Monday, March 30, 2015

GST: Kalau macam ni, mana tak kalotnya?

Pegawai beri penerangan pun tak faham GST
30 Mac 2015
BANDARAYA MELAKA – Kerajaan dicadang melakukan tempoh percubaan kepada syarikat-syarikat mega sebelum GST dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.

Sesi penerangan dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga perlu dilakukan secara berkualiti dan lebih teknikal memandangkan masih ramai peniaga tidak memahami apa itu GST.

Secara dasarnya, peniaga hanya memahami mereka tidak lagi dikenakan cukai bertindih dan diberitahu sistem percukaian itu bakal memberi manfaat kepada peniaga serta pengguna untuk masa depan.

Pengurus Syarikat Hamidah Food Industry, Zainal Wahid bersetuju terhadap inisiatif kerajaan melaksanakan sistem percukaian itu namun katanya, masih terdapat pelbagai kekeliruan yang tidak dihuraikan khususnya cara pelaksanaan sehingga masyarakat memberi persepsi negatif terhadap usaha murni ini.

“Syarikat kami patuh dengan inisiatif kerajaan tetapi apabila menyertai beberapa sesi penerangan, apa yang difikirkan peniaga tidak mencapai aspek dihajatkan.

“Jika pegawai yang menerangkan pun tidak faham secara mendalam apa diterangkan, bagaimana peniaga seperti kami atau pengguna untuk memahaminya.

Habis-habis pun kita disuruh layari laman web gst.customs. gov.my,” katanya.

Katanya, jika tempoh percubaan diadakan, sekurangkurangnya kerajaan dapat meneliti dan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul sebelum diaplikasikan kepada peniaga yang berpendapatan sekadar RM500,000 atau tidak mencapai RM1 juta setahun.

Zainal berkata, pendapatan RM500,000 pencapaian biasa diperoleh peniaga dan
disifatkan masih tidak stabil.

Namun, apa yang lebih merisaukannya ramai pelanggan sudah khuatir sekiranya harga barang dinaikkan.

“Ramai pelanggan yang kebanyakannya peniaga kecil kata tidak akan ambil barang kami kerana takut dicaj GST.

“Kita sebenarnya tidak bersedia tetapi terpaksa walaupun berdepan saingan peniaga lain yang tidak berdaftar GST dan jualan akan menurun sekali gus syarikat memerlukan mekanisme untuk berdepan situasi ini,” katanya.

Zainal berkata, syarikatnya tidak akan sesekali mengurangkan bahan dalam penghasilan dodol Mama kerana tidak mahu kualiti jenama produk syarikat terjejas.

6 comments:

  1. Bebudak bagi penerangan GST tu kan bebudak bahalol jugak , kerja pun tak paham tapi gaji tiap tiap bulan mesti penuh.

    Ada juta macam be udak tu jugak

    Kutip GST ini pun nak bayar gaji dan pencen bebudak malas ini pun.

    Dah rakyat ikut sama bahalol , strategi kutip duit bagi lahanat enjoy sakan pun di sokong.

    Bahalol doh!

    ReplyDelete
  2. Bayang2 harga barang yang akan naik harga kita dah nampak. Banyak pulak tu.
    Bayang2 barang yang akan turun harga masih tak nampak sikit pun.

    Macamana amat maslan kata GST akan menguntungkan penguna??

    Nak kelentong la turrr

    ReplyDelete
  3. Jangan marah....kalau marah nnti kena jual.....hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau Peniaga Cina tutup kedai , ada ke Melayu nak buka kedai baru ???

    Bahalol saja

    Bila Keldai di bagi Bunga , pasti jadi Taik !!!

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/gst-forces-chinese-shop-to-close-after-74-years

    ReplyDelete
  5. Dlm msa sma nti hrga minyk pn d naikan.. jdi hrga brng2 trut naik jga! Maka krjaan umno be end akn kata kenaikn bkn sbb GST... peniaga laa plk yg akn d prsalahkn, amik ksemptan & tdk brtngjwb....
    Media lidah2 brcabang gembalaan umno pn hiruk pikuk laa ntk dpt kn sokongn rkyt bhwa pniaga2 lah yg harus d prsalahkn... lantas..
    GST tu jdi...... Gulungan Senang Tertawa... Gulungan Susah Teraniaya....
    Salam 6% 1 Mlysiaaaa...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa