Monday, January 26, 2015

Ha'ah.....sedar diri pun!

Hentikan serang menyerang, rakyat sudah muak, kata naib presiden PAS
Published: 26 January 2015 9:19 AM
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihakdalam Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2015.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), rakyat Malaysia sudah muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain sebagaimana berlaku sekarang.
Ingatan ini diberikan beliau ketika PAS dan DAP terlibat dalam serang menyerang yang teruk termasuk presiden parti Islam itu sendiri yang menempelak DAP dalam isu kerajaan tempatan.
Tuan Ibrahim mengajak semua pihak mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka.
"Bukankah PR pernah bersetuju yang persamaan antara tiga parti ini jauh melebihi perbezaan antara mereka?
"Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama?" katanya yang jelas tidak senang dengan pertelingkahan verbal antara parti dalam PR yang berlaku sekarang.
Baru-baru ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, ekoran perdebatan terbuka di media antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengenai isu hudud.
Hadi mendakwa jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, ia boleh membawa kepada tercetusnya semula peristiwa 13 Mei, menyebabkan pelbagai pihak menyerang beliau.
Bagi Tuan Ibrahim, setiap parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing. 
Prinsip perjuangan polisi dan dasar itulah yang menjadi nadi untuk setiap parti terus berjalan dan terus maju.
"Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti," katanya.
Bagi beliau, apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka ruang persamaan akan mengecil. Jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.
"Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur.
"Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya PR ingin terus kekal," katanya.
Sekiranya ketiga-tiga parti berasa jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar tiada parti yang boleh berjaya jika ia bersendirian, katanya.
Namun hakikatnya, kata Tuan Ibrahim,m semua pihak sayangkan gabungan PR, dan rakyat pernah menaruh harapan besar terhadap gabungan politik ini.
Oleh itu, katanya PR perlu memandang ke hadapan dan melihat musibah besar yang sedang melanda negara dan keperluan rakyat ini memerlukan perubahan besar kepimpinan politik negara.
Isu rasuah, hutang negara dan bebanan ekonomi rakyat,  isu keselamatan negara dan penyalahgunaan kuasa kepimpinan BN, semuanya memerlukan tindakan dan perhatian segera dan khusus, katanya.
"Semua ini medan yang baik bagi membina persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR," tegasnya. – 26 Januari, 2015. - sumber

15 comments:

  1. Itulah Admin sepatutnya DAP berusaha kearah itu.

    ReplyDelete
  2. Semoga ramai lagi peminpin Pas yang terbangun dari mimpi .Diharapakan golongan UG akan makin lemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TITM cakap macam ni sebab dia baru terbangun dari mimpi. Getapi time dia bermimpi, dia pun bermimpi UG jugak!

      Delete
  3. Biasanya orang akan terjaga dari mimpinya apabila ada ketakutan yg bersangatan dlm mimpinya. Jika bermimpikan yg indah2, tak mungkin akan terjaga dan akan terus dibuai keindahan mimpinya itu.

    ReplyDelete
  4. Bila kamu berhadapan dgn pilihan raya, kamu berjanji, kamu merapati pengundi, kamu mendegar ritihan pengundi, kamu segerakan tindakan. Sesudah mendapat yg kamu hajat, org luar jgn masuk campur, bukan ahli jgn menyebok, ini urusan parti. Itu ah peragai kamu. Sepatutnya kamu tak layak dipilih dan tak layak menerima penghormatan.

    ReplyDelete
  5. Dah muak dengan pemimpin2 PAS bertaraf ustaz kalau bercakap bab2 politik, mereka rasa mereka betul orang lain tak betul sebab jahil dalam bab2 agama.

    ReplyDelete
  6. Bersiap2 nak berebut jwtan presiden kot. Maklumlah presiden skrg sudah x kompeten di mata masyarakat.

    ReplyDelete
  7. Isu sekarang ni LKS berkeras tak mahu hadir ke mesyuarat presiden PR.

    ReplyDelete
  8. Semua nya bahalol saja.

    Bangla kopiah serban puteh boleh ganti memimpin PAS lagi baik.

    ReplyDelete
  9. Siapa lah agaknya yang boleh pujuk Lim Kit Siang nanti. Dia ni dah kecewa dah dengan PAS psl hudud dan siapa pulak yang akan pujuk PAS supaya tinggalkan rukun yang menjadi kewajipan kepada umat Islam. Takkan orang Islam pulak yang akan pujuk PAS.

    ReplyDelete
  10. mmg macai malaun melayu skrg dok pulun pujuk Pas gugurkan kewajipan laksanakan hudud............depa ni guna kaedah pujuk rayu cara kutuk dan maki hamun . kalau tak caya cuba tanya pak sheik depa spt abuya albuaya alhusyeen, rottweiler, greenboar dan tulang bab!.

    ReplyDelete
  11. Mereka ni takut hudud macam takut hantu. DAP yang paling takut kerana takut kehilangan penyokong dan pemimpin Islam yang ada dalam DAP. Kenapa tidaknya kerana rukun ini adalah wajib keatas orang Islam mahu tak mahu terpaksa la terima. Hudud adalah perkara yang paling berharga buat PAS yang mana perinkat akar umbinya yang cenderong kepada Islam. Ia mungkin mempunyai nilai yang sama untuk DAP, kerana siapa yang membangkang hudud bakal diangkat menjadi hero sosialis yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8:49
      "Kenapa tidaknya kerana rukun ini adalah wajib keatas orang Islam mahu tak mahu terpaksa la terima."

      Sat....sat....aku kompius!.....DAP ni parti orang Islam ke parti kapir? Yang last aku tahu, geng hang tuduh DAP parti kapir. UMNO pun tuduh DAP ni kapir harbi....Ajaran Islam yang mana ajaq yang orang kapir suka tak suka kena terima dan sokong Islam?

      Bandingkan dengan UMNO. UMNO kata dia parti melayu dan Islam. Bila Islam kita paham bahawa dari segi amalan dan kepercayaan, takde beza antara PAS dan UMNO kan?

      Cuba hang pikiaq, UMNO sokong PAS laksanakan hudud di Kelantan yang dikuasai oleh PAS, musuh politik UMNO. Tetapi UMNO tak mahu buat hudud di negeri-negeri yang mereka kuasai! Boleh ke dalam Islam bila tang melaksanakan hukum Allah boleh main pilih-pilih? PAS kata xleh pilih2, aku setuju. Islam mana yang PAS pakai dan Islam mana yang UMNO pakai?

      Takkah ini isu yang lebih besar yang kita kena pikiaq dari dok cari balah dengan DAP sikapiaq yang sah-sah bukan Islam? Apakah Islam hang ni bergantung kat puak kapiaq hendak laksanakan hukum Allah? Bila DAP kapiaq tak bagi( walaupun kapiaq yang bersama UMNO tak bagi jugak, hang xkisah) Islam xleh nak buat ke? Kalau kapiaq DAP setuju walaupun UMNO mahu laksanakan hudud tu secara pilih-pilih tempat, maka hang kata baru boleh laksanakan hukum Allah yang wajib itu!

      Bukan aku yang kata nak buat Islam wajib dapat persetujuan kapiaq DAP - hang yang kata, dari cara hang beri hujah. Yang aku buat hanya tahkik - perjelas balik dalam bahasa mudah dsn jelas pendapat hang!

      Delete
  12. Sedara Bat8,

    Sat....sat....aku kompius!.....DAP ni parti orang Islam ke parti kapir? Yang last aku tahu, geng hang tuduh DAP parti kapir. UMNO pun tuduh DAP ni kapir harbi....Ajaran Islam yang mana ajaq yang orang kapir

    DAP memang parti kafir tapi sedara tak tau ke ada pemimpin Islam yang mewakili DAP dan ada juga pemimpin Islam terhegeh-hegeh cuba merapati DAP. Parti kita letakkan tepi dulu. Kuasa sudah di tangan mereka samada nak lihat hukum Hudud terlaksana atau pentingkan jawatan dan pangkat. Pemimpin Islam akan diuji dengan Hudud diparlimen nanti untuk dibentang, dibahas dan dengan rendah diri meminta sokongan dari mereka yang mengaku diri mereka Islam untuk menyokong usul ini. Apakah pendirian mereka disaat ujian ini datang?

    DAP tidak layak untuk membincangkan usul hudud kerana sedara pun tahu. Pemimpin Islam yang mewakili DAP itu yang mempunyai tanggungjawab terhadap hudud. Sanggupkah mereka menyokong sementara mereka berada dalam bahtera DAP? Atau sanggupkah mereka terjun dari bahtera DAP kerana Allah SWT?

    Sama jugak dangan UMNO dan PKR mereka pun mempunyai tanggungjawab yang sama sebagai pemimpin Islam.

    Nak laksanakan hudud tidak kira dimana-dimana, laksanakan dulu baru boleh nampak keindahan. Pentingkan tanggungjawab dari beralasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:19

      Sdra masih terlekat kepada soal semua orang Islam mesti menyokong hudud. Takde orang Islam tidak m3nyokong. Kita kena tinggalkan persoalan ini dan bergerak kehadapan kerana PAS sudah mengambil tanggungjawab untuk menrealisasikan hudud. Satu perangai kita orang melayu, bila nak buat sesuatu tak pernah menjadi kerana asyik dok terlekat digarisan permulaan.

      Yang l3bih ditekankan sekarang ialah bagaimana PAS hendak melasanakan. Sejak dari dulu PAS dok be4cakap nak buat-buat hudud tetapi tak jugak bergerak dari titik itu juga. Sekarang PAS sudah mempunyai deraf hudud yang lengkap yang bol3h dilaksanakan. Fokus sekarang ialah apa langkah-langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan dengan mengambilkira realiti suasana negara, masaalah-masaalah yang perlu ditangani, halangan-halangan perundangan, aspek pendidikan kepada masyarakat dsbnya. Bukan s3but nak buat dan kemudian memaksa orang menerima secara paksa d3ngan menggunakan/menjual nama Allah atau dengan mengambil hak Allah menghukum orang itu kapir orang ini murtad. Ini sah8h bukan cara Islam yang dikeh3ndaki oleh Allah.

      Paham tak apa isu sekarang mengenai hudud PAS? Peringkat mana hudud itu s3karang? Apa yang sepatutnya dilakukan, bukan lagi dok bercakap benda yang sepatutnya dah dibereskan oleh PAS.

      Jadi kalau saya hendak ulas lagi ia akan menjadi satu risalah panjang. Cukuplah setakat ini. Sdra juga tidak m3nyumbang apa-apa untuk membantu. Sdra hanya lebih berminat hendak ambil alih tugas Allah m3nghukum orang ini kapir, orang ini murtad.

      Akhir sekali saya nak sentuh isu yang sdra bangkitkan m3ngapa sdra nampak ramai orang curiga dengan hudud PAS. Sdra bangkit mengapa UMNO dan orang melayu dalam DAP nampak xsokong hudud PAS. APA PUNCANYA?

      Orang keberatan menyokong apa-apa yang baik sebab dia jahil atau tidak faham. Itu tabiat semula jadi manusia. Kita tahu hudud itu secara umumnya membawa kebaikan. Dalam isu hudud PAS ini ramai orang tak paham.

      Jadi bagaimana PAS mahu orang Islam diluar PAS memberi sokongan padu kepada sesuatu yang mereka tak tahu. Tanggungjawab ini terletak kepada PAS. Apa usaha PAS untuk memberi kefahaman kepada rakyat t3ntang hudud PAS yang akan dilaksanakan itu. Cukupkah p3nerangan dan promosi-promosi yang dibuat oleh PAS untuk m3mpe4k3nal dan m3njinakkan masyarakat agar menyokong hudud PAS yang akan dilaksanakan.

      Itu yang patut PAS buat sekarang. Saya nampak takde usaha serius dan bersungguh-sungguh. PAS dah buat ke belum?

      Sdra pun 2 x 5 juga. Sdra pun xpaham secara j3las apa itu Hudud PAS yang akan dilaksanakan di Kelantan. Kalau paham l3bih baik sdra memberi penerangan agar pembahas paham dan dapat menghargai kebaikannya. Supaya PAS mendapat sokongan kepada usahanya untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Pembahas2 ini akan menolong mempromosikan kebaikan hudud tersebut pula apabila mereka faham dan yakin. S3baliknya sdra hanya berlagak sebagai penghukum orang je....WISE UP!

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa