Tuesday, December 30, 2014

Bayangan QZ8501 kelihatan, serpihan ditemui 10 km dari titik terputus hubungan

Bayangan QZ8501 kelihatan di dalam laut
December 30, 2014
Pesawat TNI menemui objek yang menggambarkan seperti bayangan pesawat di dalam laut.
Bayangan pesawat_300JAKARTA: Kru pesawat operasi mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia melihat bayangan objek berbentuk pesawat di dalam laut di kawasan pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini.
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Laksamana Madya TNI, Henry Bambang Soelistyo, berkata pasukan SAR kini ke lokasi itu untuk menyiasat.
“Jam 12.50 waktu tempatan, pesawat TNI menemui objek yang menggambarkan seperti bayangan pesawat di dalam laut,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika ini pasukan mencari sedang melakukan penyiasatan dan memindahkan objek yang dipercayai milik pesawat QZ8501. – Detik.com

Serpihan pesawat ditemui 10 km dari titik terputus hubungan
December 30, 2014
Titik penemuan serpihan bersesuaian dengan perkiraan Basarnas yang menjangkakan arah angin dan arus laut yang mengarah dari barat ke timur.
airasia lost_300PANGKALAN BUN: Serpihan-serpihan pesawat ditemui 10 kilometer titik AirAsia QZ8501 terputus hubungan dengan menara kawalan pada Ahad lalu.
Serpihan yang sudah dijangka sebelum ini dari AirAsia itu ditemui pada kedudukan 08’50″43 Selatan dan 110’29″21.8 barat sekitar pukul 10.05 pagi waktu Indonesia Barat.
Titik penemuan serpihan bersesuaian dengan perkiraan Basarnas yang menjangkakan arah angin dan arus laut yang mengarah dari barat ke timur.
Serpihan-serpihan itu ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah iaitu 99.9 batu nautika dari Kota Pangkalan Bun.
Salah satu serpihan yang ditemui adalah pintu kecemasan pesawat serta enam mayat di sekitar lokasi penemuan.
Sehubungan itu proses pemindahan mayat terus dilakukan tetapi difahamkan pasukan Basarnas menghadapi kesukaran berikutan angin kencang dan ombak besar yang mencecah ketinggian 2 hingga 3 meter.
Pesawat QZ8501 berlepas pada pukul 5.35 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya dan dijadual tiba di Singapura pada pukul 8.30 waktu Indonesia Barat. Ia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal. - FMT

3 comments:

  1. Pihak berkuasa Indonesia memang pakar dalam menangani pelbagai bencana.
    Apa lagi banjir yang kita alami sekarang.
    Pokoknya dalam apa bencana pasti diberesi cara profesional.
    Nggak perlu bomoh donk....

    ReplyDelete
  2. Logiknya MH370 juga besar kemungkinannya juga jatuh di Laut China Selatan. Kita telah dikelentong dgn berbagai cerita tidak masuk akal. Transponder tidak berfungsilah, u-turn, manggis, bateri dan macam2 lagi sehingga pencarian dialihkan ke selatan Lautan Hindi, semuanya adalah kenyataan bangang oleh pihak bangang tegar. Hasilnya, haprak!!!

    ReplyDelete
  3. Airbus 320 tu tak hancur lebih baik dari proton kena pokok pun hancur.

    Buatan German lah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa