Wednesday, October 1, 2014

Oooo........Bising Di Pentas Yang Salah Rupanya!

Guan Eng tak buka pintu ker dia nak bersih rumah sendiri?
Ini jenis yang malas nak cuci, rumah sendiri diwar-warkan berbau busuk!

Iszuree sudah diberi peluang
 | October 1, 2014
Pemecatan Bendahari PAS negeri daripada semua jawatan dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), diputuskan berdasarkan laporan media.
KE_Iszuree_Ibrahim_840_559_100GEORGE TOWN: “Beliau sudah diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar kepada media kerana perkara ini dibangkitkan menerusi media, tetapi beliau secara berterusan mengkritik kepimpinan kerajaan negeri” demikian kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai.
Hon Wai berkata, Iszuree Ibrahim sebelum ini pernah diberi peluang untuk memberi penjelasan tetapi beliau berterusan mengkritik pentadbiran kerajaan negeri.
“Pemecatan Bendahari PAS negeri itu daripada semua jawatan dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diputuskan berdasarkan laporan media.
“Saya akan menyampaikan memorandum yang mengandungi 19 tandatangan ahli MPPP yang mahu Iszuree dipecat kepada Exco kerajaan negeri yang akan bermesyuarat esok,” katanya kepada media.
Iszuree dipecat selepas beliau dikatakan menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan semasa ucapan dasarnya pada Muktamar PAS di Johor baru-baru ini.
Dalam pada itu, sidang media yang dikendalikan oleh Wong tegang seketika apabila beliau gagal memberikan penjelasan mengapa Iszuree dikenakan tindakan, walaupun mendakwa berita yang dilaporkan tidak tepat semasa Iszuree membuat ucapan pada Muktamar PAS lalu.
Sebelum ini Iszuree mendakwa surat pemecatan beliau tidak disertakan alasan oleh MPPP biarpun telah menjadi ahli majlis sejak 2010.
Surat bertarikh 26 September itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 September memutuskan untuk mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan kepada beliau.

2 comments:

  1. Iszuree ini elok duduk rumah tidor saja.

    Hanya mereka mereka yang cukup tidor saja dapat memberi tumpuan ber kualiti sepenuh nya kepada kerja dan tanggung jawab mereka.

    Lim Guan Eng suka tidor dalam meeting atau waktu kerja ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih.kih.kih.spesis bodo.pi tanya pejabat tanah penang dan dapatkan maklumat permainan halus bagaimana makin hilang nya tanah rizab melayu.bahlol sungguh pencacai pasmapkr nie.menang sorak tanah rizab melayu makin hilang.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa