Saturday, January 17, 2015

Kes Mejar Zaidi: Di mana UMNO?

Adakah UMNO merasakan SPR dan UMNO itu badan yang sama?

UMNO diam, Zaidi jadi rebutan pembangkang 
Dengan tak semena-mena, nama Mejar Zaidi Ahmad terus menjadi sebutan sebaik sehaja dipecat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah berkhidmat penuh cemerlang selama 26 tahun.
Tempoh 26 tahun itu bukannya singkat, apa lagi dengan menyandang jawatan besar, Zaidi boleh dikategorikan sebagai orang yang banyak pengalaman terutama daripada segi kepimpinan.
Tentunya sepanjang berkhidmat, Zaidi telah pun melatih beribu-ribu tentera dan ramailah anak murid yang pernah mendapat sentuhan kepimpinannya.
Dalam erti kata lain, pengikut bukanlah seorang dua apa lagi kalau dia seorang yang amat disenangi ketika memimpin orang bawahan.
Apa yang menarik tentang bekas pegawai tentera yang ditamatkan perkhidmatan kerana menegur kepincangan dakwat kekal pada pilihan raya adalah hanya parti pembangkang sahaja yang terus membela Zaidi sehingga berebut-rebut hendak menawarkan pekerjaan kepadanya.
Kerajaan Pulau Pinang tidak bertangguh terus menyuarakan hasrat untuk membantu Zaidi mendapatkan pekerjaan lain sesuai dengan pangkat yang disandang.
Hari ini, Menteri Besar Selangor juga menyuarakan sokongan untuk menawarkan pekerjaan kepada Zaidi sambil mengalu-alukannya untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR).
Belum lagi suara lantang Mahfuz Omar dari Pas yang terang-terang mengutuk ATM yang disifatkan sebagai kejam terhadap Zaidi.
Mungkin dari satu sudut, Zaidi tidak sepatutnya bercakap demikian kerana kata-katanya yang tidak bersetuju dengan isu dakwat kekal sedangkan dia merupakan pegawai kerajaan.
Apa yang diucapkan hanyalah pandangan yang lahir dari hatinya sambil membelakangkan risiko yang bakal dihadapi.
Cuma apa yang menghairankan, kenapa hanya parti pembangkang sahaja yang mahu membela Zaidi sedangkan parti-parti dalam kerajaan langsung tidak bersuara?
Ke mana perginya suara-suara lantang dalam parti UMNO yang memperjuangkan nasib Melayu? Zaidi orang Melayu dan selama berkhidmat rasanya tidak sekali pun menyokong parti pembangkang kerana dia adalah seorang anggota tentera.
Kesalahannya cuma menegur yang pada hakikatnya boleh dipertimbangkan teguran tersebut ke arah menjadi yang lebih baik. Malangnya, tidak ada seorang pun ahli UMNO yang berani bersuara apalagi ahli –ahli lain dalam parti komponen Barisan Nasional (BN).
Dalam keadaan Zaidi yang kini mungkin dalam tekanan, apa yang dilakukan oleh parti pembangkang pasti akan dilaungkan sebagai mengambil kesempatan atas apa yang berlaku.
Kalau hendak dinilai kesalahan Zaidi, hanyalah sekelumit berbanding pemimpin BN yang terlibat dan didakwa dengan rasuah, pernah mengkritik dan mencaci kerajaan dengan cara yang lebih teruk dan mengaibkan.
Salah atau tidak salah Zaidi, itu soal lain tetapi apa yang penting, bekas pegawai tentera udara ini tidak kesepian menangani beban yang terpaksa ditanggung.
Mengharapkan ahli Umno atau BN untuk membantunya, rasanya tidak akan ada yang berani ke depan untuk diangkat menjadi hero.
Sepatutnya ada ahli UMNO yang bangkit menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bukan Mejar Zaidi Ahmad kerana isunya cuma dakwat kekal yang tidak kekal. Itu sahaja. - MalaysiaGazette

5 comments:

  1. UMNO kan BN
    BN kan babi negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benjamin Netanyahu pun, ya juga.

      United Malay Never Occur - UMNO.

      Delete
  2. Abe

    Jangan ditanya dimana UMNO.....hahaha.

    Kena tanya ada lubuk pitih ke dok dalam sesatu isu itu. Kalau ada lubuk pitih, berduyun-duyun puak UMNO akan turun. Kalau takde, macam ni lah.

    Kalau xde lubuk pitih, bukan sahaja pemimpin UMNO tak nampak batang hidung, macai-macai UMNO pun xmau sentuh isu itu kat mana-mana blog pun.

    Hahahahahaha.

    ReplyDelete
  3. Wooit!!!! Kesalahan Mejar Zaidi tu besar amat. Kerana dakwat setitik rosak susu seblanga. Hmmm..Isy×3

    ReplyDelete
  4. Pasal duit semua org politik sama sja.malah ada org pas yg sdh mengintai2 buat duit sewaktu pru13 dulu klu menang katanya.org. pas jg yg kuat buat duit tak kira pelaburan yg terang2 ada riba.paling teruk manusia. Dap yg memang bertuhankan duit

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa