Friday, December 26, 2014

Mamat Ni Siam Ker Melayu?

Kalau tak lengkap atau pincang, sama-sama perbetulkan
Tak payah tentang dan menghina........sedarkah dia samalah juga menghina Allah!

Tapi masalahnya Zaid ni fahamkah bahasa Al-Qur'an?
Kalau buta baik diam!

Enakmen Kelantan bukan undang-undang Tuhan, kata Zaid
Published: 25 December 2014- TMI
Datuk Mohd Zaid Ibrahim mendakwa ramai orang Islam tidak bersetuju dengan hudud tetapi takut menentangnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014

Dalam kritikan terbaru terhadap usaha Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal-ehwal perundangan dan pembaharuan kehakiman, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, Malaysia perlu dikawal peraturan dan norma abad ke-21.
Dalam posting di blognya hari ini, Zaid tertanya-tanya mengapa begitu sukar bagi umat Islam di negara ini memahami perkara tersebut.
"Apabila merujuk kepada pelaksanaan hudud, anda tidak akan mendengar sebarang respon dari orang Islam yang menentang pelaksanaannya.
"Seolah-olah mereka tiada jawapan kepada helah orang-orang di Kelantan yang menginginkannya demi politik, bagi menjadikan hudud sebagai undang-undang di sana," tulis beliau dalam blognya.
Zaid berkata, tiada yang berubah sejak beliau terlibat dalam mencabar peruntukan hudud Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 di Mahkamah Persekutuan, 14 tahun lalu.
Beliau berkata, ketika itu, ramai orang Islam tidak bersetuju dengan hudud tetapi takut menentangnya dan ada yang bertanya, bagaimana beliau boleh mencabar undang-undang Tuhan.
"Mereka seolah-olah tidak nampak perbezaan antara apa yang terkandung dalam al-Quran yang suci dan Enakmen Kelantan, yang merupakan undang-undang dibuat beberapa pemimpin PAS, bukan Allah.
"Enakmen Kelantan melibatkan undang-undang buatan manusia, seperti juga kontroversi semasa. Mengapa umat Islam seperti lumpuh apabila berdepan helah PAS?" katanya.
Kerajaan Kelantan bakal mengadakan sidang khas pada 29 Disember bagi meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II sebagai sebahagian daripada langkah membuka jalan bagi rang undang-undang persendirian dibentangkan di Parlimen, membolehkan kerajaan negeri menguatkuasakan kanun keseksaan Islam itu.
Zaid berkata hudud yang dirujuk di dalam al-Quran ialah hukuman bagi jenayah tertentu, tetapi kitab suci itu juga mengandungi banyak kisah sejarah dan cerita bersesuaian dengan masa ia diturunkan, dan juga kebenaran yang kekal untuk membimbing manusia di dunia dan akhirat.
Beliau berkata, mungkin wujud keperluan mengadakan hukuman yang keras sebagai pencegah sesuatu kesalahan berulang dan al-Quran akan tidak sempurna jika ia tidak menyebut tentang perkara itu. Tetapi katanya, tidak semua riwayat di dalam al-Quran mesti dijadikan undang-undang, sepertimana sering disebut dalam kitab itu mengenai perlunya berlaku adil, bijak dan menggunakan akal.
"Oleh itu, kita perlu menggunakan kepala dan otak kita, yang diberikan Allah, untuk mentafsirkan dan menggunakan mesej dengan betul," katanya.
Zaid memberi contoh bagaimana dalam Surah Al-Anfal, umat Islam disuruh berkongsi harta rampasan perang dengan adil tetapi hari ini, kaedah undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva harus dipatuhi dalam sesebuah peperangan.
Dalam Surah Yusuf, Zaid berkata, kisah Nabi Yusuf menyembunyikan mimpinya tentang 11 bintang, kisah saudaranya yang cemburunya cuba membunuhnya dan penolakannya terhadap ajakan seorang wanita yang sudah bersuami, jelas merupakan panduan peribadi kepada orang Islam, bukan sebagai asas undang-undang jenayah.
"Bagi hukuman potong tangan, amalan ini biasa bagi kesalahan tertentu di padang pasir di tanah Arab masa itu, seperti juga amalan membunuh bayi perempuan baru lahir.
"Ia amalan sebelum Islam – ia tidak bermakna jika anda memotong tangan seseorang kerana mencuri atau merejam penzina dengan batu, ia tindakan yang Islamik, kerana orang Arab zaman Jahiliyyah juga melakukannya," katanya.
Zaid berkata diyya (wang darah), yang boleh dibayar sebagai pampasan kepada ahli keluarga yang dibunuh, juga merupakan amalan biasa.
"Ini adalah peraturan padang pasir berkurun tahun lalu dan terdapat sebab bagi kewujudannya: tiada polis untuk menguatkuasa undang-undang, tiada sistem mahkamah, tiada sistem antarabangsa, tiada hak asasi manusia dan sebagainya.
"Kita di Malaysia mesti mentadbir diri dengan peraturan dan norma abad ke-21. Mengapa begitu sukar orang Islam abad ke-21 di negara yang hampir maju ini melihat perkara ini?" katanya. – 25 Disember, 2014.

6 comments:

  1. Zaid mungkin nampak PAS ambil pakai Hudud untuk menang undi ; pemilihan hudud secara selektif dan bukan keseluruhan.

    Kalau nak Hudud , hudud dulu pemimpin PAS yang gagal jadi orang Islam yang ter baik. Makan gaji buta penipu rakyat dengan jaja jaja ayat Agama , apa pulak hukum nya dalam hudud.

    Yang pasti Pemimpin PAS gagal jadi contoh Islam yang baik.

    ReplyDelete
  2. Anon:1:33
    Cuba bagi pencerahan sikit mana pemimpin PAS yang patut dihudud dan contoh ayat-ayat tipu yang dijaja pada rakyat.

    ReplyDelete
  3. Anon 1:33,
    Cuba kamu bagi contoh pemimpin ISLAM yang baik kat M'sia ni. Siapa agaknya dalam kepala kamu? Zahid ke? Pemimpin Umno? Pemimpin PKR? Apa yang aku nampak hanya pemimpin PAS je buat masa sekarang ni. Kalau sedara rasa ada pemimpin ISLAM yang lebih baik dari mereka cuba sedara jelaskan disini. Kalau tak ada jangan la merapu tak tentu arah macam ada dendam dgn pemimpin PAS je. Kepada Zahid, nak laksanakan hukum Allah tak perlu persetujuan dari rakyat sama juga dengan undang-undang lord ried. Untuk kepentingan politik memang tak masuk akal kerana PAS sanggup kehilangan kuasa dan pangkat. Sudah2 la tu Zahid bersara la dan hargai la masa yang masih ada dengan berbuat amal yang cukup.

    ReplyDelete
  4. Anon 1:33!
    Siapa pemimpin Islam yang lebih baik dari pemimpin PAS kat M'sia ni? Zahid ke? Pemimpin UMNO? Pemimpin PKR? Atau siapa lagi? Cuba sedara huraikan disini supaya dapat dinilai kebaikan yang sedara maksudkan. Saya percaya dalam otak sedara tidak ada pemimpin yang lebih baik dari PAS buat masa sekarang. Kepada Zahid, sudah2 la tu bersara je buat la amal ibadat sementara sempat. Hudud tiada kena mengena dengan keuntungan politik yang pasti PAS sanggup kehilangan kuasa dan pangkat demi memartabatkan hukum Allah.

    ReplyDelete
  5. Ni mamat zaid pun satu hal. Orang tengah cemas dengan kematian.,bayi hanyut, kecederaan hospital tak de letrik akibat banjir. Dia merendahkan hukum ayat2 kitab Allah, buat menambah bala je.
    Tak ade hati perut.
    Semuga bacaan Al Fatehah kat tv dapat menenangkan penderitaan kita InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
    (Al-Nahl 16:22)

    Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.(Al-Nahl 16:23)

    Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada nabi Muhammad)?" Mereka menjawab: "Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".(Al-Nahl 16:24)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa