Friday, January 16, 2015

'Fatwa baru' disanggah

Kalau dah merapu siapa pun akan sanggah

Sentuh, peluk tetap haram walau isteri PM
 | January 16, 2015
Pelukan Rosmah kepada Chong Wei tetap haram dan bukannya kanak-kanak lagi tetapi sudah menjangkau usia akil baligh.
rosmah khanPETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin menyelar kenyataan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee kerana mempertahankan tindakan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang memeluk jaguh badminton negara, Lee Chong Wei.
Katanya, “Apabila Syed Ali mengatakan tidak salah perbuatan Rosmah itu, saya harap ianya tidak bemaksud beliau ingin menukar hukum bersentuhan antara lelaki dan wanita muhrim daripada haram kepada tidak haram.”
“Saya juga berharap Syed Ali tidak bermaksudkan oleh kerana Rosmah adalah isteri Perdana Menteri, maka beliau mempunyai keistimewaan tertentu dari segi hukum dan dibenarkan berpeluk dengan sesiapa saja,” tambah Shahbudin.
Syed Ali sebelum ini menyifatkan pelukan Rosmah kepada Chong Wei adalah suatu penghargaan seorang ibu kepada anaknya yang berjaya meraih kemenangan dalam sukan.
Melalui blognya, Syed Ali berkata,”Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton yang berjaya mengharumkan nama negara.”
Menulis di dalam entri terbarunya di shahbudindotcom.blogspot.com, Shahbudin mejelaskan jika diamati di dalam penulisan itu, tindakan Rosmah itu bukan sahaja terhadap Chong Wei tetapi juga kepada Arjun Rampal dan Shahrukh Khan.
Shahbudin berkata,”Apakah dibolehkan juga Najib memeluk bintang-bintang sukan wanita yang mencapai kejayaan gemilang seperti Nicol David misalnya?”
Beliau meminta penjelasan kenapa hanya Rosmah berpeluk dengan Chong Wei saja diumpamakan pelukan ibu dengan anak, dengan Arjun Rampal juga tidak dikatakan geselan pipi antara ibu dengan anak? Begitu juga dengan Shahrukh Khan yang gambarnya turut tersebar di media sebelum ini?
“Ternampak seolah-olah Syed Ali mempunyai agenda tertentu dalam membela isteri Perdana Menteri dan cuba menyembunyikan perbuatan salah Rosmah yang lain,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan sebagai seorang yang lebih dewasa dan berketurunan Nabi pula, Syed Ali juga seharusnya lebih arif akan hukum halal haram bersentuhan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim dan tidak menjadikannya “tidak mengapa” semata-mata kerana ia dilakukan oleh isteri Perdana Menteri.
Beliau berkata, ia tetap haram lebih-lebih lagi ketika dipeluk oleh Rosmah itu Chong Wei bukannya kanak-kanak lagi, tetapi sudah menjangkau usia 30an, suatu tahap usia yang seharusnya sudah akil baligh dan boleh membenihkan zuriat.
“Bagi saya, tulisan Syed Ali hanya semata-mata untuk mempertahan dan membela Rosmah tanpa melihat keseluruhan fakta yang saya tulis. Selain berkaitan perlakuan Rosmah, saya juga turut menyentuh perbuatan maksiat lain yang lebih terbuka seperti perlakuan artis di televisyen, maksiat di pusat-pusat hiburan dan sebagainya,” jelas Shahbudin.
Tegasnya, perkara yang penting yang ingin dibangkitkan adalah sikap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang seolah-olah hanya melihat perkara remeh tetapi mengabaikan maksiat lain yang lebih besar dan terbuka.
“Ketegasan saya adalah jelas, jika ingin mengambil tindakan terhadap remaja yang berpeluk dengan artis K-Pop itu, ambillah juga tindakan terhadap semua maksiat lain, termasuk Rosmah yang turut melakukan perkara sama, malah buktinya bertebaran di sana sini,” ujarnya.

5 comments:

  1. Kaki jilat sejilat2 nye...ini lah dia juara jilat sedunia Syed Ali..

    ReplyDelete
  2. Suatu hari Rasulullah SAW memberitahu kepada Ibnu Abbas;"Jangan engkau datang menemuiku diakhirat nanti dengan membawa nasab keturunanmu, datanglah menemuiku dengan keimananmu".
    Inilah antara ingatan Rasululla SAW kepada kaum kerabat baginda.

    ReplyDelete
  3. keturunan nabi ka dati nisab abu jahal kah kah kah...kadang-kadang letak nama sayyid sebab lahir mslam jemahat kah kah kah

    sayyid malam jemaat ni suruh sondol bontot rosmah pun sanggup demi mrngampu....wangi dan hatum katanya...hukumnya pula harus krtana yang dicium bontot adalah isteri perdans menteri maka hukumnya ok.... sekadar menunjuk rasa hormat...bukan najis besar ...bontotnya aja yang vesar....jadi tidak perlu di samak kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bodek ke ! Nak sembah ke ! Itu anei punya hal atas dunia yg sebentar sifatnya.

      Tapi anei , kalu bab halal haram anei persendakan - tunggu anei Lakhnat Allah pasti mei - tunggu aja esok ke minggu depan ke - pasti mei tak boleh elak .

      Delete
    2. Anon 4:50pm tu buat komen sakarstik daa, jangan tak faham pula.....

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa