Saturday, January 17, 2015

PAS masih perlukan Abdul Hadi - Kata Nik Amar

Isu yang hanya orang-orang PAS patut menilai dan bertindak

Orang di luar hanya boleh menghidu kepincangan dan kritik
Tapi hakikatnya penamaan calon dan undi adalah di tangan Ahli PAS
Maju, mundur, jatuh dan bangun PAS berada di tangan pemimpin yang dipilih oleh mereka
Maknanya selain kuasa Allah ketentuan halatuju PAS di tangan Ahli

Tapi yang peliknya ada juga yang berpandangan 'Kalau tak setuju dengan Hadi, keluarlah dari PAS'
Solahnya adakah PAS itu kepunyaan Hadi atau Hadi itu hanya salah seorang Ahli PAS yang membayar yuran dengan harga yang sama dengan orang lain di dalam PAS?

Nik Amar ni juga nampak handsome tetapi adakah pandangannya juga handsome di minda orang lain?
Soalan ini juga orang PAS yang ada jawapannya

Khidmat Abdul Hadi masih diperlukan
SITI FATIHAH AWANG
17 Januari 2015

KOTA BHARU - Walaupun pelbagai pendapat diutarakan mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun Pas Kelantan menegaskan khidmat pemimpin itu masih diperlukan bagi menerajui kepemimpinan tertinggi parti selepas ini.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Abdul Hadi adalah pemimpin yang mempunyai pengalaman dan masih layak memegang jawatan tersebut.

“Beliau dapat pengiktirafan dunia sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, penghormatan sangat besar, bukan senang nak cari pemimpin tempatan diiktiraf sebegini.

"Maka, sesuailah beliau masih memegang tampuk pemerintahan tertinggi parti, pendapat orang lain itu  hanyalah pandangan peribadi mereka sahaja, bukan pendirian parti,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff mencadangkan Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai presiden untuk pemilihan 2015 hingga 2017 yang dijadualkan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar turut menegur tindakan sesetengah pihak yang mempolitikkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika masih ada lagi pihak yang berbuat demikian.

“Musim banjir, ada lagi pihak politikkan barangan sumbangan, letak cap, letak lambang parti dan ada juga kawasan memerlukan cop wakil rakyat, kalau tidak, borang tidak lulus, sedangkan tiada syarat yang meletakkan sebegitu.

"Sekarang ini kita sudah sediakan peguam, jika ia masih berterusan, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Mohd Amar berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana barangan sumbangan bukanlah daripada pihak tersebut tetapi daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan juga orang perseorangan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya adakan Sidang Dun Khas bagi mengemukakan rang undang-undang pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2014, 29 Disember lalu, namun ia ditunda satu tarikh lain.

"Sehingga kini, kami masih menunggu tarikh sesuai, dijangka ia diadakan akhir Januari ataupun awal Februari ini.

"Namun, perkara ini akan diputuskan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebelum ia dibawa untuk  perkenan Sultan Kelantan," katanya.

5 comments:

  1. Ini common sense.

    Hanya bebudak bahalol saja perlu kan kawanan bahalol meteka....

    Mana ada Singa hidup di kalangan unta unta...


    Pepatah ini budak tadika tahun 6 pun faham.


    Orang orang Melayu saja macam ini pemikiran nya.

    ReplyDelete
  2. dah kata,
    PAS ada rimau,
    tapi kuku tak tajam,
    tapi taring dah patah,
    tapi belang tak terang,
    tapi ngaum tak nyaring.

    Bangunlah rimau,
    biar kancil rasa gerun,
    biar babi hutan lintang pukang,
    biar rusa sembunyi,

    Rimau jgn tidur siang,
    rimau jgn menjilat bibir,
    rimau jgn asyik tangkap lalat,
    rimau jgn potong misai,
    rimau jgn mahu disembah.

    ReplyDelete
  3. Bo la kecek amar weii
    Kecek gak nampok selalu la mu tu bodo
    Mu dan group2 UG termasuk mamat hadi awe tu kae nak bersatu nge UMNO
    Serupo PAS hok puok2 mu
    Tui....

    ReplyDelete
  4. Abe

    Nik Amar ni dah sah xboleh pakai dan memang betullah anggap orang bahawa dia tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin. Kita t3ngok bagaimana dia dan Ahmad Yaakob menanggani masalah banjir baru ni. Nik Amar tidak nampak langsung sebarang peranan yang m3nonjol selaku TMB semasa banjir tersebut.Dia gagal menunjukkan kepimpinan eks3kutif selaku TMB disaat-saat kepimpinan ters3but diperlukan oleh rakyat kelantan semasa banjir baru-baru ini. Dan Nik Amar ini t3lah m3njadi Exco BERPULUH-PULUH TAHUN.....TAKKAN TAK TAHU APA SATU LAGI?

    Betul dia ada ilmu ugama. Betul dia dari kumpulan ulamak. Masaalahnya keilmuan dan kepimpinan adalah 2 perkara yang be4beza. Ada orang yang dianugerahkan kedua-duanya, contohnya Almarhum Ustaz Fadhil Nor dan TGNA. Ada yang diberi salah satunya. Contoh yang dianugerah kepimpinan sahaja adalah Mahathir, Tun Razak dan DSAI. Yang diberi keilmuan ugama sahaja seperti Haji Hadi, Dato Haron Din. Ada yang tak diberi salah satu pun, seperti kita.

    Betul kita mahu kepimpinan ulamak untuk memimpin umah. Tetapi ulamak yang macamana? Adakah ulamak yang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak mempunyai bakat kepimpinan yang mapan seperti Haji Hadi sebagai contohnya?Tengoklah apa jadi dengan PAS sekarang!

    Umat memerlukan ulamak yang mempunyai keilmuan ya g tinggi dan mempunyai keupayaan kepimpinan yang tinggi. Ulamak yang mampu menggunakan ilmunya untuk memimpin umat kejalan kesejahteraan dengan kepimpinan yang mampu menghadapi pelbagai rintangan semasa dengan jayanya. Bukan yang tinggi ilmu tetapi dia sendiri gagal memimpin umah menghadapi pelbagai cabaran dunia moden hari ini dengan ilmunya. Bukan ulamak yang dia sendiripun tidak tak faham tuntutan dan cabaran yang dihadapi semasa.

    Inilah yang sedang dieksploit oleh segelintir puak UG didalam PAS. Perkataan "ULAMAK" diperdagangkan diguna sebagai perisai secara borong bagi mencapai agenda puak UG. Soal seorang yang mereka labelkan ulamak mempunyai keupayaan memimpin atau tidak mereka tak kisah janji dari puak mereka. Kita akui ketinggian ilmu mereka tetapi yang kita persoalkan adakah meteka mempunyai bakat kepimpinan yang diperlukan. Pemimpin untuk memimpin umah diera akhir zaman ini tidak cukup dengan keupayaan memimpin solat jamaah atau majis-majlis ilmu sahaja atau memimpin majlis-majlis tahlil sahaja. Mereka mesti juga mempunyai bakat kepimpinan yang jauh lebih tinggi dari itu.

    Bukan ulamak itu tidak diperlukan. Ulamak amat-amat diperlukan oleh umah untuk diakhir zaman ini. Tetapi dimana seseorang ulamak itu boleh menyumbang secara maksimum kepada umah bergantung kepada keupayaan yang ada pada diri seseorang ulamak itu. Ulamak yang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak mempunyai keupayaan istimewa dibidang kepimpinan umah boleh menyumbang dibadang-bidang kepimpinan bukan bersifat eksekutif. Seorang ulamak yang tinggi ilmunya dan mempunyai bakat kepimpinan umah yang tinggi mungkin bol3h menjadi barisan kepimpinan yang bersifat 3ksekutif.

    Bagi puak UG, s3mua yang berpendidikan ugama adalah ulamak. Bila digelar ulamak dia secara otomatik menjadi pemimpin keseluruhan organasasi walaupun bakat kepimpinan pun banyak kurangnya. Mereka tiba-tiba menjadi insan yang special dimana perlu ditaati secara membabi buta. Tindakan mereka tidak boleh dipersoalkan walaupun nak dengan jelas amat merugikan umah.

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn bat8 ... Xsemua ulamak boleh jadi umarak.. Dan umarak semestinya ulamak... Tetapi byk yg ular dlm semak yg rasa diri ulamak.. Ckp berdegar degar mcm org pandai setiap kali buka mulut nampak kebodohannya.,, so arap rakyat kelantan jgn pilih parti saja tetapi pilih jgk kebijksanaan... Ramai geng pas ni xpakai habuk.. Cuma perabih harta rakyat kelate aja... Nyanyo ko rakyat... Depa ni guna agama utk kepentingan diri sendiri... Ni le jual agama bukannya dlm amno saja tetapi dlm pas pun ada...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa