Sunday, November 2, 2014

Adakah Ini Benar Atau Hanya Propaganda Barat?

Adakah barat sengaja menaikkan kemarahan Sunah?
Sebelum ini Syiah

AS Rangka Pelan Bantu Sunnah Perangi IS
Diterbitkan: Sabtu, 1 November 2014 11:25 AM - mStar
Pengikut Sunnah yang dibunuh IS. Berikutan kejadian itu, AS sedia membantu pengikut Sunnah memerangi IS di Iraq.

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang merangka pelan untuk menghantar tenteranya ke barat Anbar di Iraq bagi membantu pengikut Sunnah menentang kumpulan militan Negara Islam (IS).
"Ia rangkaan yang sedang disiapkan," kata seorang pegawai kanan yang enggan mendedahkan namanya.
Bagaimanapun, sebelum tentera dihantar ke kawasan bergolak itu, satu perancangan perlu disiapkan supaya tentera bersekutu dan pengikut Sunnah dapat dikoordinasikan ketika menentang kumpulan IS.
Ketika ini sebanyak 600 tentera AS berpusat di Baghdad dan utara Bandar Arbil.
"Kami akan membantu mereka di kawasan tersebut dan menyediakan bantuan tambahan dari dua bandar iaitu Baghdad dan Arbil supaya ia dapat memberi pertolongan kepada pengikut Sunnah di Anbar," katanya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas pemimpin tertinggi tentera AS, Jeneral Martin Dempsey buat pertama kali meminta tentera membantu pengikut Sunnah termasuk menyalurkan senjata untuk bertempur dengan militan IS.

1 comment:

  1. puak sunnah sentiasa rela dijadikan barua oleh puak us/israel/syi'ah ...bila puak us/israel/syi'ah menang nanti puak sunnahlah yang akan dikorbankan pula .....cukup-cukuplah bersikap "bersangka baik", "bertolanrasi", "menghormati", "berlemah lembut", dll

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa