Saturday, November 1, 2014

Gerakan, MCA dan MIC Masih Tak Sedar Diri!

Oh Gerakan, MCA dan MIC, kamu tak sedar telah dipinggirkan!
Pembaca Semut Harian04:00PM Nov 01 2014

KOMEN PEMBACA: Mah tidak rugi apa-apa sekiranya Gerakan menuntut tindakan dikenakan ke atas mana-mana ahli Barisan Nasional. Gagal berbuat demikian hanya akan menyaksikan lebih banyak retorik perkauman daripada kalangan ahli yang suka berbicara soal kaum, agama dan kepercayaa.
Mah boleh berundur secara terhormat dengan maruahnya kekal jika rakan komponen lain tidak membendung gerakan rasis – Jonathan Keung
Simon Tan: Gerakan muncul sebagai kuasa kembali tetapi mengapa Ketua Pemuda Tan Keng Liang asyik berbicara tentang segala benda setiap hari. Dia ada di Twitter dan Facebook dan seakan pakar undang-undang agama dan segalanya. Baik merendah diri sedikit.
Bagi peluang presiden bercakap. Dia mungkin bintang baru dalam Gerakan.
Cindy: Tan Keng Liang banyak mencuri tumpuan kerana tidak hanya dilihat sebagai ahli Gerakan tetapi tokoh baru seperti juga Khairy Jamaluddin.
Jadi jaga-jaga. Pakatan juga sedar perkara ini dan Gerakan ada senjata baru.
Winston Yeoh: Ini semua wayang kulit. Isma dan Perkasa menyemai kebencian agar kita semua terlupa dengan rasuah, cukai tak popular dan hukuman ke atas pihak tak bersalah.
Sekumpulan kecil polis trafik mampu menangkap golongan NGO rasis ini kerana mengganggu ketenteraman awam.
Kini ahli politik dari Gerakan dan KJ dilihat hero kerana menempelak Isma dan Perkasa selepas kegagalan menteri undang-undang kita & Peguam Negara menangani masalah ini.
Gerakan perlu bertanya kepada Najib mengapa mereka tidak didakwa dan dipenjara.
Tony Pua sahaja yang mendesak Putrajaya menerangkan tentang pembaziran berbilion ringgit.
Gerakan tidak pernah bertanya ke mana wang disalurkan dalam tempoh 20 tahun ini. Ia tidak bertanya soalan relevan seperti hutang yang semakin meningkat dan pengurangan subsidi petrol, atau langkah menyelamatkan GLC serta cadangan menawarkan petrol gred rendah kepada rakyat.
Philip Boo: Sedihnya Gerakan, MCA dan MIC tidak mahu menerima hakikat bahawa ia tidak lagi relevan kepada BN. Mereka hanya dapat lebihan yang diberi Umno dan tidak ada harapan untuk pulih kembali.
Komen pembaca ini terhasil bagi rencana “Gerakan’s aim to fight racism is a risky business”.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa