Wednesday, October 1, 2014

Hentakan Padu Dari Misbahul Munir!

Rupanya kerana bodoh dan perasaan rendah diri mereka merasakan dibuli
Inikah jenis manusia yang diharapkan menjadi pemimpin masa depan PAS?
Hancusss......!

PAS rasa dibuli PKR, DAP kerana tidak berkebolehan, kata pemimpin negeri 
Published: 1 October 2014 | Updated: 1 October 2014 5:32 PM - TMI
Ketua Penerangan PAS Perak Mohd Misbahul Munir Masduki menyelar sikap sesetengah pimpinan PAS yang tidak pernah atau sukar menghadiri mesyuarat mesyuarat atau program bersama PKR dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.

Ketua Penerangan PAS Perak Mohd Misbahul Munir Masduki (gambar) mengatakan punca utama sesetengah pemimpin parti Islam itu berasa dibuli rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP kerana mereka tidak berkebolehan untuk berhujah.

Beliau berkata, PAS Perak tidak pernah dibuli PKR dan DAP seperti yang dirasakan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Perasaan itu hanya timbul bila pimpinan PAS berasa terlalu rendah diri untuk memberi pandangan dalam setiap pertemuan dengan mereka, tidak terbuka fikiran dan berlapang dada dalam mesyuarat bila berlaku perbezaan pendapat dengan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga turut menyelar sikap sesetengah pimpinan PAS yang tidak pernah atau sukar menghadiri mesyuarat mesyuarat atau program bersama PKR dan DAP.
"Yang paling parah kita sendiri jarang dan tidak pernah menghadiri mesyuarat atau program-program bersama mereka.
"Kadang-kadang kita takut untuk memberi pandangan terhadap sesuatu isu kerana tidak ada keupayaan berhujah," katanya.
Beliau berkata, tuduhan Umno dan Barisan Nasional (BN) PAS merupakan boneka PR, hanyalah sekadar persepsi yang ingin ditimbulkan.
"Malahan terjalin ikatan yang erat, padu, solidariti, bekerjasama dan toleransi," katanya.
Beliau mengambil contoh ketika PR mentadbir Perak pada 2008, semua keputusan dicapai melalui hasil permuafakatan dan mesyuarat Majlis Pimpinan PR negeri itu.
‎"Malahan PAS diberi keistimewaan selain tiga wakil parti juga ditambah dua lagi iaitu menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai pengerusi dan saya ketika itu selaku setiausaha politik menteri besar diamanahkan sebagai setiausaha majlis pimpinan. 
"Struktur ini kekal hingga sekarang cuma anggotanya sahaja yang berubah. Mesyuarat diadakan setiap minggu sepanjang pemerintahan PR, selepas kerajaan dirampas barulah sebulan sekali dan ada kalanya dua minggu sekali," katanya.
Justeru, katanya PR di negeri Perak merupakan contoh terbaik bagi melihat kebersamaan dan perpaduan dengan tidak menafikan wujud juga perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu.
‎"Sehingga sekarang setiap tahun diadakan konvensyen PR Negeri Perak tanpa gagal dan ini satu suasana menarik betapa utuhnya semangat bekerjasama di dalam gabungan.
"Peluang melalui kerjasama politik ini digunakan sebaik mungkin untuk PAS Perak menerangkan konsep Islam yang sebenar, perpaduan dalam Islam, keadilan, kesaksamaan dan sebagainya," katanya.
Katanya lagi, pimpinan DAP juga cukup menghormati ulama dalam PAS ini termasuk apabila terdapat program yang diatur bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dengan Dewan Ulama PAS negeri untuk bertukar-tukar pandangan.
"Yang terbaru satu persidangan PR diadakan dengan dihadiri wakil-wakil parti bagi menerangkan dan membincangkan isu-isu berkaitan Islam dan syariat yang berbangkit.
"Malahan apa jua program termasuklah ceramah hari kebesaran Islam, tazkirah, kuliah maghrib dan pelbagai program agama anjuran PAS, kelibat wakil-wakil rakyat bukan Islam daripada DAP dan PKR sentiasa kelihatan untuk turut mendengarnya. Suasana seumpama ini tidak pernah wujud sebelum adanya PR," katanya. – 1 Oktober, 2014.

11 comments:

  1. Peminpin Pas yang beginilah perlu di cari lebih ramai.supaya Pas menjadi parti yang di segani.Bukan yang lembik dan perasan di buli.syukur masih ada peminpin yang berani berkata benar.

    ReplyDelete
  2. Perasaan rendah diri menyebab kan kita xdpt memberi pendapat padahal di belakang kita lah juara... Juara mengata org kot... Sedar dan muhabah diri le... Saya setuju dgn ketua penerangan pas perak...

    ReplyDelete
  3. beginilah cara yang betul.. bermuafakat membawa berkat.. Mereka yang tak pandai bekerjasama kata dibuli

    ReplyDelete
  4. Aura Tambun dah naik sheik... hati lah orng perak jgn dok ulas bagi orang PAS conservative yg tak sokong pasma...musuh kita yg nyata adalah ubn... kami tak suka ug... tapi...tapi...tapi... dari pi makan cokelat tahun baru china... lebih baik makan dodoi hara raya rumah jkkk... tapi ingat...kami bukan suka ug...jgn hina kami...

    ReplyDelete
  5. Baru faham rupanya byk pemimpin PAs yg malas & balok...patutlah bila bgi knyataan mcm tak p skola.
    Tuan Misbahul tolong skola kan ahli parlimen PAs yg byk buat knyataan bangang akhir2 ini...selamatkan PAs !!!

    ReplyDelete
  6. Di dalam PAS kini, golongan profesional berjaya diulamakan dengan sikap dan pembawaan yang berciri sifat-sifat yang baik yang wajar dimiliki oleh seorang ulama.

    Namun golongan ulama kurang berjaya diprofesionalkan. Pembawaan mereka cukup menggelikan hati, tiada prinsip yang jelas, kurang pemahaman tentang ilmu pengurusan, ekonomi, pentadbiran, politik... kalau cakap tentang strategi lagilah hancur.

    Namun tidak dinafikan ada individu yang berasal dari golongan ulama namun cukup profesional di dalam aktivitinya, malah bercakap secara berfakta dan mempunyai prinsip yang sederhana.

    ReplyDelete
  7. Abe

    Islam itu syumul.Islam itu sumber kebaikan Islam itu rahmat untuk seluruh alam. Orang mukmin itu adalah sebaik-baik umat.

    Apakah kita nampak ciri-ciri Islam ini dibatang tubuh segelintir pemimpin-pemimpin PAS yang dok meroyan dalam isu MB Selangor ini?

    Islam yang tersalah digambarkan dengan s3gala kesempurnaan atau kelemahan diri individu yang tidak ada kena mengena dengan kesempurnaan Islam itu sendiri?

    Ini adalah antara soalan yang kita kena tanya apabila menilai pemimpin-pemimpin ini. Kita ambil sifat-sifat kes3mpurnaan Islam itu dan kita ukur kelaku pemimpin-pemimpin ini. Memandangkan didalam PAS terdapat ramai pemimpin2 lain, kita ukur pula kelaku pemimpin-pemimpin lain yang bukan UG dengan ukuran yang sama.

    Barulah kita tahu dimana kita nak letak wala atau kepatuhan kita. Kepatuhan kepada batang tubuh pemimpin adalah segala-galanya atau kepatuhan/wala kepada Islam segala-galanya.

    Tepok dada tanya selera.

    ReplyDelete
  8. bat8

    Itulah sebabnya abe cukup meluat bila krisis selangor berlaku. Tingkah laku dan perkataan mereka yang memakai 'sarung Islam'(jubah, ketayap, serban) ini cukup memalukan kita di mata bukan Islam. Apakah pula persepsi mereka (bukan Islam) selepas ini?

    Menjadi lebih parah Lagi keadaan ini adalah dek kerana tingkah laku dan tutur kata yang tidak menepati sebagai orang Islam yang memikul Islam!

    Jadilah sibodoh berlagak bijak, si Alim berkelakuan jahil!

    ReplyDelete
  9. Itu beza negeri yang penduduk pelbagai kaum dan negeri penduduk dominan dari satu kaum saja. Negeri yang dominan satu kaum rasa dah cukup kuat.

    ReplyDelete
  10. Ini Meeting PR pun hantar wakil....!

    Kalau sikap tu dari awal sudah tertanam.... sampai bila2 pun takkan berubah. Diri sendiri kena ubah.

    "HANTAR WAKIL UNTUK MEETING PR"

    MARI SAMA SAMA KITA RENUNGKAN SIFAT2 PEMIMPIN TERSEBUT.

    ReplyDelete
  11. Orang Orang Bahalol boleh jadi pemimpin ke ?

    PAS sememang Parti Politik GAGAL ; Itu Fakta !!!

    Orang orang Bijak Pandai lagi Professional orang kualiti Bodoh ke ?

    Teringat pulak Nelayan Marang jadi pemimpin Jutaan Umat Umat Ngok...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa