Monday, January 26, 2015

Sirul memasang ‘Bom jangka’ di Australia?

Pembunuhan Altantuya: ‘Bom jangka’ sedang berdetik di Australia?
08:30AM Jan 26 2015
 oleh Ng Kee Seng
SEKILAS PANDANG: “Secara jujurnya saya anak (bekas) Korporal Sirul Azhar Umar. Orang yang tak tahu pasal kes ini jangan main sebut sahaja. Hati-hati dengan mulut anda. Kalau saya cakap walau sedikit kat media, Malaysia akan jatuh. Perdana Menteri pun jatuh.”
Berikut adalah kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh anak bekas anggota Unit Tindakan Khas Siru Azhar yang kini lari di Australia. Sirul adalah salah seorang daripada dua bekas polis yang dijatuhkan hukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu.
Laman Free Malaysia Today melaporkan menemui kenyataan itu di laman Facebook milik individu yang menggunakan nama “Shuk Sz”, yang mendakwa dirinya sebagai anak kepada Sirul dan berusia 19 tahun.
Jika kenyataan dan identiti Shuk Sz itu benar dan asli, maka ia adalah sebiji bom jangka yang bakal menggegarkan politik Malaysia. Siapakah individu atau pihak di sebalik pembunuhan itu?
Apa-apa pun, dua bekas polis itu masih belum membuka mulut. Mahkamah juga telah mengatakan tidak berminat kepada motif pembunuhan.  Begitu mudah pembunuhan boleh berlaku, bukan?
Adakah dua bekas polis ini menjadi kambing hitam dalam kes ini? Dua orang polis tidak akan membunuh wanita dari luar negara yang tidak berdaya tanpa sebarang sebab, bukan?
Ketika ini, mengapakah anak Sirul membuat kenyataan itu? Ia tentunya seperti satu amaran kepada pihak berkuasa yang tidak habis-habis bercakap selepas keputusan Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu.
Free Malaysia Today turut melaporkan yang keluarga Sirul berkemungkinan bersamanya di Australia, seperti yang dinyatakan dalam status Facebook Shuk Sz.
Dalam salah satu statusnya, Shuk Sz berkata bahawa Sirul telah dipanggil untuk memberi kenyataan pada 23 Januari lalu, namun tidak menyatakan pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Katanya lagi, reputasi negara akan jatuh jika kenyataan itu dihebahkan.
Rakyat Malaysia tentunya berharap dan berdoa agar kenyataan itu akan dihebahkan, agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.
Dan benar, hampir mustahil bagi Malaysia untuk cuba menutup mulut Sirul di Australia.
Media Australia pastinya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kenyataan Sirul itu, jika ia benar-benar wujud. Tiada keraguan tentang itu.
Ketika seorang pengguna Facebook membayangkan Shuk Sz cuba memfitnah, beliau membalas, “Saya sekarang berada di Australia. Saya boleh cakap apa yang saya suka. Nak maki PM pun boleh.”
Ini tentunya mengundang ketakutan kepada semua yang terlibat dalam pembunuhan itu, sama ada secara langsung mahu pun tidak - sumber

5 comments:

  1. Mana dia Pejuang Umno, Perkasa, Jati dll tu, padahal ini sudah boleh didakwa di bawah ISA yg kamu pertahankan bermati-matian supaya diaktifkan itu? 4tahil mesti ada kaedah licik untuk menutup rahsia itu drp terdedah, ayuh jangan dilengahkan dan bertindaklah segera!

    ReplyDelete
  2. Sepandai pandai Biawak melompat , akhirnya jatuh ke longkang jugak.

    Australia tempat enak tuk pencen.

    Rakyat nya pun tak bahalol.

    ReplyDelete
  3. KES INI SEMUA ORANG TAHU AMNYE RAKYAT MALAYSIA.NAJIB BERSAMA RAZAK BAGINDA TERBABIT DALAM URUSAN JUAL BELI KAPAL SELAM DAN LAGI ALTANTUYA IALH PENYEDAP KEPADA NAJIB YANG BERKONGSI DENGAN AL TANTUYA.TAPI KEDUA DUA BINATANG INI TELAH DILINDUNGI OLEH OLEH PENGUASA KERAJAAN MALAYSIA DARI PERINGKAT TERTINGGI HAKIM HAKIM SERTA PENGUASA TERTINGGI POLIS DAN TERMASUK LAH PIHAK IMIGRASEN PUN TERLIBAT DENGAN MENGHILANGKAN KEDATANGAN AL TANTUYA KEMALAYSIA.MACAM KEHILANGAN BUKTI BETINA PUAKA ROSMAH BELI CINCIN BERJUTA JUTA RINGGIT MACAM TU LAH DIHILANG KAN BUKTI KEDATANG AL TANTUYA.MEREKA INI SEMUA PENGECUT BUANG BATU SOROK TANGAN.TAK BERANI MACAM BOTAK CHIN SAYA ROMPAK SAYA TAK MAU BUAT RAYUAN BARU BETUL ANAK JANTAN.JADI BILA DENGAR KAN HAKIM JATUH HUKUM PUN RAKYAT MALAYSIA RAMAI RAMAI KETAWA.MAMAT SIRUL TU TAK ADA DJATUHKAN HUKUM.HAKIM JENIS APA INI.BELAJAR KAT UNIVERSITI MANA.TERLEPAS NYE SIRUL KE AUSTRALIA PUN RAMAI RAKYAT MALAYSIA KETAWA MACAMANA BOLEH PERGI.JADI ORANG RAMAI KATA INI DAH SETUP.JADI NAJIB PUN BOLEH BINCANG KEJAP DENGAN RAZAK BAGINDA DILONDON UNTUK MENERUSKAN AGENDA KES ALTANTUYA INI.PEMBOHONG PEMBOHONG DITERUS KAN UNYTUK MENIPU RAKYAT SERTA SAMBIL IYU MENGAUT HARTA NEGAR SEWENANG WENANG NYE

    ReplyDelete
  4. betut betut betut kata upin dan ipin kartun maelayu malaysia .;

    ReplyDelete
  5. Kita sudah tahu ini madey dan daim punya plot utk jatuh kan suami najib........sebab tu kadir jasin kata juicy najib pun ada bila bahalul keyboard najib ugut video sex daim. Tapi yg lebih baghal ialah mamak zainudin.......nak sembunyi konon, pirah mamak mabuk! Najib dah lepaskan sirul dulu.....tapi penyamum negara membuat rayuan dengan pengaruh madey dan daim dan para hakim x berani nak lepaskan kedua lembu suami najib tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa