Friday, January 16, 2015

Laporan Zahid-Phua: Zahid ugut Wartawan?

Bila tersepit, mulalah ugut menggunakan kuasa!

Usah ugut wartawan, kepentingan awam diutamakan dalam laporan Zahid-Phua
SEKILAS PANDANG: Jika terdapatnya mana-mana "kepentingan" yang dilindungi oleh wartawan-wartawan berita atas talian, seperti yang didakwa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia hanyalah kepentingan pembaca dan orang ramai.
Dalam kes ini, terdapat beribu-ribu pembaca yang telah mengikuti dengan penuh minat perkembangan berkenaan dakwaan kaitannya dengan kongsi gelap Cina, melalui Paul Phua Weng San yang didakwa merupakan ketua perjudian.
Pada pagi Khamis, portal berita The Malay Mail Online melaporkan Zahid sebagai sekali lagi mengadu bahawa kementeriannya telah menghadapi "serangan" daripada media yang kononnya pro-pembangkang, dan mengancam untuk mengambil tindakan lanjut jika wartawan-wartawan ini, yang dia tuduh "ditaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan" , tidak menghentikan "budaya putar belit" mereka.
"Apabila kita melaksanakan tugas kita, tidak semua orang akan berpuas hati. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang. Apa yang mereka lakukan adalah meneliti kami. Terdapat banyak perkara yang baik yang kita telah lakukan, tetapi mereka tidak melaporkannya. Tetapi apabila ada beberapa perkara yang tidak baik, mereka hanya memberi tumpuan kepadanya. 
"Budaya putar belit ini telah menjadi suatu kebiasaan," laporan itu memetik Zahid sebagai berkata dalam sebuah ucapan sewaktu pertemuan dengan kakitangan kementeriannya di Putrajaya. 
Zahid, yang memberi amaran bahawa kementeriannya akan "bertindak" ke atas pemberita-pemberita yang beliau dakwa menyebarkan pembohongan, menambah: "Kami sedang memerhatikan anda dengan teliti. Kami membaca apa yang anda tulis baris demi baris. Hanya kerana kami diam, tidak bermakna yang kami tidak akan bertindak. "
"Apabila ini berlaku, jangan kata kami kejam," beliau dilaporkan menegaskan.
Dalam keghairahannya untuk mengambil tindakan ke atas wartawan-wartawan atas talian, Zahid harus ingat bahawa tindakan beliau mempertahankan Phua melalui sepucuk surat yang dialamatkan kepada timbalan pengarah FBI Mark F. Giuliano, dilaporkan buat pertama kali oleh South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong, pada 31 Disember tahun lepas.
Laporan SCMP itu menyertakan sebuah salinan surat yang dikemukakan sebagai keterangan oleh pasukan guaman Phua kepada Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Las Vegas, di mana beliau dan anaknya Darren menghadapi dakwaan perjudian haram, dan juga menyatakan bahawa pejabat Zahid tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.
Surat itu telah ditarik balik pada hari yang sama, berikutan bantahan kuat dari pihak pendakwaan kerana tarikh akhir mengemukakan bukti telah tamat.
Dua minggu telah berlalu sejak laporan pertama itu diterbitkan sebelum Zahid memutuskan untuk mengulas mengenainya hari ini, tetapi itu juga, hanya bagi mengeluarkan penafian dan menimbulkan lebih banyak persoalan berkaitan isu ini.
Portal atas talian Malaysiakini melaporkan Zahid sebagai berkata bahawa surat itu bukan bertujuan mempertahankan Phua, tetapi untuk menjelaskan status beliau dan kewujudan kongsi gelap 14K di Malaysia.
"Oleh itu, dengan budi bicara saya, saya mengeluarkan surat penjelasan mengenai status Paul Phua kepada FBI, dan ia bukannya sepucuk surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua seperti yang dilaporkan oleh portal-portal berita pro-pembangkang," naib presiden Umno itu dipetik sebagai berkata.
Dalam reaksinya, pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil menunjukkan sepotong ayat dalam surat Zahid yang dengan jelas menyatakan bahawa “…we are eager for him (Phua) to return to Malaysia” (kami tidak sabar menanti kepulangannya (Phua) ke Malaysia).
“Jika frasa ini dilihat dalam konteks ayat penuhnya, bukankah ini menunjukkan niat Zahid supaya Phua tidak menghadapi perbicaraan di Amerika?" jelas Fahmi dalam sebuah kenyataan.
Ini bukan kali pertama ahli parlimen Bagan Datoh itu mengancam mengambil tindakan terhadap wartawan atas talian, sebelum ini ke tahap mengancam secara fizikal dengan tindakan menakut-nakutkan wartawan Malaysiakini, Lawrence Yong hanya kerana beliau bertanyakan soalan.
Dan hakikatnya, Zahid seolah-olah telah memiliki tabiat mengancam mana-mana wartawan atau media organisasi yang disyaki menulis laporan-laporan 'negatif' tentang kerajaan.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid mempunyai kuasa untuk menggantung atau membatalkan lesen penerbitan bagi mana-mana media cetak melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lapuk.
Pada bulan Oktober tahun lepas, beliau telah mengugut untuk menutup mana-mana akhbar yang berani menyiarkan kandungan ucapan beliau pada sebuah majlis kerajaan negeri yang entah bagaimana bertukar menjadi mesyuarat tertutup perwakilan Umno di Ayer Keroh, Melaka.
Rakaman ucapan 20 minit itu kemudiannya diberikan kepada media terpilih (termasuk Semut Harian) oleh ADUN DAP-Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.
Zahid perlu menerima hakikat bahawa ramai wartawan tidak dibayar cukup wang untuk meletakkan kredibiliti dan keselamatan diri mereka dalam risiko, dengan cara melancarkan "serangan" terhadap mana-mana pihak. 
Wartawan atas talian puas apabila berita mereka menjadi ‘viral’, dalam hal ini, laporan yang ditulis bagi kepentingan pembaca-pembaca yang berminat untuk terus membaca mengenai Zahid dan Phua. Lagipun, ini juga adalah tugas sebenar seorang wartawan.

4 comments:

  1. Apb yg LOW mentality jd menteri..

    depa hanya tahu songlap fitnah & mnipu
    dgn kuasa berlagak samseng
    main ugut2 mcm budak2
    idea berhujah langsung takdak!?

    ReplyDelete
  2. Lubuk rezeki kalau kena ganggu, mana tak mengamuknya!!!

    ReplyDelete
  3. Bahaya nih....FBI kalau siasat habis terburai....ketua dan anggota samseng akan di buru habis.
    Yang heran ada pula kaitan projek keselamatan Putra Jaya.

    ReplyDelete
  4. Bagus tu zahid. LPs Ni bolehla kena KT btg hiding tv3 , utusan DLL . semua bye kaki belit.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa