nak bela Najib tetapi aku terkilan yang Mahathir lupa siapa dirinya di satu ketika dia berkuasa dahulu

Khairy: Tanggapan Dr M tak betul
mk - 12:13PM - 30 Sep 2014

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini tidak bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta supaya Umno berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik.

Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata, Umno selama ini tidak pernah menghalang sesiapa untuk mengkritik pimpinannya termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dalam Umno, kita tak pernah halang sesiapa untuk mengkritik kepimpinan. Malah dalam mesyuarat perwakilan, dalam perhimpunan kita sentiasa beri pandangan pada kepimpinan.

"Dan saya kenal Presiden Umno sebagai seorang yang amat terbuka sekali dan tak pernah tutup ruang untuk ahli beri teguran dan pandangan pada beliau.

"Jadi tak betul ada tanggapan bahawa dalam Umno, tidak boleh mengkritik. Kita parti yang terbuka sekali menerima kritikan daripada ahli," katanya pada sidang media di Putrajaya.

Khairy diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa Umno perlu berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik dengan lebih berani dan pada masa ini budaya dalam parti itu menyaksikan pemimpin disokong tanpa dipersoal.

Diminta mengulas mengapa kritikan Mahathir itu timbul sekiranya Umno merupakan sebuah parti yang terbuka terhadap kritikan, Khairy berkata:

"Sudah pasti soalan itu patut ditujukan pada Tun Mahathir," katanya sambil ketawa kecil.

2 comments:

  1. yennadaa mamak kutti mudah lupa daa ! melayu ingat sampai mati akan kebejatan mamak kutti kerala mari , ABU !

    ReplyDelete
  2. Kritikan yang membina tanpa perubahan dari pemimpin yang berpengalaman menguruskan negara macam mat sabu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa