Tuesday, October 21, 2014

IS lancar serangan baharu di Kobani, 10 maut

Agensi |Kemas kini:Oktober 21, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 21, 2014 12:09 MYT)


IS lancar serangan baharu di Kobani, 10 maut
Kumpulan Militan Negara Islam (IS) melancarkan serangan ke atas bandar Kobani pada Isnin, beberapa jam selepas pihak Kurdi, beberapa jam selepas pihak Kurdi menerima senjata yang digugurkan dari udara oleh Amerika Syarikat. -AFP PHOTO/BULENT KILIC
MURSITPINAR: Kumpulan Militan Negara Islam (IS) melancarkan serangan ke atas bandar Kobani pada Isnin, beberapa jam selepas pihak Kurdi, yang mempertahankan bandar di sempadan Syria itu, menerima senjata yang digugurkan dari udara oleh Amerika Syarikat.

Para pejuang telah melancarkan serangan di semua penjuru bandar, lapor pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria Rami Abdel Rahman kepadaAFP.

Terdapat laporan mengenai pertempuran sengit di Kobani pada sebelah petang. Serangan tersebut diikuti dengan dua serangan bunuh di bahagian utara Kobane awal pada Isnin, dalam usaha pihak terbabit untuk memutuskan sebarang hubungan bandar berkenaan dari Turki.

IS turut melancarkan serangan di Qara Tapah yang dikuasai pihak Kurdis, mengakibatkan 10 orang terbunuh dengan separuh daripada 9,000 penduduk dilaporkan meninggalkan pekan itu.

“Kami bimbang jika IS akan mengepung kami dan menjadi ia seperti Amerli kedua,” kata seorang penduduk Qara Tapah yang dikenali sebagai Haidar.

Pertempuran baru bermula susulan peningkatan usaha diplomatik.

Selain bantuan dari udara, Turki berkata ia akan terus menyokong pihak Kurdi di Iraq.

1 comment:

  1. dilaporkan anggota isil cedera dihantar ke hospital turki pada waktu malam

    http://www.almanar.com.lb/english/adetails.php?eid=177274&cid=23&fromval=1&frid=23&seccatid=20&s1=1

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa