Tuesday, December 30, 2014

Perkara Macam Nilah Yang Buat Aku Nak Menyumpah Seranah Ni!

Pesakit bersabung nyawa, helikopter untuk VVIP 
7:19PM - 30 Dec 2014 - mk

Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.

Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

“Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

“Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya.

[Baca catatan penuh di Facebook]


Pesakit Bersabung Nyawa, Helikopter Untuk VVIP, TPM Digesa Dedah VVIP Diutamakan Guna Helikopter, Ketepi Ibu Mengandung

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin mendedahkan VVIP yang membahayakan nyawa dua ibu yang sarat mengandung dan akan bersalin dalam satu kejadian di klinik kesihatan Badang, Kelantan Ahad lalu. 

Kit Siang merujuk laporan mengenai misi pemindahan medevac (medical evacuation) dua ibu dengan komplikasi serius ketika bersalin tertangguh Ahad lalu hampir dua jam di klinik disebabkan arahan seorang individu VVIP yang mahu melawat kawasan banjir.

“Adakah ini bertepatan dengan SOP pengurusan bencana, bahawa lawatan VVIP diberi keutamaan berbanding keadaan kritikal seseorang pesakit? soal Kit Siang. 

Difahamkan, Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang menceritakan kejadian tersebut di laman facebooknya yang kini menjadi profil paling popular di rangkaian sosial mengenai dugaan dihadapi petugas perubatan dan penjawat awam dalam situasi sukar ketika bencana. 

Menurut tulisan Dr Afiq, pesakit pertama, seorang ibu sarat mahu bersalin tiba di klinik kesihatan Badang pada hari Ahad jam 3.30 pagi. Kemudian, pada jam 6 pagi doktor memutuskan beliau memerlukan penjagaan tertiari serta perlu dipindahkan. 

Namun helikopter yang dipanggil hanya tiba pada jam 8 pagi, dua jam lewat kerana helikopter tersebut ‘ditahan’ kerana ada VVIP yang mahu melawat kawasan yang dilanda banjir. 

Manakala pesakit kedua yang tiba selepas jam 8 pagi dan turut sarat mengandung juga berdepan masalah yang sama, dan setelah kehilangan banyak darah, pesakit kerap tidak sedarkan diri. 

Dr Afiq, semalam dilaporkan menulis, dua nyawa mungkin sahaja hilang semalam akibat sikap acuh tak acuh pihak berkuasa.

“Amat mengecewakan dan menghampakan bagi kami yang cuba memastikan keselamatan dan kesihatan mangsa,” tulis Dr Afiq di laman Facebbok. 

Tegas Kit Siang. Dr Afiq berhak untuk berang dengan penangguhan terbabit kerana pihak berkuasa telah mengutamakan lawatan rasmi berbanding pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

“Dr Afiq sewajarnya menjadi contoh ikutan semua rakyat Malaysia, termasuklah di kalangan anggota Kabinet, bagaimana sikap yang patut diambil oleh rakyat Malaysia ketika berhadapan bencana; iaitu mengutamakan nyawa orang lain berbanding diri sendiri,” ujar Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, perkembangan terbaru ini adalah sebab mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja kesiapsiagaan pengurusan bencana banjir mesti ditubuhkan dan harus menjadi agenda utama mesyuarat khas Kabinet.

“Kes-kes sebegini patut disiasat oleh RCI supaya ia tidak berulang lagi, di mana VVIP meletakkan nyawa rakyat biasa dalam bahaya hanya kerana mereka mahu melawat kawasan yang dilanda banjir,” tegasnya. - Roketkini - via idaman78

11 comments:

  1. Jika P Ramlee masih ada, tentu akan dibuat dialog filem "Apa pasal ketika masa VVIP itu nak guna heli, itu jam lu punya sakit mari? Tak boleh postpone ka?"

    ReplyDelete
  2. MEMANG SIAL Dan CELAKA VVip Dial tu.

    ReplyDelete
  3. VVIP TAK SEDAR, DIA JADI VVIP KERANA ADA MACAI MACAN KITA YG UNDI DIA

    ReplyDelete
  4. betul tu kerana macai2 47% tu yg menguni dan menggangkat vip tu jadi vvip.celaka punya vvip sapa vvip tu?sama-sama kita jawab kat 'sana'.

    ReplyDelete
  5. Kesian ko orang semua...moga Allah akan menghapuskan sekali ko orang semua untuk gelombang seterusnya, Amin.

    ReplyDelete
  6. Kesian ko orang semua, moga selepas ini Allah akan memusnahkan ko orang pula, Amin.

    ReplyDelete
  7. Itu yg I cakap dulu.
    Dalam musim bencana macam nih, KADANG2 kemunculan VIP bukan tolong memudahkan tapi makin menyusahkan. Aku tak kata semua la.

    Ko bayangkan la... Kalu 3 jam VIP tu buat lawatan, maknanya 3 jam la heli tu tersadai tak gerak sbb tunggu VIP. Sepatutnya dlm 3 jam, heli tu dapat digunakan secara produktif utk menyelamatkan 3 nyawa manusia atau setidak2nya dpt menghantar makanan kepada 300 mangsa.

    Tapi tu la...kang kita tegur dia marah pulak. Ikut suka dia la.

    ReplyDelete
  8. Ini lah malaysia negara ku.
    Vvip punya pasal suroh bunuh orang pun sanggup haram jadah

    ReplyDelete
  9. Bagitau la siapa VVIP tu, biar rakyat bubuh cukup2. Lebih2 lagi macai yg uruskan heli utk VVIP tu.

    ReplyDelete
  10. Lahanat biasa lah.

    Bukan orang lain pun , melayu melayu jugak !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa