Saturday, November 1, 2014

OIC Masih Wujud Rupanya!

Memang Yahudi sengaja cari pasal!

Ketegangan memuncak
1 November 2014
Penduduk Palestin mengusung keranda jenazah Moataz Hejazi yang ditembak mati polis Israel, kelmarin.

RAMALLAH - PALESTIN. Situasi di Tebing Barat semakin tegang selepas rejim Israel menghalang penduduk Palestin yang mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, semalam.

Pihak berkuasa Israel telah mengerahkan pasukan keselamatannya berkawal di al-Aqsa, selepas mengeluarkan arahan menutup sepenuhnya kawasan masjid suci ketiga bagi umat Islam itu, kelmarin.

Jurucakap Polis Israel, Micky Rosenfeld berkata pasukan keselamatan akan terus berkawal di sekitar kawasan Masjid al-Aqsa sehingga situasi kembali tenang.

"Polis Israel akan berada selama yang mungkin di kawasan Masjid al-Aqsa sehingga keadaan menjadi reda," katanya

Penutupan Masjid Al-Aqsa itu diumumkan oleh Menteri Keselamatan Awam Israel, Yitzhak Aharonovich. Ia ditutup sehingga satu notis lanjut.

Tindakan Israel itu dibuat selepas seorang aktivis Yahudi, Yehuda Glick yang memperjuangkan akses lebih luas penganut Yahudi ke tapak suci itu cedera ditembak pada Rabu oleh seorang lelaki bermotosikal yang kemudian melarikan diri.

Suspek serangan itu, seorang warga Palestin, kemudian ditembak mati oleh polis Israel.

Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkata penutupan Masjid al-Aqsa oleh pihak berkuasa Israel merupakan provokasi secara terang-terangan terhadap umat Islam.

Setiausaha Agungnya, Iyad Ameen Madani berkata, OIC mengutuk tindakan yang mencabuli hak beragama umat Islam di salah sebuah masjid paling suci.

“Ini adalah satu pelanggaran semua perjanjian antarabangsa, konvensyen Geneva dan prinsip undang-undang antarabangsa,” katanya menurut laporan Press TV. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa