Wednesday, January 28, 2015

Suara Muhyiddin dan pemimpin PAS senada: Kenapa agaknya?

Muhyiddin mainkan isu kewangan dalam isu kerajaan tempatan?
Dikemaskini 06:54PM Jan 27 2015
KOMEN: Adalah Timbalan Perdana Menteri tercinta kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan isu fiskal dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan?
Saya tertanya-tanya jika amarannya bahawa pilihan raya majlis perbandaran boleh membawa "beban" fiskal tambahan kepada rakyat, menyembunyikan udang di sebalik mee.
Agensi berita nasional Bernama melaporkan beliau memberi amaran bahawa hak undi ketiga boleh membebankan rakyat dengan beban kewangan, kerana ia boleh membawa kepada cukai tempatan yang lebih tinggi. 
“Adakah ini bermakna bahawa apabila mereka mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan akan diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan? Adakah ini bermakna mereka mahu mempunyai hak untuk autonomi?
"Jika demikian, mereka perlu mencari sumber kewangan sendiri dan antara cara yang paling mudah adalah untuk meningkatkan kadar cukai, cukai tanah dan cukai lesen," katanya, menurut Bernama, selepas mempengerusikan sebuah mesyuarat di Putrajaya pada 27 Januari lalu, mengenai bencana ‘penggenangan’ Cameron Highlands.
Logiknya adalah kerana kebanyakan pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai dana yang cukup untuk beroperasi, mereka bergantung kepada bantuan kerajaan negeri dan persekutuan.
Apa yang beliau bayangkan adalah jika adanya kemahuan tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan mungkin tidak akan masuk campur.
Kemungkinan kerajaan pusat mencuci tangan dari kerajaan-kerajaan tempatan yang ditadbir pembangkang persekutuan adalah sesuatu yang kita tidak boleh ketepikan, jika dilihat dari amalan kerajaan pusat pimpinan BN.
Belum lagi dilihat apabila mereka menafikan hak royalti minyak.
Contohnya adalah Kelantan dan Terengganu, apatah lagi kesukaran yang sama yang dihadapi Selangor dan Pulau Pinang dalam isu-isu yang sama.
Ia membuktikan masalah berat sebelah partisan. Berat sebelah kerana mereka memilih untuk tidak bertindak disebabkan sikap kepartian dan tidak memenuhi tugas mereka sebagai kerajaan yang memerintah.
Sebagai kerajaan yang memerintah, tidak kira parti apa pun, bermakna lebih daripada sekadar mengeluarkan perintah kepada penjawat awam, tetapi juga bermaksud menunaikan kewajipan terhadap semua rakyat, tanpa mengira parti.
Demokrasi bermakna pemerintahan majoriti ke atas semua orang, di mana populariti memutuskan kepimpinan tetapi setelah diundi, kerajaan semasa sepatutnya menjaga semua orang, majoriti atau minoriti.
Sudah tentu ini adalah dalam semangat kemajmukan dalam demokrasi, yang mungkin telah diharamkan di Malaysia seperti liberalisme, walaupun ia adalah sebuah dasar penubuhan negara ini.
Atau jika TPM merujuk kepada semua kerajaan tempatan yang dipilih dalam negara berbanding dengan hanya kerajaan yang ditadbir pembangkang persekutuan, maka ia menjurus kepada masalah yang lebih besar.
Masalahnya adalah ketidakcekapan kerajaan persekutuan, atau seperti yang kawan baik lama saya Ah Lan Gor katakan, "hampeh tahap dewa".
Apa pun, adakah TPM sedang memberikan ancaman fiskal? Amaran kepada mereka yang berani meminta undi ketiga, yang mereka mungkin menghadapi masa hadapan yang sukar melalui kejadian secara kebetulan, jika tidak melalui tindakan balas.

5 comments:

  1. Ada peluang Mat Benggap dalsm PAS jadi TPM bila Mat Sembab jadi PM kot....

    Negara nak bankrap , bebudak bahalol gagap cakap Inggeris macam mana nak tarik pelabur asing agak nya ????

    Ana Unta , Ana Auta boleh lah kalau nak bahalol kan orang orang Melayu....

    ReplyDelete
  2. Jika dibuat pilihan raya kerajaan tempatan, ada juga peluang dan kemungkinan calon dari UMNO/BN untuk mendapat tempat dilntik sebagai Ahli Majlis Kerajaan Tempatan itu mewakili penduduk dlm kawasannya. Di dlm mesyurat pula wakil2 ini boleh berfungsi sebagai ejen semak dan imbang sebelum sesuatu keputusan itu dicapai. Mereka ini juga boleh memperjuangkan hak-hak penduduk kawasan yg mereka wakili dgn lebih dekat lagi. Ia dilihat lebih gentleman berbanding amalan selama ini, dimana Ahli Majlis Kerajaan Tempatan hanya terdiri daripada parti yg memerintah sesebuah negeri. Bukankah itu untuk keselesaan rakyat kawasan dlm zon tadbiran kerajaan tempatan itu sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang merepek ni....pilihanraya PBT tak boleh buat. Tak de kalau kalau lagi.

      Jika pakai perkataan kalau ni......semua beres kat dalam kepala. Bayangkan si miskin dok pikiaq kalau aku jadi orang paling kaya dalam dunia......macam2 dia boleh bayang boleh buat. Bila dia sedar dari mimpi kalau dia tu, realitinya dua masih miskin....

      Delete
  3. Sebab nak cover line ketum nak bercium mulut dgn najib...muah...muah...muahhh...stop being a paid polisher

    ReplyDelete
  4. Bukan PAS < senada > UMNO tetapi...... UG PAS < senada > UMNO < senada > Perkasa < senada > ISMA...... geng bantai cina .....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa