Sunday, December 28, 2014

Satu-Satunya Jalan Ke Airport Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa - Video

Sesiapa yang ingin ke Airport Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa hanya satu jalan jer yang masih boleh ke sana dari Kota Bharu iaitu: 
Kota Bharu-Jalan Demit-Kedai Lalat/Kota Jembal-Jalan Pengkalan Datu-Jambatan Pak Nik Lah-Padang Tembak. 

Jalan sebelum jambatan Pok Nik Lah dari Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa masih ditenggelami air. Bagaimana pun kereta masih boleh lepas sekiranya dipandu dengan hati-hati.

Video di bawah:
Tadi pergi  cari jalan selamat ke airport sebab nak antar anak malam ni flight jam 10:00

2 comments:

  1. Admin...admin....admin.....
    Dah jalan banjir macam tu kenapalah harung jugakk.... bahaya tuu... buatnya enjin masuk air ke... air naik mendadak ker.....

    Tak boleh tangguh sehari dua ker anak tuu...?? Tapi iya la, pengorbanan ibu bapak pada anak, kadang2 lebih sayang drp nyawa sendiri kan.. Insyaallah besar besok, anak2 tak lupa pengorbanan emak bapak.

    ReplyDelete
  2. Anon 9:00 PM

    Terima kasih kerana berikan ingatan. Sebenarnya mereka (anak & menantu) terpaksa bali kerana esok dah kena masuk kerja lagi tiket dan ditempah pergi dan balik.

    Saya tawakkal jerlah redah air walau pun masa saya hantar (malam ni) di malam buta. Air pula nampaknya lebih tinggi dari tadi.

    Itulah ibu/bapa terhadap anak walau pun kita semua maklum, belum tentu mereka pun akan bekorban sebagaimana yang ibu/bapa lakukan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa