Tuesday, October 21, 2014

Anak Toyo Cuba Merasuk!

Abdul Khalid akan 'let go' DUN Pelabuhan Klang - Dr Khir
Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:Oktober 21, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 21, 2014 17:12 MYT)

Abdul Khalid akan 'let go' DUN Pelabuhan Klang - Dr Khir
DR KHIR: Abdul Khalid akan 'let go' DUN Pelabuhan Klang - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor November depan.

Katanya, Abdul Khalid yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu dilihat akan menggunakan strategi 'ponteng' sidang berkenaan dan jawatannya sebagai ADUN akan tergugur secara automatik.

"Dia (Abdul Khalid) tidak akan datang untuk lebih dua kali pada sidang depan. Dia akan 'let go' Pelabuhan Klang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Khir mengulas mengenai situasi Selangor kini selepas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 23 September lepas

Abdul Khalid dipecat kerana mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan selain ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Ia termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Exco dan ADUN Selangor.

Abdul Khalid sebelum ini pernah menimbulkan persoalan mengenai kedudukan sebagai ADUN Pelabuhan Klang yang akan diputuskannya pada sidang DUN Selangor, November ini.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberitahu dia akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai Anggota Parlimen Bandar Tun Razak walaupun tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Dr Khir merupakan Menteri Besar Selangor yang ke-13 sebelum diganti Abdul Khalid pada 13 Mac 2008.

Jawatan Abdul Khalid kemudiannya digantikan Azmin.

Ketika ditanya prestasi Azmin selepas hampir sebulan memerintah Selangor, Dr Khir menjelaskan;

"Masih belum nampak apa-apa dan belum boleh komen apa-apa. Dia masih baru dan belum buat sebarang keputusan besar."

Dalam pada itu, Dr Khir menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri masih belum berbuat apa-apa selepas isu pertukaran menteri besar.

Katanya, UMNO dan BN juga disifatkan masih senyap dan belum menampakkan 'taring' untuk menawan semula negeri itu.

"UMNO pun senyap, semua macam main sorok-sorok, semua buat hal masing-masing," jelasnya.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar menuduh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'gila kuasa' dan tidak memahami Perlembagaan Negeri dalam menentukan kedudukan menteri besar negeri itu.

3 comments:

  1. untungnya kalu datang malaysia jadi doktor gigi pun boleh jadi millionaire daa ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Aku teka kalu dia ni dpt buat sesuatu yg untung besar umngok seperti tarik adun PR lompat katak besarlah harapan utk terlepas dr jail.hehehe.

    ReplyDelete
  3. Abdul Khalid tu Khalid Ibrahim ke ?

    Mamat Rasuah ini bangga makan duit rakyat buta buta yea.

    Masya Allah , apa nak jadi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa