Sunday, December 28, 2014

Ooohh....Sultan Negeriku!

Sebenarnya gambar ni aku dapat 3 hari yang lepas lagi melalui WhatsApp dari adik. Tapi aku tak berani nak siar bimbang ianya superimpose atau edited. Tapi nampaknya ianya real bila satu blog (infolaju) menerbitkannya hari ini. Jadi aku pun tumpanglah

Maaflah kalau cerita ini tak betul. Saya pun sejak baginda jadi Sultan, tak pernah terserempak lagi. Masa baginda menjadi Tengku Mahkota dulu tu adalah solat satu saf

Aku malas nak tanya ke mana perginya pembesar-pembesar negeriku yang lain?

Sultan Kelantan Menyamar Bantu Mangsa Banjir

Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mengharungi banjir untuk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama membantu kerja-kerja menyelamat sehingga orang langsung tidak menyedari itu adalah Sultan mereka. Beliau juga menerima arahan dari seorang Mejar untuk membuat banyak kerja berat. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas-petugas sukarelawan. Tiba-tiba beliau disapa

Petugas :"abang dari mana?"
Sultan :"orang sini jugak"
Petugas "macam muka tuanku la abang ni"

Beliau hanya tersenyum
setelah menyedari yang disapa tadi adalah sultan mereka, kecut perut org tadi minta maaf kerana tidak tahu yang itu adalah sultan. Beliau hanya tersenyum malah memeluk orang tadi. Tergamam Mejar yg ada kt situ, langsung tak reti nak bagi arahan mcm mula-mula tadi..

Ciri-ciri pemimpin begini kita mahukan. Menyusup keluar dari istana, mmbantu rakyat tanpa memperkenalkan diri. Moga Tuanku menjadi contoh pada sultan dan bakal-bakal sultan. Allahhu Akbar!
Biar gambar berbicara..yg pakai raincoat dan berkaki ayam tu la tuanku sultan kelantan..
aku share N3 dari sini

9 comments:

  1. begitulah sepatutnya ,seorang sultan yang berkuasa..tidak hilang bisa ular menyusur akar..ampun tuanku sultan..

    ReplyDelete
  2. Ini bukan Tuanku Sultan..
    1) Sultan berkulit putih
    2) Sultan berisi sikit
    2) Sultan berjanggut..(gambar Tuanku bawa 4WD dan lawat pusat pemindahan SIC)

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak jadi orang , lawan ego jadi orang biasa.

    Kalau ber lakon pun tak tahan lama.

    Balik kepada common sense ; mama ada sama orang orang bahalol dengan orang bukan bahalol....

    Terimgat pulak bebudak Amat & Abduh tu...

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Din !

    Terharu, bergenang air mate teman nengok begitu mulia sekali pemimpin negeri Kelate hok ni. Semoga dirahmati Allah keperibadian & kepimpinan baginda sentiasa adil & efektif utuk kebahagiaan rakyat Kelate ! Amin Yaa Allah Yaa Malikul Mulk !

    Hari tu pun teman terharu, sedih jugak ler tengok gambor sorang lagi pemimpin boleh pulak dia sempat lagi dia seronok main golf dengan musuh Islam yg benci gerakan Islam sedunia@ negara Islam ! hehe

    ReplyDelete
  5. Tok sah kata Sultan PM pun tak mampu nak buat cmni. Kalau dh lahir dari pinggan mas mana tau susah senang rakyat. Tapi kalau sultan tu sdri lahir dari dulang emas pun ada gerak hati & inisiatif utk mendekati rakyat mmg sifat yg terpuji & mulia. Aku tabik springlah manusia sebgini..

    ReplyDelete
  6. Jika begini lah raja2 Melayu berkelakuan,insyaAllah aman dan makmur negara kita....dalam 100 kita nak jumpa Sultan yang mempunyai nilai insan yang ada ehsan amat sukar,tapi yang mudah diketemu adalah yang lebih dari setan.

    ReplyDelete
  7. Rimau teringat kisah Sultan Melaka dulu2 yang sanggup menyamar jadi rakyat biasa semata-mata nak membanteras jenayah. (kalau tak silap, Sultan Alauddin Riayat Shah)

    ReplyDelete
  8. ada siapa tahu? sultan kelantan sekarang adalah timb ydp agong. bila agaknya akan dilantik jadi ydp agong sebab tempoh 5 tahun hampir/sudah tamat?

    ReplyDelete
  9. Ular menyusur bawah akar tak hilang bisanya.
    Macam cerita Saidina Omar yea.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa