Sunday, December 28, 2014

QZ8501 Minta Ubah Laluan Kerana Cuaca: Adakah Terhempas Di Laut?

Tentera: Radar kesan di Laut Jawa
1:00PM - 28 Dec 2014 - mk

Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.

Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.

Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.



LAPORAN LANGSUNG

1.49pm: Ketua tentera udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto berkata pihaknya mengerahkan anggotanya ke wilayah Belitung untuk menyiasat perkara itu.

“Hari ini angkatan udara menerbangkan Boeing 737 dari Makassar menuju ke tempat yang dikatakan jatuhnya pesawat AirAsia itu.

"Mengikut radar pesawat itu jatuh di atas Laut Jawa berdekatan Belitung.

“Kita akan mencari pesawat itu dengan pesawat yang kita miliki.

"Dan sekiranya kita menemui objek seperti pesawat kita akan melaporkannya,” katanya seperti disiarkan Metro TV Indonesia.

1.20pm: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.

Men
ulis di Twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.

1.11pm: Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.

1pm: Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat QZ8501 hilang daripada radar  di barat laut, Laut Jawa.

Kawasan di lintasannya termasuk Pulau Belitung dan Pulau Bangka.

FlightRadar24 melaporkan, sebelum penerbangan hari ini, QZ8501tiba ke Surabaya daripada Kuala Lumpur pada 8.45 malam (waktu tempatan) tadi dan mendarat pada 10.20 malam (waktu tempatan).

Statusnya kini disenaraikan sebagai tidak diketahui.

12.50pm: CNN Indonesia laporkan bahawa lokasi terakhir pesawat itu dikesan sekitar Pulau Betilung, Sumatera.

Memetik bangkapos.com, Kompas pula melaporkan “sebuah pesawat” dikhabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur namun titik lokasinya belum dapat dipastikan.


# Tadi aku tengok laporan CNN

3 comments:

  1. Pasti sahih scorpene tidak akan digunakan untuk rescue.

    ReplyDelete
  2. Ajal maut tangan tuhan...

    Kapal terbang tu boleh landing atas laut dan penumpanh boleh selamat ; jugak laut yu tak de jerung besar.

    Jangan ada mat bahalol mula cakap tak de hudud , kapal terbang pun jatuh

    ReplyDelete
  3. komen kedua seolah2 hudud tak bolih disebut langsung.negara jiran yg kaya tak de masaalah pasal hudud

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa