Thursday, December 25, 2014

Di Kala Najib Seronok Main Golf Dengan Obama

Mangsa banjir berlindung 18 jam atas pokok
7:00PM - 25 Dec 2014 - mk 

Seorang lelaki dan anak saudaranya diselamatkan setelah hampir 18 jam berlindung atas sebatang pokok berhampiran persimpangan Bukit Besi di Dungun selepas bot gentian kaca yang mereka naiki terbalik petang semalam.
    
Mohd Nazir Mamat, 33, dan Mohd Zafirul Izhan, 19, diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam keadaan memeluk dahan pokok itu dan kesejukan  kira-kira 12 tengah hari tadi.
    
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) Imran Ismail berkata, ketika kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan untuk mengambil anggota keluarga mereka di Kampung Padang Ping yang dilanda banjir.
    
Bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik sebelum dihanyutkan arus deras sebelum mereka sempat menyelamatkan diri dengan mencapai dahan pokok dan berlindung di atasnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, pihak bomba sebelum itu menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Shahari Din yang memaklumkan ternampak kedua-dua mangsa di atas pokok.

"Sebaik menerima panggilan, kira-kira jam 11 pagi tadi, 12 anggota bomba dengan kerjasama anggota polis dan Tenaga Nasional Berhad melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mereka.
    
"Pasukan menyelamat berjaya menemui mangsa yang keletihan dengan berpeluk pada sebatang pokok dalam kesejukan," katanya dan menurutnya kedua-dua mereka dibawa ke Kampung Dendang dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Shahari, 46, berkata ketika melalui lebuh raya itu pada kira-kira 10.30 pagi tadi, dia terdengar suara lelaki meminta tolong.

Katanya terkejut dengan suara berkenaan dia berhenti dan keluar dari kenderaannya dan melihat dua mangsa berada di atas sebatang pokok dan melambai ke arahnya dan terus memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba.

"Ketika itu saya dalam perjalanan ke rumah emak mentua saya di Kampung Padang Ping untuk membantu memindahkan ibu mentuanya," katanya kepada Bernama.


Gambar selingan aku tambah......


Semua gambar ini di Kampong Tar Tujuh, Pasir Mas

 
 
Jambatan Sultan Yahya Dah Bergegar

1 comment:

  1. Allah sedang menguji hambaNya tak kira yg sedang dilanda banjir dan juga mereka yg sedang bermewah-mewah dan tak 'celik mata' lagi melihat semua ini..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa