Thursday, January 29, 2015

Pemimpin PAS berputar-putar, ahli makin terbelit

 | January 28, 2015
Inilah hipokrit terbesar PAS, sepatutnya mereka sudah lama boleh mengambil tindakan kalau bercakap dari aspek integriti dan disiplin jemaah.
pasma1PETALING JAYA: Kemunculan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bukan sahaja dianggap memeningkan kalangan pimpinan utama PAS malah ianya juga cukup mengelirukan ahli parti itu sendiri.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata perkara itu dapat dilihat daripada tindak-tanduk pimpinan PAS yang dilihat berputar-putar memberi kenyataan dan tidak berani untuk ‘menyentuh’ PASMA walaupun mereka sedar dan tahu kewujudan entiti itu telah menimbulkan masalah kepada parti berkenaan.
Malah tegas beliau lagi, tidak dapat dinafikan pucuk atasan PAS juga arif dan sudah semestinya mengambil maklum bahawa penggerak di kalangan entiti baru itu adalah majotinya kalangan ahli serta pimpinan PAS sendiri.
“Inilah hipokrit terbesar PAS…Sepatutnya mereka sudah lama boleh mengambil tindakan kalau bercakap dari aspek integriti dan disiplin jemaah dalam parti. Pimpinan PAS dan ahli PAS mungkin lebih arif dalam soal ini,” katanya.
Namun, tambah beliau, apa yang nampak hari ini mereka seolah-olah tidak berani untuk menyentuh PASMA apatah lagi untuk jentik kalangan mereka yang menjadi penggerak kepada NGO berkenaan.
“Dan ini semestinya menimbulkan kehairanan apakah status sebenar PASMA…Kalau pimpinan mereka sendiri pun pening dan berputar-putar anak buah tentunya keliru dan terbelit dalam keadaan sedemikian,” lapor UMNO-Online, hari ini.
Perang terbuka antara PAS dan PASMA yang sebelum ini suam-suam kuku hari ini dianggap menjadi medan terbuka setelah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula bersuara ‘garang’ terhadap entiti baru berkenaan yang kemudiannya dibalas pula oleh Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, selaku Presiden PASMA.
Dilaporkan Presiden PAS itu dengan berkias meminta semua pihak di dalam parti Islam itu agar jangan membocorkan dan merosakkan “bahtera” parti sekiranya mereka merasakannya bergerak perlahan dan mempunyai kekurangan.
Manakala reaksi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) pula membidas dengan berkata pihak tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar kerana muktamar PAS sebelum ini memutuskan bersama dengan Pakatan, kata Phahrolrazi.
Mengulas lebih lanjut Anuar seterusnya percaya terdapat tangan-tangan ghaib di belakang PASMA yang menyebabkan pimpinan PAS tidak berani untuk mengambil sebarang tindakan disiplin.
“Mereka boleh cakap apa sahaja…namun umum dapat melihat bagaimana ‘sejuknya’ pimpinan PAS untuk bertindak lebih jauh dalam soal berkenaan. Yang nampak hanya sekadar kenyataan yang penuh berlapik dan penuh dengan ‘tertib’,“katanya.

5 comments:

  1. Fitnah hamno......racun telah menular ke dalam masyarakat. InsyaAllah, ramai ahli Pas yg rational dan tidak makan racun yg disalut madu ini. Hanya gulungan UG yg sayangkan dunia akan terusan jadi hipokrit.

    ReplyDelete
  2. PasMa bukan masalah sebenar PR. Sudah saya nyatakan masalah ialah pemimpin tertinggi PR. DSAI, TGHH dan LKS. Tiada kena mengena dengan PasMa.

    PasMa hanyalah penambah masalah kepada PR. Tiga nakhoda yang dah ada pun susah nak bersatu jangan pula ditambah menjadi empat.

    Kalau betul ada tangan ghaib tunjuk lah wajah sebenar dengan niat yang jujur jangan berselindung disebalik PasMa. Tunjukkan wajah sebenar dan perbetulkan masalah yang dihadapi PR. Kalau rasa mampu satukan mereka, ayuh lakukan. Tiada guna berselindung.

    ReplyDelete
  3. UG tahu kalau mereka mengambil tindakan disiplin terhadap ahli PAS/PASMA akan menyebabkan isu ini terheret di dalam mesyuarat agung cawangan, kawasan dan muktamar. Ini akan mengundang kebusukan UG yang berselindung disebalik imej ulama yang ingin bersekongkol dengan Umno. Ini yang tidak diingini UG yang rata-rata tahu majoriti ahli PAS menentang Umno. Hingga kini kebanyakkan ahli PAS tidak mengetahui perbalahan UG-PASMA secara terperinci.

    Tindakan disiplin ke atas ahli PAS/PASMA juga boleh mengheret PAS ke ROS atau mahkamah yang pastinya akan memperlihatkan perlanggaran perlembagaan PAS yang amat banyak terhadap UG. Ini akan menjatuhkan lagi kreadibiliti kepimpinan UG di kalangan ahli PAS. Maka kaedah yang digunakan oleh UG sekarang adalah psychological warfare dan reverse psychology yang mewujudkan gambaran seolah-olah PASMA adalah penderhaka dan tidak wala pada pemimpin sedangkan UG adalah DAJJAL sebenar di dalam krisis ini yang membawa idelogi sempit kebangsaan assabiyah sesat.

    Hanya hati yang tidak taksub kepada pemimpin dan kefahaman tinggi kepada Al-Quran dan Sunnah akan mampu memperlihatkan yang haq dan batil.

    ReplyDelete
  4. UMNO ber jaya hancur kan PAS dan Pakatan Rakyat hanya dengan modal wang dan kedudukan , para ulamak menjadi mamak gadai kan maruah untuk habuan dunia.

    Sedar atau tidak , keadaan ini sudah pun berlaku.


    Ktedibiliti hancur dan rakyat semua bangsa dapat kenali siapa penimpin dan siapa bahalol.

    Orang orang Melayu rata rata yang rugi besar.

    ReplyDelete
  5. Sedara-sedara,

    PasMa adalah NGO yang berusaha kearah untuk menyatukan dan mempertahankan PR kata Phahrolrozi. Kalau diteliti betul-betul kata-kata Phahrolrozi nampak semacam PR akan bersatu kembali diatas usaha tersebut. Syabas PasMa.

    Setakat hari ini apakah masalah PR beransur-ansur pulih dengan adanya NGO seperti PasMa? Apakah PasMa mampu memujuk LKS dan TGHH yang tidak mampu dilakukan oleh DSAI?

    Bagi saya PasMa hanyalah permasalahan dalaman PAS bukan melibatkan PR. Kalau Phahrolrozi nak berpolitik jangan berselindung disebalik NGO, berpolitiklah diatas pentas politik sebenar. Biar PAS yang uruskan mereka.


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa